Tuesday, November 23, 2010

Secret Garden - Episode 1


Episode 1 & 2 yang sangat mengujakan. Kaum hawa akak-akak, adek kakok, mokcik-mokcik pasti suka jalan citer macam ni termasuk lah saya. Huhu

Kita stori episod 1 dulu. Citer ala-ala Cinderela dan mungkin juga Chapalrela.

Hero seorang lelaki ada-ada yang sangat kaya raya, punya shopping komplek 5 bintang sendiri, pake kreta sport, rumah tersergam indah ditengah-tengah nak kata hutan tak hutan, yang terletak di pendalaman yang jauh dari hiruk pikuk jem dan pencemaran udara dan pastinya poket nya banyak wang mas. Dah la kaya hengsem plak tu. Dalam pada kaya raya dan hengsem, beliau masih single dan teruna barangkali. Mungkin sikap nya yang agak sedikit eksyen, dingin dan sukar di dekati, beliau masih belom berjaya dipikat oleh mana-mana perempuan.

Heroin pula seorang yang meskin, tinggal di rumah sewa yang kecik lagi murah. Seorang yang bersopan santun, berhemah, berbudi bahasa dan berdiri di atas kakinya sendiri. Indiependen kata orang. Zahirnya nampak lemah lembut tapi beliau seorang yang berhati waja. Gemarkan aktiviti lasak seperti bermain pedang dan melompat dari bangunan tinggi. Tiada boipren. Perwatakan nya agak sedikit tomboi dan ada tatu naga di lengan. Ganas, memang ganas.

Pembukaan citer. Lokasi rumah hero. Nak kata hutan bukan hutan kan. Nak kata semak bukan semak. Buah kesemak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan


Belah dalam. Duduk siang hari memang best, malam hari ambe tak berani. Jauh dari orang dan tiada pagar. Kiri kanan depan belakang berdindingkan cermin lutsinar. Kala malam bulan mengambang mungkin ada makhluk asing akan skodeng kita dari luar. Eeeiii serem y'all


Kim Joo Won nama nya. Seorang sajangnim (CEO) di sebuah komplek membeli belah bernama LOEL. Dekat-dekat dengan LOL haha

Ada sikit persamaan dengan watak dalam My Lovely Samsoon. Dalam Samsoon beliau fobia nak pandu kereta, dalam citer ni pula beliau fobia dengan lif. Kenapa ini terjadi? Masih lagi misteri rumah tua


Ini pula Oska, sepupu kepada Kim Joo Won. Seorang penyanyi popular. Bila dah popular tu kasanova la beliau


Menurut Oska, sepupu nya ini "hundred times more evil"

"If I buy a sport car, he has to buy a sport car store. If I buy a yacht, he would buy the land around that dock"

Dia lagi kaya daripada Abdul Wahab dan Abdul Wahib.


Gil Ra Im nama nya. Bertopi, berbaju tiset tiada bunga, berseluar yengki dan bertatu naga di lengan


Philip Lee sebagai Im Jong Soo. Majikan kepada Gil Ra Im. Mempunyai action studio sendiri

Konsert Oska yang dihadiri oleh Gil Ra Im, yang sangat meminati Oska.

Lagu nyanyian sendiri Secret Garden OST



Ambe suka dialog dia yang ni,

"Do you think we will get richer if we exploit people?"

Manager beliau suggest satu peraduan untuk menarik orang ramai sertai yang mana hadiahnya macam menipu orang awam dan beliau tidak bersetuju. Ala-ala konsep skim piramid gitu.


Perlu latihan supaya tidak cedera di kemudian hari



Mereka pon berlatih. Dressing sama. Apakah kerjaan beliau?



Pertemuan pertama atas suruhan Oska. Oska suruh jumpa orang lain, tapi beliau telah tersalah jumpa orang lain sebab pakai baju sama kat atas tu.


Di saat ini bunga-bunga kuch kuch hota hei berdesup ke dalam sanubari beliau buat pertama kali melihat heroin. Waktu ni Gil Ra Im sedang berlatih untuk watak aksi seterusnya.


Lantas beliau pon dah tahu apa pekerjaan perempuan itu

"You're a stuntman?"

"No, I'm a stuntwoman"


Keperihatinan mula menjelma tatkala melihat stuntwoman nya cedera


Lantas hero membawa heroin ke spital, namun heroin secara terangan me-rijek kebaikan hero itu dan tidak mahu ke masuk ke dalam spital untuk mendapatkan rawatan. Melihat heroin yang degil, hero pon bersuara seperti dialog di atas.

"Kau kenapa? Adakah kerna aku terlalu hengsem hingga buat kau menggeletar? Bukan salah ku dilahirkan hengsem sebegini"


Dipendekkan citer heroin mendapatkan rawatan juga di spital. Sewaktu heroin di dalam keadaan tidak sedar (tido), hero ternampak sesuatu yang membuat dia hangin.

Gil Ra Im pakai stoking ada gambar Oska hahaha. Tertulis "Oska forever". Beliau cemburu barangkali. However stoking tu comey skali. Lepas ni harus stoking tu laku ramai nak beli

GO Msia Kmusic Store, make sure lepas ni ada jual stoking Oska ni. Kekeke


Beliau dengan senyap-senyap menarik stoking tu dan buang ke dalam tong sampah. Menyampah melihat wajah kazennya yang menjadi pojaan wanita pojaan nya barangkali


Dialog femes dalam drama Korea. "Woi cik yah, ko mao mati kah?"


Bersambung barangkali

Nota sarung kaki Oska : 1st time guna sab Vikii. Tak sebest WITHS2 lah. 

***Kemas kini : 
Episode lain yang rajin diribiu







 

No comments: