Thursday, August 27, 2009

Menu buka : Sambal udang noona sarangheyo


Antara yang hapenning di bulan puasa ialah juadah buka puasa. Orang Brunei cakap buka ialah "sungkai". Sungkai kita kat Perak sebelah ngn Bidor.

Makanan yang kita tak pernah jumpa di hari biasa, kita akan berjumpa masa bulan puasa. Macam-macam pesen makanan. Tapi ambe jarang beli. Bulan puasa adalah bulan memprektis segala skil masak yang ada haha. Hari biasa tak masak sebab nanti makan banyak. Bila makan banyak nanti gem _ _ (isi tempat kosong). Ye bijak-bijak hehehe

Juadah buka puasa semalam ialah sambal udang noona sarangheyo sebab di masak dengan penuh kasih sayang hahaha. Tajuk tak bleh blah

Bahan-bahan :
Udang segar 15 ekor
Lada kering kisar yang telah siap di kisar minggu lepas dan simpan dalam peti es buat stok. Ambe tak suka guna cili boh. Tak asli gitu
Air asam jawa secukup rasa
Sos cili sket
Garam secukup rasa
Minyak secukup kegunaan


Tadaa sudah siap. Oh lupa. Sedikit kacang panjang bagi memeriahkan rupa masakan sambal udang ini. Tapi ikut sukati anda nak taruk sayur apa ekceli. Tomato boleh, saleri boleh, tak letak apa-apa pon boleh. Sebab ambe salu makan kat kedai depan opis ni, dia masak sambal udang letak kacang panjang. Ambe pon try test satu kali. Ternyata lazat hingga menjilat jari jemari


Mungkin sambal udang saja tidak mencukupi sebab dah satu hari tak makan. Mana cukup 1 lauk ye tak. Kita boleh la goreng telur plak untuk bagi bangkit selera.

Akhir sekali, pop kuiz :


Berapa agaknya jumlah udang kedapatan dalam kuetiau ini?

Kuetiau boleh tahan sedap di TTDI Shah Alam
Ni bukan makan semalam. Ni makan 2 minggu lepas kot hehehe

Pelawak peberet ambe Pak Hamid Gurka,
Selamat berbuka!

No comments: