City Hall 1 & 2
Ok sambung
Ahjusshi baju merah tu nama samaran dia BB (Big Brother). Dia hantar Deputy Mayor tu ke Inju City sebab dia ada misi nak pecat Mayor (wakil rakyat) sekarang. So sekarang Deputy Mayor dapat tahu sebab dia dihantar ke Inju
Atas : Mayor sedang mempraktikkan politik wang untuk beli undi. Yang tak larat asisten belah kiri tu siap tulis nomo siri duit. Aigoo brape banyak daa mau tulis
Bawah : Shin Mi Rae sedang praktis untuk Miss Baendeangi. Sebagai peserta tertua, beliau cuba sedaya upaya untuk bersaing peserta muda lain. Part ni dia warm up, skali bunyi tulang krakkk...semua orang kagum gitu sebab orang lain tak boleh buat. Ala-ala bunyi tulang nak osteoporesis...hahaha
Meeting di Inju City Hall. Banner besar gambo ikan tergantung di opis Mayor
Mayor yang masih bengang dengan kedatangan Deputy Mayor memuji-muji dalam intonasi perli capability Deputy Mayor
Lepas meeting Mayor tercari-cari tea lady nya Shin Mi Rae. Asisten nya bilang Shin Mi Rae sedang cuti menggunakan accumulated cuti dia sepanjang 7 tahun keje situ.
Kemudian para peserta Miss Baendaengi sedang kusyuk beryoga, tiba-tiba Mi Rae melepaskan angin secara senyap.
"Aigoo ahjumma ni tak senonoh kentut. Kalau nak kentut, kentut la yang bunyik"
(You'd better make sound) hahaha
Peserta lain panggil Mi Rae 'ahjuma' sebab peserta lain tak suka dia
Kemudian Deputy Mayor mencari Mi Rae sebab ada tugasan nak buat. Mi Rae pura-pura gedik dan mengada-ngada di depan peserta lain sebab Deputy Mayor yang menjadi pojaan dan idaman peserta lain termasuk waiem mencari dia di khalayak ramai. Naik la saham dia dipanggil oleh jejaka hangat di Inju City masuk ke dalam bilik
Deputy Mayor tanya Mi Rae apa aktiviti boleh buat sempena dengan Miss Baendaengi. Contoh macam kerja amal ke, sapu sampah ke, cucuk tanam ke
Kekeke part ni. Lepas makan Mi Rae melantak alkohol berlebihan hingga terbaring di atas simen. Geleng kepala cik abang tu tengok. Apa jenis pompuan daa tergolek dok kat simen.
Antara aktiviti para peserta Miss Ikan Kering ialah tangkap ikan di laut bersama nelayan dan meng-kasa impian satu rumah orang miskin. Sepraisss kata Erik Leong
Kemudian sedang pasang wall paper, Mayor datang melawat untuk sesi fotografi. Kakaka...Mi Rae cuak sebab bos dia datang. Mayor tatau dia masuk bertanding
Hahahaha part ni pon lawak. Mi Rae semuyik dalam wall paper coklat tu
Kekeke...tapi cun klip rambut dia bentuk ikan
Kemudian Mi Rae disqualified sebab tak balik hostel malam tu. Dia tak balik sebab dia habiskan kerja tampal wall paper tu tapi Deputy Mayor tak kasi can. Sehingga lah Mayor datang tengok rehearsal dia tengok Mi Rae tak de dan bertanya "But..where is that big sized person?" Hahaha. Cian Samsoon kena big size lagi
Deputy Mayor terpaksa cari Mi Rae dan suh masuk bertanding balik. Ekceli ada konspirasi Myor nakkan Mi Rae bertanding dan menang. Semua nya ada politik
Mi Rae dengan konfiden cat walk tapi berlanggar dengan orang jugak kekeke
Sesi mem-promot diri. Orang lain semua cakap dia slim, dia bagus, dia cantik, dia lah pompuan jujur di Inju tapi turn Mi Rae dia cakap "My age is showing. My fat is showing. My emotions are also showing. I'm 36, belonging to the Uhjoongdi category" hahaha
Ni turn menunjukkan kreativiti tersendiri. Mi Rae ajak Deputy Mayor menari tango
*Eh Jis apa daa tango pukul 3 pagi? Tango mau pigi bilik sebelah haaa*
Aigoo lomantik lo. Waa berdesup menyelinap dek tenungan tajam itu..kekeke
Akhirnya saat yang dinanti-nantikan. Mi Rae juara tapi kontrobesi sebab naib juara tak puas hati dengan kemenangan Mi Rae. Mi Rae pon bagi la dia crown. Tapi acah je sebab lepas tu Mi Rae purak-purak pingsan hehehe
Saengil Chuka Hamnida Deputy Mayor-nim on 07 June. Se-Gemini kita. Patut pon ada kimia..kekeke. Celebration masa shooting tapi Mi Rae nngak kelihatan
*credit BON fansub
*credit BON fansub
No comments:
Post a Comment