Episod 2 ini berkisar pada :
1) Chiaki nak tukar fakulti dari piano ke Conduktor
2) Nodame dapat sertai S-Oke sebagai mascot sebab dalam orkestra mana ada piano daa
3) Nodame dan Masumi (yang rambut afro tu) berlawan siapa dapat ngedate dengan Chiaki sebab masing-masing menaruh hati terhadap Chiaki
4) Hujung-hujung Chiaki dilantik sebagai Conduktor S-Oke
Strezeman (stress tengok dia nih huhu) seorang Conduktor yang boleh tahan miangnya
Strezeman menolak permohonan Chikai untuk menukar falkulti
"Kenapa kau tidak terima prmohonan aku untuk masuk ke fakulti Conduktor haa?" tanya Chiaki
"Sebab aku tak suka kau" jawab Strezeman
"Aik itu saja ke?"
"Suka hati aku la. Jika satu orang aku tak suka, segala benda berkaitan dengan dia aku tak suka. Paham!! Sebab aku adalah Conducting Professor"
Chenta pandang pertama Masumi terhadap Chiaki. Siap pake klip rambut munga lagi huhu
Yang rambut kuning tu nama dia Mine, seorang pelajar violin yang berjiwa rock. Dia akan jalani satu exam di mana dia harus bermain violin dengan iringan piano dan dia terjumpa lah dengan Nodame. Tapi di kala itu Nodame takde mood sebab cinta nya bertepuk sebelah tangan.
Bila tengok Nodame takde mood dia cuba untuk menyelesaikan masalah Nodame. Mine pon teropong sapa yang telah membuat Nodame sedih.
"Apaaa kau suka Chiaki? Kenapa kau suka lelaki yang seperti itu Nodame?"
"Kau apa tahu hati dan perasaan aku. Tolong lah aku"
"Baik lah"
Mine mencadangkan supaya Nodame dan Masumi berlawan sapa dulu yang dapat ngedate dengan Chiaki.
Siapa yang berjaya maknanya dia cempien.
*Do mati dulu. Minah yang mati dulu*
Masumi berjaya menarik Chiaki untuk menyaksikan orkestra yang mana dia selaku pemain timpani ada perform dalam tu, dengan hasrat perasaan kuch kuch hota hei dia dapat sampai kepada Chiaki yang berada di dalam dewan itu. Haha
Manakala Nodame pula berpakaian seperti Marilyn Monroe untuk mengorat Chiaki. Seperti selalu Nodame gagal menambat hati Chiaki
Chiaki menunjukkan kepada Mine bahawa dia juga reti menggesek violin
Pada hari Mine akan menduduki exam penting (yang tah kali ke berapa gagal) Nodame jatuh sakit justeru tidak dapat mengiringi persembahan Mine.
Terpaksa lah Chiaki mengambil alih posisi Nodame secara bidan terjun
Sementara di dewan, S-Oke sedang menjalani latihan dan sedang menunggu Conduktor Strezeman. Tapi orang lain yang muncul
"Apaaaaaaa....(diselang seli sound efek guruh tanda terperanjat yang amat sangat)
...aku akan jadi Condokter orkestra ini...?
Kwang kwang kwang
Bersambung....
Nodame Jepun vs Korea
Kawaiiii
6 comments:
kurusnya yg jepun tu yer...
bila start nodame cantabile 2? alamak saya lambat. suka yg NC1. hehe. ada versi korea jugak? kena layan ni. hehe. suka review sis.
saya baca blog ni lepas baca review rage3. buku tu best gila :)
Cempaka, a'ah baru perasa kurus tengok kali ke-3 hehe
Hikayat Seorang Budak,
Nodame Cantabile korea dah start dah.
Terima kasih baca blog saya :)
bestnyer.. nanti dh copy bg tau yer (ikon katun pipi muka merah).. hahahahahaa!!
Hehehe ok2 ;)
Post a Comment