Wednesday, June 21, 2006

KDrama : Ireland (2004)


Synopsis

A westernized Irish adoptee, Joong-Ah inevitably flies back to Korea to confront her past and to see the country she is really from, only to fall in love with her brother, Jae-Bok. Their love is painful, as they are never meant to be together as lovers, but merely as brother and sister. The show’s message is that there is no such thing as noble innocent love and that love is adversity itself. Therefore, love mustn’t be impeded by so-called "destiny" or family, no matter how ironic or difficult the case may seem. Although destiny is cruel and arduous, the two young lovers radiate pure happiness. The show describes how love survives the tragic bondage of family, destiny and romance.


Total episod : 16

Yiehaa dah abis tengok citer ni. Dah lama aku carik citer ni sebenarnya sebelum kemuncolan Sam Soon lagik. Tatau nape tapi rasa cam nak tengok citer ni sebab nak tengok hero dia huhuhu.

Pas citer Sam Soon moncul baru citer ni berada di pasaran. Sebuah citer yang 'sweet' aku rasa. Jalan citer pon not bad. Lain gak dari citer² dah yang dah tengok sebelum ni. Yang lagik best tak de watak² anak org kaya atau waris tunggal tokoh konglomerat Korea atau anak org kaya saudagar intan berlian dan sewaktu dengan nya. Kadang buhsan gak kan balik² citer anak org kaya, dah la kaya ensem plak tu. Dah kaya, ensem plak tu pas tu happy ending. Tak aci kan...muahahahaha

Ending yang anti-kemuncak dan suh kita wat andaian sendirik. Kita harap hero ni akan berakhir dengan heroin tu dan sebaliknya tapi tidak menjadik ye u ols. Tatau sapa first hero lam citer ni sebab nama Hyun Bin kuo las sekali masa intro. Tapi sebab kenal Hyun Bin lebih maka kita letak dia sebagai first hero ok hehe.

Citer ni dia tak bape focus pada menda yang tak sepatutnya diberi focus sangat. Yang aku pasan la. Contoh macam perkahwinan hero ngn heroin. Dia tak tunjuk depa kawin masa bila, mcm mana hero propos etc etc. Tetau dia tunjuk gambar kawin dan dok serumah. Ok understood depa dah kawin. Kemdian dapat tau minik dia peknen. Tak de la tunjuk hero terlompat² kegumbiraan dapat tau minik dia peknen atau tlefon orang² kampong bitau minik dia peknen. Kemdian depa bercerai. Pon tak de tunjuk depa bersedih ke, tak rela nak berpisah ke, rujuk semula ke...tak de ye u ols. Saya suka jugak style citer cam ni.

Walaupun tajuk dia Ireland tapi ciput je dia shooting kat Ireland. Tah ye tah tak kat Ireland. Cuma relevansi Ireland lam citer ni ialah iteww heroin dibela oleh keluarga angkat orang Ireland dari umur 3 tahun kemdian blajar medical kat sana sampai jadik dokter dan kemdian balik ke Korea pas keluarga angkat dia mati kena tembak untuk mencarik keluarga sebenar dia. Kenapa Ireland jadik pilihan? Hanya pengarah saja yg tau.

Tang citer ni rasa nak ulas satu persatu plak watak² mereka ni sebab lam citer ni ada 4 watak penting yang tersendiri yang sama kuat wataknye. Marey kita selami watak² mereka.

Sebagai Kang Gook. Bawak watak sebagai pengawal peribadi kepada boss lelaki. Kemdian di pecat dan keje di sebuah syarikat pengawal keselamatan (pengawal keselamatan dia pake kot u ols) Bos lelaki itu ekceli sayang sama dia tapi ada sket salah paham tanpa pikir panjang dipecatnya hero mek yg kiyut miyut innew hehe. 

Seorang yang tak banyak cakap dan serious sewaktu keje. Kawin ngn heroin pon tak serupa orang dah kawin. Mungkin atas dasar 'kasihan' dia kawin ngn minik dia yg sebatang kara tak de famili dan dalam masa yg sama dia tau minik dia ada suka kat lelaki lain. Sebabkan minik dia ala² mental tak bape betol sket, ada sindorm penyakit amnesia so dia tak amek pot sangat sapa lelaki pojaan minik dia iteww. 

Tapi bila dia dapat tau sapa lelaki pojaan ati minik dia, dia kuciwa sama pilihan minik dia sebab pilihan minik dia seorang lelaki yg tak de stended hehehe. Sangat dukacita bila minik dia mintak cerai sebab dia suka banget sama minik dia. Tapi bila minik dia tetap tak dapat melupakan bopiren dia maka dia pon setuju lah mau cerai. Tambahan lagik definisi 'cinta' dan 'kebahagiaan' dia ngn minik dia berlainan. Bercerai masa minik dia mengandung tah brape bulan. Rasanya dalam 6-7 cam tu kot. 

Mek suka tengok dia senyum nampak lesung pipit. Kekadang cam nampak senyum paksa cam ada ketul emas lam mulut dia daa hahaha. 

Sebagai Lee Joong Ah. Dia ni terpisah ngn famili dia masa kecik umur 3 tahun dan diambil oleh keluarga angkat orang Ireland. Dok Ireland sampe besar. Bila famili angkat Ireland dia mati dia pulang Korea untuk carik famili sebenar dia. Kerjaya sebagai seorang dokter. Berjumpa dgn Kang Gook masa lam kapal terbang sampai la kat hotel tempat hero keje hingga la membawak ke alam perkahwinan. 

Kemdian bertermu ngn hero kedua pas kawin lantas jatuh cinta. Saspen ingat depa dua adik bradik yg terpisah skali bukan lah (kalo ye pon bagus gak) Mek tengok dia ni dipotraykan sebagai seorang yg kurang bermaya dan lembik la. Rasanya kurang bitamin C dia ni *binatang afa bitamin C*:P Walaupun dah bercerai sama Kang Gook, depa masih baik demi tok kebaikan anak mereka nnti yg tah bila akan keluar. Tunggu sambungan Ireland 2 kot hehehe. Tapi watak dia menyampahkan sebab abaikan somi dia yg baik iteww...gerammm

Kim Min Joon sebagai Lee Jae Bok. Awal kehidupan nya sangat cincai dan serabai. Tak de hala tuju, misi dan visi lam idop dia. Keje main². Muka pon tak supe orang (tapi realiti nye bleh tahan taste hehe) Tinggal bersekedudukan ngn famili heroin kedua. Sebelum dia dapat keje, seken heroin dok sara dia *tak leh arap nye jantan* 

Kehidupan dia bertukar seriyes dan komited lepas jumpa ngn Kang Gook. Dengan hero dia blajar jadik seorang pengawal yang cemerlang gemilang dan tak de temberang. Kira Kang Gook ni idola lam kerjaya dia dan dia sangat respek sama hero. Bila dapat tahu dia telah jatuh chentar sama minik idola dia, dia undur ke belakang dan tammo meneruskan hubungan sama itu pompuan sebab dia suka sama hero gak. Suka dalam erti kata hero ni banyak bagi perangsang pada dia. Juga dia sedar ruang yg dia tak de keje stabil tak padan ngn itu pompuan. 

First time tengok dia blakon cam berkenan plak lah hehehe. Juga blakon lam citer Lovers in Prague TV2 6.00 petang.


Kim Min Jung sebagai Han Shi Yan. Seorang plakon citer lucah kecil² an huhu dan cita² dia nak jadik plakon pilem terkenal sebab jadik bintang pilem lagi bleh glamer dan salu kuo surat kabar. Seorang yg sayang akan famili dia. Dia sorang dok tanggung famili dia yg seramai 7 org. 


Suka ngn seken hero. Kecik molek je orangnya. Kemdian bila seken hero rejek dia, dia berjumpa ngn Kang Gook dan suka plak kat Kang Gook walaupun dia tau Kang Gook dah kawin. Kang Gook pon selesa kawan dia ni. Meletops gak lakonan dia ni. Juga blakon lam citer Fashion 70s kat 8TV jam 8.30 malam.

Satu aku tak puas ati citer ni, rahsia Han Shi Yan bersekedudukan sama Lee Jae Bok tak terbongkar sampai ke sudah. Makanya hero sama heroin tatau depa dua tu penah kenal rapat sebelum ni. Mungkin heroin akan tawar ati sket kot sket Jae Bok kalu dapat tau Jae Bok dan Shi Yan ada 'hubungan baik' sebelum tu...ciss *tumbok² tangan tak pueh ati * :P

Sapa minat Hyun Bin harus tengok citer ni. Secara tak langsung anda akan minat hero kedua jugak hehehe

P/ S : Tunggu kuo citer tajuk Lovers in Kuala Lumpur atau Love Story in Kuala Lumpur atau Memories in KL. Depa tanak mai shooting sini ke ek. Kat KL ada Menara Kembar tertinggi di dunia pe. Kembar lagik tau bukan satu. Brape manyak mahal itooo menara...hik hik.

No comments: