Thursday, August 24, 2006

Filem : Anak (2000)



Synopsis

A 2000 movie about a domestic worker who returns from Hong Kong to try to reconnect with her kids.


Starring : Vilma Santos, Claudine Baretto

Credit : Websayt.com, IMDB

Sebuah citer yang sangat menyentuh perasaan. Citer kalau melibatkan mak ngn anak musti touching nye la kan sebab akan mengingatkan kita pada emak sendiri. Cemana pengorbanan dan susah payah mak carik duit nak membesarkan kita adik bradik. Kalau tak touching musti samting wrong tu. Bek pi klinik cek dokter :B

Kalu tengok pada cover vcd ingatkan citer baru. Tapi citer tahun 2000 yach. Gambar pon cam ala² citer taun 80an. Saya tak beli ini vcd tapi tertengok kat umah sedara. Dia beli² tak tengok, plastik pon tak bukak lagi maka saya dengan sopan santun lagi berhemah telah mintak izin dia merasmikan penontonan cerita ini sebab dia ada kata 'buat la cam umah sendiri' hehe.

Citer ini mengisahkan sorang ibu Filipinas yang mempunyai 3 anak yang bekeja sebagai pembantu rumah di Hong Kong * bapak saya baru kem duit dari hong kong *:P

Ibu tersebut terpaksa pergi ke Hong Kong sebab di Filipina gaji sangat rendah. Keje kat Hong Kong dapat gaji US Dollar. Sangat lumayan kalu tukar ke Peso. Tambahan pula somi dia tak boleh harap. Memang ramai kan orang Filipina merantau mencari keje di negara orang. Tang ni saya rasa Kerajaan la punya pasal.

Tiap bulan ibu tersebut akan hantar wang kepada anak² nya untuk perbelanjaan dan sekolah. Selepas beberapa tahun permit keje ibu tersebut tammat maka kembali la dia ke tanah air nya Manila dengan perasaan yang sangat gembira dan teruja mau berjumpa sama anak² nya. Somi dia dah mati tapi dia tak dapat balik hadiri pengebumian sebab majikan tak kasik pulang. Itu majikan memang kijam.

Ketiga-tiga anak tersebut berasa janggal dengan kehadiran ibu mereka sebab mereka masih kecil sewaktu ibu mereka pergi ke Hong Kong. Abang Ngah sama adek Usu perlahan-lahan boleh menerima ibu mereka tapi yang Kak Long sangat benci pada ibu nya.

Saksikan tingkah laku kurang ajar Kak Long terhadap ibu nya sendiri yang membuat kan ibu kecil hati juga sedih lantas merajuk dan mahu kembali ke Hong Kong kalu itu Kak Long mahu. Kak Long memang benci dan dendam sama ibu nya kerna meninggalkan mereka sewaktu kecil.

Cerita ini dilakonkan oleh Claudine Baretto sebagai Kak Long. Saya rasa dia aktres yg paling ngetop kat Pilipin. Saya sudah familiar sama muka dia. Dia juga teraju utama dalam drama Ikaw Ang Lahat Sa Akin di Astro Prima jam 9 malam. Drama ni pon best jugak.

Yang blakon jadik ibu dalam citer Anak ni pon ngetop. Akting nya sangat de great kok. Ditambah dengan musik bek ground 'Anak Ko' (cakap style owang pilipin hehe)

Citer ni saya taruk kategori PG 'Parental Guidance'. Anak² masih sekolah harus menonton bersama ibu bapa atau Kak Long atau Abg Long nya yg sudah terlebih umur kerna ada adegan² nngak enak ditonton terang² an :P Sebab dengan ketiadaan ibu nya di tanah air maka Kak Long telah menjadik bohsia sambilan...hehe

No comments: