Monday, November 27, 2006

Filem : The Red Kebaya (2006)



Synopsis

Latiff, a famous but lonely photographer was orphaned as a small child. He sets out on an expedition to photograph abandoned houses around Malaysia. On his journey he is haunted by images and sounds that remind him of his traumatic childhood. At one particular house on the island of Penang, Latiff is magically transported back over 50 years to witness the shocking events that occurred there. Through his experience, Latiff comes to understand the significance of the Red Kebaya, a traditional Malay outfit, and the tragic circumstances that led to him being orphaned.

Cast : Ramli Hassan, Vanidah Imran, Bob Mercer, Samantha Schubert.

Director : Oliver Knott

Selepas habis menonton citer ni saya on-kan henpon sebab tak syok la tengah tengok wayang ada gangguan. Kemdian menderu mesej masuk. Antara mesej yg kongasam bunyiknya :

'Adik gemuk ko masuk final'

'Best tak dia nyanyi?'

'Biasa je. Aku rasa juri mungkin terpikat ngn muka dia yang bulat tu. Pras la kak melah tak dapat'

Tahniah buat lagu Hantaran Hati yg berjaya ke final Juara Lagu 21. Terima kasih yg mengsms keputusan.

Ok sambung citer pada The Red Kebaya.

AWAS ada bonggol di hadapan eh bukan ada sepoiler :P

Rata-rata kawan² saya (4 org termasuk saya) menggemari citer ni cuma tak sempat nak interbiu Kak Jay yg bergegas nak balik tengok finale Astana Idaman huhuhu.

Citer ni mengingatkan saya akan perbualan saya bersama sorang rakan pada bulan lepas sewaktu kami dari perjalanan pulang dari Melaka ke KL jam 1 pagi. Akibat takut saya mengantuk semasa memandu maka dia pon bercerita tentang kisah zaman kanak² dia. Citer punya citer kemdian saya pun mencelah dengan rasa kagum

'Eh cayalah kau boleh ingat seme ek'

'Laa takkan tak ingat kot...'

'Kalau takat citer gitu² ingat la kot...takat detail mcm kau citer tak ingat dah den...'

Rasa kagum timbul bila mana kawan saya itu boleh citer dengan terperinci setiap inci kejadian yg berlaku masa dia berumur 5 ke 6 tahun kalau tak silap. Masa tu dia nak melarikan diri dari nenek yg garang. Lokasi masa tu di pasar siti khatijah kelantan. Lari punya lari kemdian dia tumpang sembunyi di gerai Mak Tom (nama samaran) Masa tu Mak Tom pakai baju gini gini dan gitu. Gelang kat lengan Mak Tom ada 5-6 urat...dan seterusnya.

Kemdian saya cuba ingat balik apa kejadian yg berlaku pada diri masa saya 5-6 tahun. Ternyata saya tak boleh ingat ngn baik. Mungkin terlebih makan semut kot. Kemdian kawan saya kata bahye kalau kat ingat sebab nanti cepat dapat penyakit nyanyuk ataupun giler hehe. Yang paling haru ketika adik bongsu saya lahir pon saya dah tak boleh ingat.

Kemdian dia berciter lagi ada sorang Hamba Allah ni boleh ingat saat lepas dia dilahirkan. Dia boleh ingat doktor pakai baju apa, nurse ada berapa orang. Mungkin dia ni one in a million yg mempunyai tahap ingatan dia mcm tu. Anda pula bagaimana?

Red Kebaya mengenai citer Latif seorang jurugambar professional yang dalam proses nak cari sesuatu kelainan dalam gambar nya yg terbaru yg bakal di pamerkan pada pameran gambar akan datang. Satu sidang akhbar dijalankan dan Latif memberitahu wartawan bahawa dia berminat nak tangkap gambar rumah yang usang dan lama ditinggalkan.

Maka pergi la Latif mengambil gambar bangunan lama. Dari sebuah daerah ke sebuah daerah hingga la sampai ke Penang. Sebelum ke Penang, Latif telah mengalami msteri di mana gambar bangunan lama yg di ambil nya itu ada ter-enterprem 2 kanak² yg sedang memegang layang-layang biru. Masa kat tempat amek gamba tak de plak kanak². Terus Latif forward gambar tersebut pada bos nya tapi bos nya tidak nampak akan 2 kanak² itu. Bos Latif bilang mungkin Latif ada masalah mata. Latif pon gosok² la mata dia supaya retina mata nya berada betul pada paksinya. Tapi 2 kanak² tersebut masih tetap berada dalam gambar iteww.

Info awam : Antara perkara yg paling digerun oleh seorang jurugambar, bila print gambar tetiba ada gambar makhluk yg tidak diundang ter-emterprem dalam gambo, menurut kata LanMeeToo hehe.

Bukan saja Latif yg dilanda misteri. Penonton juga terasa misteri. Eh ni citer antu ke ala citer siam Shutter, saya mula berteka teki.

Kemdian Latif ke Penang. Latif sewa beca untuk menikmati keindahan bandar Penang. Tiba-tiba Latif ternampak baju kebaya merah yg digantung di sebuah kedai. Lantas Latif menyuruh abang beca tersebut henti didepan kedai itu. Latif masuk ke kedai dan bertanya tentang kebaya merah yg dia baru lihat tadi. Tuan punya kedai bilang mana ada kebaya merah, kedai dia tak de jual baju. Jeng jeng jeng...misteri berterusan. Kemdian Latif terlihat frame gambar umah. Latif rasa dia mcm pernah pergi ke rumah tersebut. Tuan kedai bilang rumah tersebut sudah lama ditinggalkan, dah jadi port penagih dadah melepas gian.

Latif pergi jugak ke rumah itu sebab dia memang nak amek gambar umah lama. Pergi punya pergi ke umah itu, dia teringat sesuatu dan berlaku la flash back satu per satu.

Alkisahnya Latif pernah tinggal di rumah itu dahulu bersama ibu nya, Azizah seorang janda yg kematian suami, bekerja sebagai perempuan joget *oh nona ku azizah...oh nona ku azizah*. Rumah tersebut milik Tuan Reynolds seorang British bersama isterinya. Tuan Reynolds ni kemdian syok plak ngn Azizah sebab bini dia omputeh jugak suka abaikan dia. Tuan Reynolds kemdian melamar Azizah dan mereka berkahwin. Tuan Reynolds kemdian hadiahkan Azizah sehelai kebaya merah sebab Azizah suka pakai kebaya.

Diakhir citer Azizah dan Tuan Reynolds mati dibunuh oleh binik Tuan Reynolds.

Kebaya mungkin lambang perempuan Melayu

Merah mungkin lambang darah

Red lambang bahse omputeh

Bila cantum The Red Kebaya jadi lah perempuan Melayu berkahwin dengan lelaki omputeh yang akhir nya mati mengeluarkan darah yg merah hehehe

Tugasan untuk anda, cuba fikir seawal usia berapakah yg anda ingat sesuatu kejadian dengan jelas?

Dalam citer ni Latif ingat-ingat lupa peristiwa yg berlaku semasa dia kecik bersama Ibu nya sehingga la dia ke umah itu

Sebuah citer lain dari yang lain. Dalam citer ni Ramli Hasan hanya ingin bercerita pada anda kejadian yg pernah berlaku dalam diri dia kot. Tidak memberi anda pening kepala. Just enjoy the movie. Soal bahasa pada saya tak de masalah sebab rasa mcm kena dengan keadaan pada zaman tersebut.

Lain ribiu Kebaya Berdarah

No comments: