Para hadirin yang dihormati dan yang dikasihi sekalian, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua diberkati di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah kita masih diberi peluang berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini. Dan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk beribadah. Bulan mengumpul sebanyak mungkin pahala sebab Allah bagi diskaun dan offer yang berlipat kali ganda. Jika kita suka benda-benda yang murah, ada diskaun, ada tawaran hebat rebut la peluang ini. Tawaran ini lebih berbaloi-baloi nilainya dari Mega Sale di pasaraya
Mudah-mudahan amalan kita semua diterima hendaknya. Lupakan lah makan sebentar sebab dah 11 bulan kita makan dan melantak. Cuma sebulan saja menahan lapar dan dahaga. Tapi orang pompuan ada cuti seminggu hehehe
Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlaser, terngumpat dan perkara terrr-lain yang tidak disengajakan sewaktu saya ber-blog. Ampun maaf di pinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t. jua.
Antara peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan :
1. 8 Ramadhan : Perang Badar
2. 10 Ramadhan : Pembukaan Mekah
3. 17 Ramadhan : Ayat Al-Quran pertama diturunkan di Gua Hira'
4. 17 Ramadhan : Pembunuhan Saidina Ali di Kufah
*(Sumber buku asas-asas fardu ain)
No comments:
Post a Comment