Thursday, January 12, 2006

Filem : Castello (2005)



"Filem Castello adalah filem terbitan sulung saya. Sudah tentu saya akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk semua golongan penonton."-Rosyam Nor-(Penerbit dan Pelakon)


"Saya kuciwaaa la Incik Rosyam tengok ini celita" - Waiem a.k.a golongan penonton



Sinopsis

Filem ini membawa kisah mengenai Solo, remaja yang dibesarkan di Sungai Golok. Solo berkahwin dengan seorang gadis Thai bernama Chalita. Di saat Chalita hamil, Solo mula menjalankan kegiatan sebagai pengedar dadah untuk menjadikan kehidupan keluarganya lebih mewah. Tapi Solo tertangkap dan dia dipenjara selama 20 tahun. Di dalam penjara, dia dikenali sebagai Castello. Keluar dari penjara, Castello cuba mengesan semula isteri dan anaknya. Tapi dia kecewa bila mengetahui anak gadisnya Phim telah menjadi penagih dadah. Castello berusaha untuk menyelamatkan Phim yang tidak menyedari bahawa Castello adalah bapanya. Satu hari Castello merampas duit Phim sewaktu gadis itu sedang berurusan untuk membeli dadah. Kerana terlalu ketagih, di luar kesedaran Castello, Phim telah bertemu dengan pengedar dadah dan menceritakan masalah kewangannya.

Si pengedar berlagak baik dan memberi Phim dadah yang diperlukannya. Tapi di saat Phim sedang khayal, dia dirogol oleh konco-konco pengedar itu sebagai bayaran hutangnya kepada pengedar tersebut. Castello 'naik gila' sebaik saja mengetahui kemusnahan hidup Phim. Dia berazam untuk membalas dendam. Tapi di saat sedang bergelut menuntut bela terhadap maruah anaknya yang telah tergadai, Chalita (isteri Castello) telah dibunuh oleh konco-konco pengedar itu. Tentu saja Castello menjadi bertambah marah dan dia bertindak lebih gila. Namun mampukah Castello berhadapan dengan pengedar profesional itu? Untuk mengetahui kisah selanjutnya...kunjungilah pawagam-pawagam yang berdekatan.

Tatau le ek….lepas tengok citer ni kemdian baca balik sinopsis nak gelak beso pon ada. Citer banyak pon tarak guna. U ols tengok sendrey la. Feel sendiri haha. Mcm tak percaya hasil karya seorang yang terbaik dan berpengalaman. Rangka jalan citer dah ada tapi banyak yang longgar di sana sini. Tak yah masuk panggung pon boleh citer ni. Tayang kat Panggung Sabtu ke atau Teater Klasik ke atau Cereka Pilihan ke.

Antara isi kandungan :

- Pengulangan dialog 2 kali yg sama masa Castello berdepan ngn Sepet "Kau akan dapat balasan yg setimpal dgn apa yg kau lakukan"
- Nak blasah org terus je la blasah, lagik mau tahan². Cam tu jugak bila nak tembak. Tembak je la kasik picahhh kapla. Lembut hati la gengster Melayu.
- Pertengahan citer akan rasa "Bila daaa mau tammat ini citer?" Lembab ya amatsss.
- Ada aura Hindustan gak dalam citer ni, di akhir citer Sepet tetiba ada kat sempadan Malaysia Thailand lantas menembak Castello. Kemdian kemuncolan jet-ski tah dari mana masa adegan kejar Sepet. Kemdian kemuncolan plak mat² skuter. Ingatkan nak tolong kejor Sepet.
- Bunyik ekjos teksi yg dipandu Sepet cam keta F1. *patut la bunyik pom pom pom dia kuat sangat...dia pakai ekjos besi ropanya *:D
- Latar blakang muzik pon kureng. Salah satu sebab menyumbang ke arah kebosanan penonton.
- Poster jenama Julie’s sibuk enterprem
- Satu pujian kerna botakkan kepala sebab hayati watak.
- Pujian satu lagi lakonan bagus Liyana Jasmay, anak Castello
- Dan lain-lain lagi

Nota kuku cawan: Sepet diatas ialah nama watak Que Haider ye o uls. Tiada kaitan ngn filem Sepet.

Berusaha la lagi ya Incik Rosyam.

Kepada kengkawan, pi la tengok citer ni. Leh gelak berjemaah. Har har har

No comments: