Monday, November 12, 2012

Kerana drama Korea, suami kesepian

BARU-baru ini Bro berbual-bual dengan beberapa orang kawan tentang drama Korea yang ketika ini cukup menjadi kegilaan terutamanya dalam kalangan kaum wanita.

Macam-macam mereka cerita berhubung gelagat isteri masing-masing yang dah terkena penangan drama Korea ini.

Sebenarnya, inilah 'penyakit' yang ada kepada kaum perempuan, mereka mudah sangat lentuk dengan drama-drama Korea yang Bro rasa sebahagian besarnya tidak memberi apa-apa pun faedah dalam kehidupan kita terutama bagi yang sudah bergelar isteri.

Bro tidak kisah jika ada isteri yang meluangkan masa untuk merehatkan minda selepas bekerja untuk menonton drama berkenaan. Malahan Bro hormat kepada perempuan yang menjadikan drama tersebut sekadar hiburan semata-mata. Tetapi yang Bro pertikaikan ialah ada antara perempuan-perempuan ni sudah terlalu taksub dengan drama Korea sampai tanggungjawab melayan suami diabaikan.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana perempuan bertaraf 'nenek' habis masa berjam-jam tonton cakera padat video (VCD) drama Korea, sampai cucu pun tak minat nak pergi rumahdia.

Mungkin ada kaum perempuan yang menempik Bro dengan menganggap semua ni tuduhan palsu tetapi ini realiti. Masa kualiti bersama suami banyak dihabiskan dengan menonton drama yang tidak berfaedah itu.

Malahan ada sesetengah perempuan sanggup membiarkan suami terkebil-kebil seorang diri di atas katil kerana hendak menonton dulu drama Korea yang ditayangkan di kaca televisyen.

Bagi perempuan macam ini, seolah-olah terlepas satu episod ibarat satu kerugian terbesar dalam hidup, sedangkan drama tu boleh ditonton semula di internet, bukan macam zaman dulu tak ada internet.

Sepatutnya, apabila berada di samping suami tumpu perhatian kepada suami, lelaki ni perlukan belaian apatah lagi ketika keletihan selepas seharian bekerja. Tetapi masalah perempuan ni, mereka buat-buat tak faham, ikut kepala mereka sahaja, bagi mereka drama Korea itu lebih penting daripada bergurau senda atau berbual-bual dengan suami.

Apa yang paling malang ada sesetengah perempuan terikut-ikut dengan perangai dan taktik yang digunakan oleh watak-watak dalam drama yang mereka tonton.

Bercakap dengan suami pun dah kasar, melayan suami pun macam hendak tak nak sahaja, lepas tu dah pandai bercakap soal hak kaum perempuan.

Bro bukannya anti drama Korea, sekali kala Bro pun tonton juga tetapi bukannya cerita fasal perempuan kena aniaya dek suami atau perempuan yang dikecewakan oleh lelaki. Semua itu buang masa sahaja, Bro hanya tonton drama yang boleh bagi Bro berfikir macam drama berjudul 'Ghost' - tapi Bro yakin ramai perempuan tak tonton drama ni sebab perempuan malas nak fikir, mereka nak tengok drama yang boleh mengalirkan air mata sahaja, cerita-cerita kononnya perempuan dianiaya mereka sukalah.

Tetapi dalam realiti sebenarnya, tidak semua lelaki mengecewakan perempuan, banyak juga perempuan yang mengecewakan lelaki, namun drama macam ni tak begitu diminati oleh perempuan sebab tidak menyebelahi mereka. Apa pun Bro nak pesan, Bro tak kisah banyak manapun drama yang hendak ditonton oleh perempuan tapi pandai-pandailah membahagikan masa dan menunaikan tanggungjawab kepada suami.

Bro ada ramai kawan perempuan yang minat cerita Korea ini, ada antaranya sanggup menghabiskan masa berjam-jam tonton drama itu melalui internet, Bro tak kisah sebab Bro tahu mereka tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami.

Apa yang Bro nak nasihatkan ialah kepada perempuan yang mengabaikan tanggungjawab memenuhi masa berkualiti bersama suami dan terlalu taksub dengan drama Korea sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan sebenar.

Cukup-cukuplah fikiran kita dah berserabut dengan banyak drama Melayu yang memberi contoh tidak baik kepada kehidupan manusia, tak usahlah drama Korea pula nak menambahkan lagi kerosakan berkenaan. Kalau dah taksub sangat kepada drama Korea itu pandai-pandailah bahagi masa antara melayan suami dengan menonton drama berkenaan.

Bro percaya ramai suami tidak kisah, kalau isteri mereka menonton drama Korea asalkan layanan terhadap mereka tidak diabaikan dan tidak mencontohi budaya buruk dalam drama itu.

Satu lagi Bro nak pesan kepada kaum perempuan, ubahlah sikit sikap suka sangat drama-drama yang mengalirkan mata ini. Baru-baru ini heboh fasal satu drama Melayu yang dianggap oleh kaum perempuan kalau tak tengok rugi seumur hidup. Bila Bro tinjau-tinjau rupanya kisah fasal sepasang suami isteri yang sampai ke tanah suci Mekah dan Madinah pun bertengkar, macam ni ke kita nak buat contoh dalam kehidupan rumah tangga. Sepatutnya, sudah ada kematangan dalam kalangan kaum perempuan untuk menolak drama-drama yang tidak memberi contoh baik kepada masyarakat termasuklah drama Korea.

Tetapi biasalah perempuan, kononnya hati mereka lembut dan mudah tersentuh, sedangkan drama tetap drama ia bukan sebuah realiti dalam kehidupan di alam fana ini.

Sebab itulah ramai pelakon pandai berlakon termasuklah dalam kehidupan sebenar mereka dan itu bukanlah sesuatu yang menghairakan kerana dalam kalangan perempuan bergelar isteri yang bukan artis atau pelakon pun, ramai yang pandai berlakon. Apa maksud Bro? Fikirlah sendiri!

- JUMPA LAGI!
 
© Utusan Melayu (M) Bhd

******************************************************

Amboi, amboi, amboi Bro.  

Begitu berdesup sekali artikel. 

Terima kasih kerana mengingatkan.

Baik lah, yang baik saya ambil jadikan tauladan. 

Macam nak ulas panjang sikit tapi macam malas la pulak.  

Sebab saya tergolong dalam golongan perempuan yang menjadikan drama tersebut sekadar hiburan semata-mata. 

Hiburan yang tidak meningkatkan tahap keimanan. 

Hiburan yang tidak dapat membantu amalan kita di sana kelak. 

Kita tahu semua itu.  

Tetapi manusia perlukan hiburan dalam kehidupan seharian setelah penat mencari rezeki di siang hari. 

Pandai-pandai la membuat pilihan akan hiburan masing-masing yang sesuai dengan tanggungjawab dan keadaan sekeliling. 

Tapi apakah drama Melayu yang dianggap oleh kaum perempuan kalau tak tengok rugi seumur hidup itu?

Saya jarang dapat melayan drama Melayu ni sebab jalan citer lebih kurang sama jer intipatinya. Tengok 5 minit dah boleh baca keseluruhan jalan citer huhu

10 comments:

hood said...

ambe pon folo derama ikut selera.. x sumer derama korea ambe nengok sbb derama yg asek menyendu itew bukan ler selera ambe sbb tu smpai skang ambe dok pahe naper winter sonata tu femes bebeno.. (x penah tringin nak nengok, harap mahap pade peminat tegar winter sonata eh) :) bab derama melayu yg begaduh kt mekah/madinah tu pong ambe x penah folo.. citer ape tu ek? :P

hurulaini said...

amboi...bestnye streotype perempuan layan drama air mata je...tensen dowh klu drama cemtu...drama yg mencabar minda & menambah ilmu sejarah mcm deep rooted tree atau queen seon duk la best...tsk tsk

tapi peringatan yang bagus, cuma..rasa bukan sekadar drama korea...kalau dah kaki TV tu, drama Thai, spanish, indon semua sama je effect dia :)

cempaka@rohani said...

hehhhehehe.. drama yang gaduh kat mekah madinah tu 'adam dan hawa' la tu... nk wat camaner dah dalam buku camtu.. kita tengok tak pulak rasa nak gaduh gak kat mekah dan madinah.. scene tu pun adala dalam 3 episod jer out of 80 episod.. byk lagi yang boleh dicontohi kalau yang tu tak buleh dicontohi pun.. okay waiem, kita noted yer.. terima kasih kepada penulis ni kerana ingat mengingati.. so far Alhamdulilah, suami kita tak terasa rasanya.. suami saya pun suka tgk adam dan hawa apa.. heheeheheh.. (eh, saya ni nk ckp pasal drama korea or adam dan hawa ke ni?? sori lari topik.. hehehehe..) apa2 pun waiem, rasanya kita ni pandai menilai kan.. mana yg baik diikuti mana yang tak, kita jauhi.. kan kan kan..... tak kira la apa jua drama.. kan kan kan....

waiem said...

kak hood,

Winter sonata femes bebebo ambe paham sebab hero dia sedap mata memandang huhu dan lagi ost dia merdu menusuk qolbu sampai hazami pon nak sadurkan...

Ambe pon sampai la ni belom tamat tengok winter sonata...sebab kita bukan set jiwang kot huhu

Itu la k-drama pertama rasanya yang telah membawa kita semua ke dasar pandang ke timur (dasar pandang ke k-pop dan k-drama huhu)

Derama melayu tu cempaka dah eksplen kat atas...:)

waiem said...

hurul,

Kann...asal pompuan je ingat layan derama air mata...kita pon layan jugak Ghost tu la...sbb ada So Ji Sob...mencabar minda dan mata tuuu huhuhu

Kann...korea banyak genre derama yang mencabar minda...sebab tu suka layan ..(citer masak masak, citer pasal super hero yang menuntut kemerdekaan negara...etc)

:)

waiem said...

cempaka,

Dah agak dah adam & hawa hehehe ingat nak try baca buku dia la

Ya yang baik kita amek iktibar...

Bak kata tagline,

"rumahtangga di dahulu kan, k-drama di utamakan"

Huhuhu

chemistry_lady said...

ambe layan ghost... hikhikhik

so ji suppppp :-)

waiem said...

Kannn...huhu

eyyla said...

ada gak yg tak puas hati yer kat kaum hawa yg suka tgk drama korea ni.. takpe laa.. yg penting kita kaum hawa ni pandai2 membahagikan masa tp yg penting kita happy sekadar hiburan utk merelease tension or stress...hehehehe
setuju dgn tagline tu
""rumahtangga di dahulu kan, k-drama di utamakan""

sekian... peace yo..

waiem said...

Kann...kaum adam pula yang taksub dengan bola lagi dahsat sampai gado2 dan tak bertego sapa dengan kawan. Makan tak lalu, tido tak lena kalu tim dia kalah

:)