Tidak tergambar kegumbiraan ala² Grosso (gambar di slide) tatau apa mau cakap bila menjaringkan gol kemenangan Italy masa bertemu German tempoh hari huhu
Entri terakhir pasal bola sebelum final Piala Dunia 2006 berakhir Senin nanti. Samada ini blog akan bakar mercun dan bunga api atau berkabung kui kui. Lepas ni tawon 2008 plak cakap pasal bola sempena Euro Cup sebab saya layan 2 game bola ni saja.
Peluang Italy menang 50-50. Apa saja boleh berlaku dalam perlawanan bola sepak. Tapi of kos la kan kalu kita sokong sebuah tim tu kita mau tim tu menang walaupun negara tu tak de kena mengena ngn kita. Tak naik gaji pon kalu Italy menang haha. Sesuka jek 4 tawon skali layan bola walaupun tak reti men bola. Bukan selalu. Mau tunggu Malaysia beraksi di Piala Dunia berjanggut la tunggu.
Mula mengenali Italy Piala Dunia 1994. Piala Dunia sebelum tu tak tengok sebab sekolah lagik. Ramai dah sokong Brazil maka saya sokong Roberto Baggio la...ahakss. Berakhir ngn kuciwa sbb Brazil menang Piala Dunia 1994 melalui tendangan penalti. Memang saspen giler tengok. Masa tu kat hostel ITM Kelantan.
Piala Dunia 1998. Italy tetap pilihan nomo 1. Italy kecundang masa suku akhir ditangan France melalui tendangan penalti 4-3.
Piala Dunia 2002. Italy masih lagi pilihan nomo 1 dan sampai Piala Dunia bebila kots. Italy kecundang lagi ditangan Korea masa round of 16...ces ces ces haha. Nama Ahn Jung Hwan akan disebut berulang kali sebagai wira menewaskan Italy menerusi golden goal dia tiap kali Piala Dunia. Musti nye. Ces lagik.
Piala Dunia 2006. Saya suda ada blog sendiri. Bole membebel kat blog pasal bola yayyyy. Italy berjaya pi final plak yayyyyyy.
Ketiadaan penyerang Cristien Vieri (tiada lam gambar) yang tidak dapat beraksi piala dunia kali ni sebab cedera tidak mengganggu langsung permainan Italy.
Ketiadaan pertahanan Nesta (sila lihat gambar di slide) yg juga cedera dalam 2 perlawanan sebelum nya juga tidak dirasai kekurangannya sebab penggantinya Metarazzi (gamba ada di slide) juga bagus. Syabas buat Metarazzi walupun ko aritu dapat kad merah masa lawan Australia. Yang lelain bagus dan menten di posisi memasing hehe
Kesimpulannya Italy tidak bergantung pada pemain tertentu tok men bagus hohohoho.
ITALY vs France. Dedua tim pulang awal masa Piala Dunia 2002. Dan keduanya pas teruja banget mau menang ini Piala Dunia 2006.
Hopefully tarikh 060606 yg dalam 100 tahun hanya sekali memberi tuah buat saya dan Italy. ITALY juara Piala Dunia 2006. Hahahaha. Dah alang² masuk final kasik la terus jadik Juara. Lamo den nunggu nih haa.
Owh satu lagi nostradamus, tahun Anjing ini tawon membawa tuah pada ITALY. Kira bertuah dah la dapat pi final
Fuh fuh fuh *baca mentera se-biru padi hembus keliling padang* :P
Smoga kita dapat bergulekss dengan gumbira minggu depan yach huhu
No comments:
Post a Comment