Wednesday, November 07, 2012

Hilman Yong, saya suka kat awak lah




Ok kita ke ribiu novel pula.

Novel ini telah berjaya di katamkan sewaktu dalam pantang haritu. Peh punya la tebal. Kalu hari-hari biasa rasanya novel ni akan terperap dalam dalam gobok je rasanya. Entah bila akan dibaca. Masa pantang agak boring sikit sebab tak de benda nak buat melainkan baring dan golek-golek atas katil dengan baby sambil memikir anak nak anto mana bila masuk keje nanti, jadi memang seswai la untuk membaca naskah yang tebal-tebal sebegini.

Memang kagum dengan penulis yang boleh tulis tebal-tebal nih.

Al-kisahnya novel ini telah direkemen oleh seorang rakan kepada saya. Menurut ribiu ringkas beliau secara verbal, novel ini agak lain sikit daripada novel-novel cinta yang berada di pasaran. Saya pon bukannya peminat novel sangat. Bukan apa sebab tak cukup masa nak baca. Cuma novel yang terpilih dan disarankan saja yang saya akan beli dan baca.

Kisah cinta di dalam novel ini berlandaskan Islam dan banyak terselit hadis dan kisah-kisah Nabi di dalam nya, di samping penulis juga meminati k-pop dan k-drama. Ini yang menarik perhatian hehehe

Secara amnya boleh la saya konklusikan novel ini adalah Winter Sonata versi novel. Adalah beberapa adegan yang mirip dengan adegan di dalam drama Winter Sonata. Terutama bahagian Muhammad Hilman Yong Abdullah bertukar menjadi Damien Yong Teik Wah.

Apakah insiden yang telah menimpa hero? Anda baca lah sendiri novel ini. Tak boleh nak citer kesemuanya. Nanti dah tak saspen huhu

Pertama nya kita pergi kepada penulis novel ini. Ini pertama kali ambe membaca novel nukilan Melur Jelita ini.

*Dihujung sana tempat mu bunga melurrrr…* muzik latar

[Melur Jelita adalah anak jati Kelantan. Beliau kelulusan Usuluddin dari Universiti Malaya pada tahun 1993. Pernah menjadi pensyarah, kaunselor, penasihat badan pelajar, fellow warden dan terlibat dalam NGO bahagian Dakwah di Regional Islamic South East of Asia Pasific atau RISEAP. Kemudian meletakkan jawatan kerana mengikut suami bekerja. Kini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.]

Sedikit sedutan biodata penulis di novel. Gomo Klate Gomo hehe

Novel ini mengisahkan 2 orang Hamba Allah watak utama, heroin bernama Intan Zulaikha, manakala hero nya pula bernama Muhammad Hilman Yong Abdullah.

Hilman Yong ini merupakan seeorang muallaf yang telah memeluk Islam ketika usia 21 tahun. Beliau memeluk Islam kerana Allah dan bukan kerana mahu berkahwin dengan pompuan Muslim. Tahap keislaman dia kalah kita yang dilahirkan Islam ini. Beliau sungguh-sungguh mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan arah tuju dalam kehidupan.

"Saya ingat awak peluk agama Islam sebab tertarik atau nak kahwin dengan perempuan Melayu"

"Itu semua pandangan biasa daripada kebanyakan orang Melayu, seolah-olah Islam ini hak orang Melayu. Sedangkan Islam ini hak sejagat. Untuk semua. Nabi Muhammad SAW pun bukan Melayu, an Arabian. Salman al-Farisi, an Iranian, Hassan al-Banna, an Egyptian and the late Ahmad Deedat , South African, kalau saya tak silap…"

(m/s 85)



"Heyy sexy lady...op op op "

Hilman Yong bersama Starking. Hilman Yong ni terer kat Dream Team

Hilman Yong merupakan anak kacukan Amerika, China dan Korea. Boleh la anda imajin hero Korea mana yang seswai  untuk watak Hilman Yong ini. Kekeke

Intan Zulaikha pula adik beradik cuma 2 orang dan dia anak yang bongsu. Seorang yang tegas, degil, egois dan of kos la cantik sebab abang dia hengsem. Hehehe

Hilman Yong dan Intan Zulaikha ini berjumpa secara tidak sengaja 8 tahun yang lalu.   

(Manade tak sengaja. Semua berlaku dengan perancangan dan izin Allah).

8 tahun kini dengan izin Allah SWT mereka bertemu kembali untuk menjalinkan hubungan cinta yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin dan untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Tapi sebelum ke jinjang pelamin pelbagai halangan, cabaran, onak dan duri terpaksa mereka tempuhi sebelum bergelar somi isteri. Biasa lah kan. Kalau jumpa-jumpa terus berkahwin tamat la citer, ya dak. Hehehe

Intan Zulaikha merupakan cinta pandang pertama Hilman Yong.

*Cinta pandang pertama tuan hakim. Saya cintakan cik Harun dan cik Harun cinta kan saya*

Hilman Yong sedaya upaya telah cuba untuk mengorat Intan Zulaikha hingga menjadi miliknya kerana dia dapat merasakan hati kecilnya berkata bahawa Intan Zulaikha adalah jodohnya yang Allah telah hantar kepada dirinya.

Mereka bertemu, kemudian bergaduh, kemudian baik semula, kemudian konflik  balik…lapan lagi hingga la satu musibah telah menimpa Hilman Yong yang mana telah membuatkan Intan Zulaikha yang egois itu menyesal ttidak sudah dan bertaubat di atas perbuatan silam nya. Perbuatan nya itu yang telah menjejaskan hubungan kasih sayangnya dengan Hilman Yong dan dia redha dengan takdir yang menimpanya.  Dia menyalahkan dirinya yang tidak tahu erti bersyukur bila sesuatu nikmat dan anugerah sudah berada di depan mata.

"Kau nak  yang lelaki yang macam mana lagi Intan? Kaki pukul, kaki kikis, kaki ada tapi malas bekerja? Haa u stori me…?"

Tiba-tiba seorang pembaca telah emo dan rasa nak bekhen Intan kejap. Ahaks.

Yang syioknya hubungan cinta mereka terjalin seperti mana acuan Islam. Hilman Yong walaupun seorang muallaf, beliau sangat menitik beratkan hubungan pasangan merpati dua sejoli sentiasa berada di dalam landasan yang benar dan diberkati Allah SWT. Setiap tingkah laku, batasan pergaulan dan aurat dijaga. Yang mana tak boleh, tetap tak boleh. Yang mana haram, tetap haram.

Apa saja tingkahlaku romantis beliau akan berkata,

"I will do the same after our marriage"

(m/s 93)

Oh bestnya. Ambe suka lelaki sebegini yew huhu

“Bukan ceramah, saya tak layak bercakap mengenai agama. Masih banyak yang perlu dipelajari. Saya tak pernah beri kuliah agama atau tazkirah tetapi saya suka berbincang bab agama dengan mereka yang lebih berilmu atau bertanya apa yang saya tidak faham, tak  kira orang itu tua atau muda. Saya hanya bercakap dengan Intan saja. Ia satu tanggungjawab yang harus saya pikul kerana Intan bakal isteri saya. Tanggungjawab seorang suami, mendidik isterinya lebih-lebih lagi dalam bab agama. Kalau saya tak mampu, saya wajib mencari seorang guru untuk membimbing Intan. Saya yang akan menanggung dosa pahala Intan jika Intan tidak menunaikan titah perintah Allah”.

(m/s 584)


Alhamdulillah, beliau tahu akan konsep seorang isteri merupakan tanggungjawab seorang suami dan seorang suami harus mendidik isterinya. Jarang nak jumpa lelaki macam ni di zaman fesbuk ini. 

Dengar itu wahai kaum Adam sekalian, baik yang bujang mahupun suami orang. Contohi la Hilman Yong. Hihihi

Lepas tu Hilman Yong sambung tazkirah kat Intan lagi

"Rasulullah SAW contoh terbaik. Sebagai hamba, Rasul, pemimpin, suami, ayah, anak. Intan cari lah apa yang Intan nak tahu mengenai urusan hidup Baginda SAW yang mulia, mengenai apa saja, pasti Intan akan temui adab-adab Baginda SAW dalam urusan hidup Baginda SAW. Semua ada. Cukup untuk kita jadikan panduan. Dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besarnya."

(m/s 584)

Dengar dengar itu wahai orang-orang kampung sekalian. Termasuk ambe yang sedang menaip ini.

"Dengan kasih sayang Allah, tiada  yang mustahil"

(m/s 1004)

Seterusnya anda baca lah sendiri novel ini. Semoga mendapat manfaat dan iktibar akan segala info dan ilmu yang terdapat di dalam novel cinta ini. Cinta bukan sebarang cinta. Bukan cinta biasa. Cinta luar biasa pon bukan. Sebagai seorang Muslim, ini lah kisah cinta yang kita cari selama ini tuan direkter. 

Iktibar dari sudut kasih sayang sesama manusia. 

Adakah kita cuma mahu menerima dari pasangan kita? Nak memberi kita berkira-kira dan rasa tak perlu. 
 
Bagai mana pula perasaan pasangan kita jika dia saja yang asek memberi? Sekali dua memang la dia tak kisah. Masuk kali ke 10-20, kompem meletop la perang. 

Bagaimana jika ada orang lain yang sudi memberi kepada pasangan kita? Masa ni kalu kita nak cemburu atau naik hangin dah terlambat sebab kita hanya memikirkan diri kita sahaja

Akhir kalam, saya dedikasi kan lagu feveret Hilman Yong ini kepada anda. Lagu dari filem mat tahir Lee Junki yakitu The King & Clown






LEE SUN HEE FATE (THE KING & THE CLOWN OST) LYRICS

 


Promise me that when this moment’s over and we meet again
That we can put everything in the past and stand by each other

This is what we call fate, it’s something we can’t deny
Will I ever experience another day as glorious as today?

You’re a gift upon this exhausting path of life
I’ll continuously wash and shine our love so it won’t rust away
Our meeting was short like a drunken affair, but it was real

Even though this cannot last, I won’t resent it because nothing is foever
This is what we call fate, it’s something we can’t deny
Will I ever experience another day as glorious as today?

There’s so much i want to say, but you probably already know
When we meet again some time in the future
Please don’t let go again
The love we couldn’t have in this life
The fate we couldn’t live in this life

When we meet again some time in the future
Please don’t let go of me


Sekian la saja kisah Hilman Yong yang hawt itew.

11 comments:

eyyla said...

wahhh... bravo!!!.. syabazzzz... akhirnya selesai mengupdate novel kesukaan ambe & seantaro dunia ni..hehehe.. lepas ni jgn lupa update kisah ILUS (I love you stupid) pulak yer versi waiem... hihihi

hood said...

waah.. suker nyer ambe.. lama dh x layan nobel gak.. las nobel melayu yg ambe baca "Nota Cinta" (mebi the only nobel melayu kot yg ambe penah baca) hmm.. doa kan la ambe ketemu jejaka spt Hilman Yong itew..
aisehmen, nama pn hurup H gitu.. kekeke

waiem said...

eyyla,

ILUS Insya Allah kalu masa mengizinkan baca...hehehe

waiem said...

kak hood,

Ambe doakan kekanda akan bertemu dengan jejaka idaman seperti Hilman Yong itu. Amin

Sila la baca nobel ni untuk lebih feeling akan Hilman Yong hehehe

Anonymous said...

Wujudkah Hilmon Yong itu??? Haha harap2 wujud. Suka bila penulis masukkan KPOP dalam novel tu hehe ^^ Jangan lupa ILUS ye! Firman+Iris+Cambodia=menitis air mata~

waiem said...

Harap-harap wujud la ek hehe

ILUS...Insya Allah...ada jalannya heheh

hurulaini said...

wahhhh...rebiu ni mmg buat rasa nak beli terus buku ni...walhal buku berlambak kat rumah x baca lg =_=""

waiem said...

Beli la segera dan baca, pasti berbaloi huhu

GuardianX said...

rumah tuan ruamh dah tukar langsir baru... ceria je nampak!

mrsGX said...

Huhu baru habis baca mmg best tapi tak larat kes ego, salah faham, jeles, berbaik semula, merajuk, salah faham lagi, putus. nasib baik happy ending

waiem said...

Hello Mr & Mrs GX,

Long time no see here hehehe

GX, semangat baru kena la langsir barew yo hehe

Ipah, kan part tu yang meleret sejibik macam drama korea hehe