Friday, June 12, 2009

City Hall - Episode 5 & 6


Nampaknya nama "Gu Jun Pyo" akan menjadi ikon atau simbol watak femes dalam kdrama pas ni hehehe. Yok mari kita layannnnn


Shin Mi Rae masuk keje selepas menang Miss Baendeangi atau Miss Ikan Masin / Ikan Kering haha. Pose ratu tak hilang lagi


Kemudian...yang belah kiri tu ialah Bureau Director orang kuat yang melancarkan pertandingan ratu cantik itu. Dia masuk bilik Deputy Mayor dan pass dokumen penting dan berkata,

"I'm sure you're aware what kind of a pageant this is"

Ada seswatuh tak kena dengan penganjuran Miss Baendaengi ni


Mi Rae jumpa Bureau Director untuk tuntut wang kemenangan dia tapi Bureau Director kata Mi Rae dah terima wang tersebut, dah cop dan sign dan bersetuju wang tersebut telah didermakan


Bureau Director tu explain memang keje dia buat macam tu

"We helped steal and embezzle hardworking citizen's tax money"

Best betul ayat ni

Maknanya pertandingan itu dianjurkan untuk songlap wang rakyat untuk kepentingan poket individu tertentu. Misi songlap duit terancang. Dan mangsa nya ialah Shin Mi Rae. Dia cuma dapat 1 juta Won dari 20 juta Won tu. 19 juta Won telah didermakan secara paksa


Mi Rae pi jumpa dengan Deputy Mayor untuk penjelasan lanjut sama ada Deputy Mayor aware akan hal ni sebelum pertandingan. Deputy Mayor plak sedang togede-gede dengan tunang dia. Itu la tunang Deputy Mayor itu *mode hampa* :P

Deputy Mayor purak-purak kata tak tahu


Kemudian Mi Rae pi jumpa Mayor plak. Kebetulan ada Councilor Min yang pompuan tu. Councilor Min ni boleh tahan gila kuasa gak. Dia baik dengan Mayor sebab ada makna


Kemudian dengan lantang dia suruh Mayor pecat Mi Rae sebab Mi Rae tuntut duit kemenangan dia. Macam-macam la tuduh Mi Rae tak de disiplin, tidak cemerlang dalam buat kerja, tidak terbilang dan gemilang dan bla bla bla lagi


Line ni pon best jugak

"Do you need me to tell you why people fight for power?"
"There's only one reason : to abuse"


Mi Rae di halau dari pejabat Mayor sebab menuntut hak dia. Dan tiba-tiba semangat fighter dia datang. Aja aja fighting Mi Rae sshi


Shin Mi Rae panggil press dan buat press conference. Cewah beriya-iya dia. Tapi keesokan hari nya tiada satu pon news keluar surat kabar mahupun laman web. Press telah dibeli oleh Mayor


Mamat ni plak sedih bila dapat tahu assisten dia belot dia dan Big Brother (BB) tak trust dia. Assisten itu merupakan spy BB untuk intip gerak geri Deputy Mayor

Jangan la bersedih wahai kekanda ku. Biar ku sapu air mata mu itu..jap pi amek tisu..kekeke


Ok next Mi Rae melancarkan one-person protes di depan bangunan City Hall sebab no jalan and no road lain untuk dia mintak bantuan. Deputy Mayor pon tak nak tolong dia.


Hehehe


Walau bagaimana pun Deputy Mayor tidak sampai hati melihat Mi Rae di asak oleh tali barut Mayor suruh Mi Rae berambus

Gaun dia pon terkoyak dan...dan...ya Deputy Mayor pon bukak la kot dia dan sarungkan pada Mi Rae...suwit nyee hehe


Ok ni hahaha gelak dulu. Bureau Director letak jawatan lepas Mi Rae jumpa dia sebab dia dah tak mau subahat lagi. Kemudian Director tu pon pegi la buat kerja kampung kutip bunga ke hapa tu. Semua ahjumma terpesona dengan kekacakan Bureau Director itu dan sorang ahjussi telah jeles sebab tumpuan semua perempuan di situ beralih ke Bureau Director. Sekali ahjussi tu pon cakap,

"He couldn't compare with me back in those days. I was THE Gu Jun Pyo of Cheonkang village, haven't you heard?"

Wahahaha. Tak mo kalah jugak tu


Mi Rae tidak putus asa walaupun macam-macam ugutan dia dapat. Kawan baik dia kena buang kerja. Protes ni jugak untuk kembalikan jawatan Bureau Director tu. Sekali dia kena baling telur daa. Cian wuri Mi Rae


Dengan bantuan kawan-kawan nya yang terer interet akhirnya berita beliau keluar jugak paper

"Where is the prize money? Ms. Baendaengi is looking everywhere for her prize money"



"Civil servant fighting unjust Mayor"

"Miracle Woman fights against local Government"


Congress man tu pon dah tak senang duduk sebab dah nak election, keluar plak berita kontrobesi Mi Rae kat paper

Pasan tak restoren tu? Tengok apron dia...hehehe


Akhir nya Deputy Mayor offer nak tolong Mi Rae. Tolong ada makna sebab BB dah belot dia jadi dia pon nak memberontak cara dia. Rasanya dia akan tolong Mi Rae sampai jadi Mayor (wakil rakyat)

Bersambung lah...daaa

*credit BON fansub

No comments: