Tuesday, July 17, 2012

Ibubapa derhaka kepada anak


Kebiasaan nya kita dengar anak derhaka kepada ibubapa. Walau macam mana teruk atau buruk peel ibubapa kita, kita tidak boleh derhaka kepada mereka. Kita wajib hormat dan mentaati mereka.

Tetapi harini saya baru dapat tahu bahawa ada istilah ibubapa derhaka kepada anak, melalui rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi. Topik harini dan semalam ialah "Derhaka kepada ibubapa".
 
Ustaz yang bertugas



Kategori ibubapa yang derhaka terhadap anak ada 3. Tapi ianya lebih ditujukan khas kepada golongan bapa.

Oleh  yang demikian, bapak-bapak atau bakal bapak yang berada di luar sana berwaspada lah. Untuk menjadi bapa yang baik, bukan hanya bermula dari selepas bini beranak. Ianya harus dimulai dari sebelum berkahwin, bermula dari hendak mencari pasangan hidup.

Firman Allah ada menyebut, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" dan sebaliknya. Jadinya kalu kita mahukan pasangan yang baik, kita haruslah berkelakuan baik. Insya Allah, kita akan dapat jodoh yang baik.

Bila dah dapat jodoh yang baik, Insya Allah akan dapat anak  yang baik dan tidak derhaka  kepada ibubapanya. Benda ni sebenarnya dia berkaitan di antara satu sama lain kalu kita selidiki dan fahamkan susur galurnya.

Berbalik kepada kisah bapa derhaka kepada anak.

Kisah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khatab. Saidina Umar dikenali sebagai seorang peminpin yang sangat adil. Satu  hari ada seorang bapa datang mengadu kepada beliau bahawa anak dia telah derhaka kepadanya.

Lantas Saidina Umar pon panggil la anak yang dikatakan derhaka itu untuk di basuh otaknya.

Setelah diberi beberapa patah kata nasihat, anak itu pon mengaku yang dia bersalah sebab derhaka kepada bapanya.

Sebelum pulang anak itu bertanya kepada Saidina Umar, ada tak ibubapa yang derhaka kepada anaknya?

Saidina Umar berkata ya ada. Yak itu…

1. Bapa yang tidak memberi ibu yang baik kepada anaknya

2. Bapa yang tidak memberikan nama yang baik kepada anaknya

3. Bapa yang tidak mengajar anaknya Al-Quran

Anak itu pon berkata, "Oh kalau begitu bapak aku terlebih dahulu telah derhaka kepada aku. Dia tidak mencarikan ibu yang baik buat aku. Dia tidak bagi nama yang baik untuk aku. Nama aku tiada makna. Dan tidak pernah satu pun huruf Al-quran yang dia ajarkan kepada ku"

Tamat kisah itu.

Moral of the stori, mungkin adakah boleh kita simpulkan kederhakaan seorang anak itu berpunca dari kederhakaan bapanya sendiri?

Derhaka yang macam mana?  Wallahualam. Hanya mereka-mereka yang tertentu saja yang mengetahui.  

Begitu penting rupanya untuk lelaki mencari pasangan yang baik. Jika tidak boleh jatuh kategori derhaka terhadap anak.

Saya berfikir sebentar.

Dengan kualiti remaja lelaki Muslim yang kita ada sekarang ni (tak semuanya la), yang umur kecik-kecik dah pandai rogol orang, dah pandai beromen, dah pandai tengok bideo lucah, dah pandai menyamun, mat rempit, bohjan, terlibat dengan dadah, sebagaimana berita yang kita sering baca di dada-dada akhbar yang bidang itu…

Adakah bapa-bapa mereka pada suatu masa dahulu seorang 'penderhaka'?

Itu baru dari skop remaja.

Belom masuk bab orang dewasa.

Belom masuk bab bini skandal dengan lelaki lain hingga lahirkan anak luar nikah. Apa akan jadi pada nasab dan keturunannya?

Adakah kederhakaan itu akan berterusan dan berpanjangan?

Dan lain-lain lagi. Pening pulak hamba nak fikirkannya.

Aduhai…besar dan sulit sungguh peranan seorang  lelaki yang bergelar bapa ni ya. Nak menanggung dosa bini dan anak perempuan nya lagi. Silap didik anak, anak akan jadi derhaka pula.

Patut la ramai lelaki takmo jadi lelaki sekarang ni. Berat tanggungjawabnya.

Semoga Allah selamatkan kita semua.

Akhir kalam saya ingin kongsi satu status seorang rakan di fesbuk. Berbunyi begini :
" beb...betina ni scandal aku...biasa la..yg halal aku simpan kt umah lerr, yg haram ni aku hayak ke sana ke sini... Sdp tu beb yg harammm...".  
LELAKI JENIS APAKAH INI?? INI KE KHALIFAH YG KITA CARI UTK SYURGA KITA?? tak faham aku ngn lelaki spesis ni...:-(
Sedap sangat la tu kan. Kasihan sebenarnya lelaki macam ni. Semoga lelaki kategori ini diberi taufik dan hidayah oleh Allah dengan segera.

Nota : Doakan saya semoga dapat menjadi ibu yang baik itu. Amin


2 comments:

MyNewJourney said...

Sama2 kite bdoa dpt mnjdi ibu bapa yg baik.amin

MyNewJourney said...

Sama2 kite bdoa dpt mnjdi ibu bapa yg baik.amin