BARU-baru ini Bro berbual-bual dengan beberapa orang kawan tentang
drama Korea yang ketika ini cukup menjadi kegilaan terutamanya dalam
kalangan kaum wanita.
Macam-macam mereka cerita berhubung gelagat isteri masing-masing yang dah terkena penangan drama Korea ini.
Sebenarnya, inilah 'penyakit' yang ada kepada kaum perempuan, mereka
mudah sangat lentuk dengan drama-drama Korea yang Bro rasa sebahagian
besarnya tidak memberi apa-apa pun faedah dalam kehidupan kita terutama
bagi yang sudah bergelar isteri.
Bro tidak kisah jika ada isteri yang meluangkan masa untuk merehatkan
minda selepas bekerja untuk menonton drama berkenaan. Malahan Bro
hormat kepada perempuan yang menjadikan drama tersebut sekadar hiburan
semata-mata. Tetapi yang Bro pertikaikan ialah ada antara
perempuan-perempuan ni sudah terlalu taksub dengan drama Korea sampai
tanggungjawab melayan suami diabaikan.
Ini belum lagi mengambil kira bagaimana perempuan bertaraf 'nenek'
habis masa berjam-jam tonton cakera padat video (VCD) drama Korea,
sampai cucu pun tak minat nak pergi rumahdia.
Mungkin ada kaum perempuan yang menempik Bro dengan menganggap semua
ni tuduhan palsu tetapi ini realiti. Masa kualiti bersama suami banyak
dihabiskan dengan menonton drama yang tidak berfaedah itu.
Malahan ada sesetengah perempuan sanggup membiarkan suami
terkebil-kebil seorang diri di atas katil kerana hendak menonton dulu
drama Korea yang ditayangkan di kaca televisyen.
Bagi perempuan macam ini, seolah-olah terlepas satu episod ibarat
satu kerugian terbesar dalam hidup, sedangkan drama tu boleh ditonton
semula di internet, bukan macam zaman dulu tak ada internet.
Sepatutnya, apabila berada di samping suami tumpu perhatian kepada
suami, lelaki ni perlukan belaian apatah lagi ketika keletihan selepas
seharian bekerja. Tetapi masalah perempuan ni, mereka buat-buat tak
faham, ikut kepala mereka sahaja, bagi mereka drama Korea itu lebih
penting daripada bergurau senda atau berbual-bual dengan suami.
Apa yang paling malang ada sesetengah perempuan terikut-ikut dengan
perangai dan taktik yang digunakan oleh watak-watak dalam drama yang
mereka tonton.
Bercakap dengan suami pun dah kasar, melayan suami pun macam hendak
tak nak sahaja, lepas tu dah pandai bercakap soal hak kaum perempuan.
Bro bukannya anti drama Korea, sekali kala Bro pun tonton juga tetapi
bukannya cerita fasal perempuan kena aniaya dek suami atau perempuan
yang dikecewakan oleh lelaki. Semua itu buang masa sahaja, Bro hanya
tonton drama yang boleh bagi Bro berfikir macam drama berjudul 'Ghost' -
tapi Bro yakin ramai perempuan tak tonton drama ni sebab perempuan
malas nak fikir, mereka nak tengok drama yang boleh mengalirkan air mata
sahaja, cerita-cerita kononnya perempuan dianiaya mereka sukalah.
Tetapi dalam realiti sebenarnya, tidak semua lelaki mengecewakan
perempuan, banyak juga perempuan yang mengecewakan lelaki, namun drama
macam ni tak begitu diminati oleh perempuan sebab tidak menyebelahi
mereka. Apa pun Bro nak pesan, Bro tak kisah banyak manapun drama yang
hendak ditonton oleh perempuan tapi pandai-pandailah membahagikan masa
dan menunaikan tanggungjawab kepada suami.
Bro ada ramai kawan perempuan yang minat cerita Korea ini, ada
antaranya sanggup menghabiskan masa berjam-jam tonton drama itu melalui
internet, Bro tak kisah sebab Bro tahu mereka tidak mengabaikan
tanggungjawab kepada suami.
Apa yang Bro nak nasihatkan ialah kepada perempuan yang mengabaikan
tanggungjawab memenuhi masa berkualiti bersama suami dan terlalu taksub
dengan drama Korea sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan sebenar.
Cukup-cukuplah fikiran kita dah berserabut dengan banyak drama Melayu
yang memberi contoh tidak baik kepada kehidupan manusia, tak usahlah
drama Korea pula nak menambahkan lagi kerosakan berkenaan. Kalau dah
taksub sangat kepada drama Korea itu pandai-pandailah bahagi masa antara
melayan suami dengan menonton drama berkenaan.
Bro percaya ramai suami tidak kisah, kalau isteri mereka menonton
drama Korea asalkan layanan terhadap mereka tidak diabaikan dan tidak
mencontohi budaya buruk dalam drama itu.
Satu lagi Bro nak pesan kepada kaum perempuan, ubahlah sikit sikap
suka sangat drama-drama yang mengalirkan mata ini. Baru-baru ini heboh
fasal satu drama Melayu yang dianggap oleh kaum perempuan kalau tak
tengok rugi seumur hidup. Bila Bro tinjau-tinjau rupanya kisah fasal
sepasang suami isteri yang sampai ke tanah suci Mekah dan Madinah pun
bertengkar, macam ni ke kita nak buat contoh dalam kehidupan rumah
tangga. Sepatutnya, sudah ada kematangan dalam kalangan kaum perempuan
untuk menolak drama-drama yang tidak memberi contoh baik kepada
masyarakat termasuklah drama Korea.
Tetapi biasalah perempuan, kononnya hati mereka lembut dan mudah
tersentuh, sedangkan drama tetap drama ia bukan sebuah realiti dalam
kehidupan di alam fana ini.
Sebab itulah ramai pelakon pandai berlakon termasuklah dalam
kehidupan sebenar mereka dan itu bukanlah sesuatu yang menghairakan
kerana dalam kalangan perempuan bergelar isteri yang bukan artis atau
pelakon pun, ramai yang pandai berlakon. Apa maksud Bro? Fikirlah
sendiri!
- JUMPA LAGI!
10 comments:
ambe pon folo derama ikut selera.. x sumer derama korea ambe nengok sbb derama yg asek menyendu itew bukan ler selera ambe sbb tu smpai skang ambe dok pahe naper winter sonata tu femes bebeno.. (x penah tringin nak nengok, harap mahap pade peminat tegar winter sonata eh) :) bab derama melayu yg begaduh kt mekah/madinah tu pong ambe x penah folo.. citer ape tu ek? :P
amboi...bestnye streotype perempuan layan drama air mata je...tensen dowh klu drama cemtu...drama yg mencabar minda & menambah ilmu sejarah mcm deep rooted tree atau queen seon duk la best...tsk tsk
tapi peringatan yang bagus, cuma..rasa bukan sekadar drama korea...kalau dah kaki TV tu, drama Thai, spanish, indon semua sama je effect dia :)
hehhhehehe.. drama yang gaduh kat mekah madinah tu 'adam dan hawa' la tu... nk wat camaner dah dalam buku camtu.. kita tengok tak pulak rasa nak gaduh gak kat mekah dan madinah.. scene tu pun adala dalam 3 episod jer out of 80 episod.. byk lagi yang boleh dicontohi kalau yang tu tak buleh dicontohi pun.. okay waiem, kita noted yer.. terima kasih kepada penulis ni kerana ingat mengingati.. so far Alhamdulilah, suami kita tak terasa rasanya.. suami saya pun suka tgk adam dan hawa apa.. heheeheheh.. (eh, saya ni nk ckp pasal drama korea or adam dan hawa ke ni?? sori lari topik.. hehehehe..) apa2 pun waiem, rasanya kita ni pandai menilai kan.. mana yg baik diikuti mana yang tak, kita jauhi.. kan kan kan..... tak kira la apa jua drama.. kan kan kan....
kak hood,
Winter sonata femes bebebo ambe paham sebab hero dia sedap mata memandang huhu dan lagi ost dia merdu menusuk qolbu sampai hazami pon nak sadurkan...
Ambe pon sampai la ni belom tamat tengok winter sonata...sebab kita bukan set jiwang kot huhu
Itu la k-drama pertama rasanya yang telah membawa kita semua ke dasar pandang ke timur (dasar pandang ke k-pop dan k-drama huhu)
Derama melayu tu cempaka dah eksplen kat atas...:)
hurul,
Kann...asal pompuan je ingat layan derama air mata...kita pon layan jugak Ghost tu la...sbb ada So Ji Sob...mencabar minda dan mata tuuu huhuhu
Kann...korea banyak genre derama yang mencabar minda...sebab tu suka layan ..(citer masak masak, citer pasal super hero yang menuntut kemerdekaan negara...etc)
:)
cempaka,
Dah agak dah adam & hawa hehehe ingat nak try baca buku dia la
Ya yang baik kita amek iktibar...
Bak kata tagline,
"rumahtangga di dahulu kan, k-drama di utamakan"
Huhuhu
ambe layan ghost... hikhikhik
so ji suppppp :-)
Kannn...huhu
ada gak yg tak puas hati yer kat kaum hawa yg suka tgk drama korea ni.. takpe laa.. yg penting kita kaum hawa ni pandai2 membahagikan masa tp yg penting kita happy sekadar hiburan utk merelease tension or stress...hehehehe
setuju dgn tagline tu
""rumahtangga di dahulu kan, k-drama di utamakan""
sekian... peace yo..
Kann...kaum adam pula yang taksub dengan bola lagi dahsat sampai gado2 dan tak bertego sapa dengan kawan. Makan tak lalu, tido tak lena kalu tim dia kalah
:)
Post a Comment