Tuesday, June 30, 2009

Queen Seon Duk - Episode 3 & 4


Kembali bersambung.


Bersambung di mana permaisuri Raja melahirkan bayi kembar perempuan dan sorang dari bayi kembar itu harus dilarikan supaya tidak di tangkap oleh Mishil, pahlawan wanita istana yang berangan nak jadi Permaisuri.


Raja pon mengucup bayi nya buat kali terakhir dengan sayu sekali. Manakala di luar bilik persalinan bala tentera Mishil telah mengepung bilik, balai, dewan makan, jalan raya, kesemua penjuru pintu-pintu istana supaya bayi kembar tersebut tidak berjaya melepaskan diri


Akhirnya dayang ni bernama Sohwa berjaya juga kabur (lari) bersama bayi comey itu


Mishil pon murka dan naik hangin sebab rencana nya gagal seperti Tuan Sadiq Segaraga gagal mengenakan Abdul Wahub * kita nak buat dia marah, balik-balik kita yang marah* Mishil lantas mengarahkan sorang askar nya yang dipercayai untuk mencari bayi kembar itu sampai dapat. Tidak kira berapa bulan, berapa tahun sekali pun. Mesti cari sampai bertemu. Ngertik nggak!


15 tahun berlalu. Lokasi di sebuah gurun di Taklamakan Desert, China


Bayi kembar itu sudah besar dan berusia 15 tahun. Nama dia Deokman. Deokman menetap bersama ibu nya di sebuah rumah tumpangan sebagai pelarian. Sekali tu ada sorang warga dari Gyerim (nama purba Korea kot) yang sedang mencari seseorang.


Manakala di istana kecoh lagi. Oh chop sebelum tu Raja sudah besar lah. Tu dia King Jinpyeong. Malapetaka menimpa Raja lagi di mana putera ke-3 beliau mati. Putera 1 & 2 jua mati


Sayu hiba sedih stress perasaan bercampur aduk oleh Permaisuri itu. Mereka quote balik kata-kata sumpahan itu Eochul Ssangsaeng Seonggol Namjin "If royalty bears twins, males of teh sacred bone lineage shall disappear"

Permaisuri minta maaf sebab tidak dapat lahirkan bayi lelaki buat Raja.


Masa seisi pengkebumian mayat, kembar yang sorang lagi nama Cheonmyeong berkata "Bunda, adik-adik lelaki ku mati adakah disebab kan aku?"

Bunda dia jawab "Kau jangan merepek lah. Sapa cakap ngn kau?"

"Aneeyo. Tak de sapa. Saya cuma mengagak saja"


Sebenarnya si Mishil ni pernah berkata sesuatu semasa Cheonmyeong masa kecik.
"Kalau mak kau beranak anak lelaki semua nya akan mati disebab kan kau. Arasooo?!"


Sambung part Deokman. Eh Dino Morea pon ada dalam citer ni..hehehe Doekman ni baik dengan ahjussi persis Dino Morea iteww sebab dorang sama-sama pelarian


Dipendekkan cite pakcik ni orang suruhan Mishil berjaya jumpa mereka anak beranak ini lantas mahu tangkap Deokman dan dibawa pulang ke istana.


Mereka berjaya melarikan dirik naik unta. Part unta ni ada sikit faul sebab unta tu ala-ala mogok tak nak jalan. Tatau la penat ke malas ke. Tapi unta takkan penat kat padang pasir ek.

Tak leh pakai la dialog ni nampak nya "Unta padang pasir pon tak de malas macam kau punya laki daa"

Unta dalam drama Korea pemalas daa...kekeke


Kemudian 2 branak ni bertekak mengenai "bapak" Doekman. Deokman menyalahkan bapa nya yang mengabaikan dia dengan mak dia. Mak itu masih tidak membuka mulut untuk citer sebenar


Dipendekkan citer, kemudian mak itu ditelan dek pasir berpusing tu apa nama tu...

Bersambung...

No comments: