Monday, March 16, 2009

Boys Before Flowers - Episode 9 & 10


Bersambung Episode 9 di mana Gu Jun Pyo nompang tido di rumah Jandi.


Bangun pagi terus makan bekpes. 'Nothing much on the table' penuh satu meja. Kalau 'much' macam mana gaknya makanan dia. Kena pinjam meja jiran sebelah nampak nya hehehe



Selepas sarapan pagi, keluarga Geum bergotong royong membuat kimci. Melihat akan ke-syiok-an membaling-baling kobis, Jun Pyo pun join sama di dalam acara membaling kobis berganti-ganti. Kemudian kimci sudah siap dan Jun Pyo di suap kimci yang sudah siap di masak, enak di makan



Kemudian bersambung aktiviti santai di pusat mandi awam dan spa. Jun Pyo baru dapat merasai nikmat mandi di tempat awam yang dia tidak pernah rasai sebelum ini sebab orang kaya mana pergi tempat macam ni. Apsal nampak macam muka Acis plak masa nih...keke



Kemudian, part ni pon klako jugak. Purak-purak coincidence. Masa ni Jandi teman Ga Eul jumpa dengan pakwe dia dan tiba-tiba Jun Pyo meng-enterprem kan dirik di situ



Haha conch horn. Waiem dah letak pon dalam blog ahaks. Pakwe Ga Eul dengan kurang sopan telah mengejek rambut Jun Pyo



Jun Pyo kemudian belasah pakwe Ga Eul itu. Bukan sebab dia ejek rambut Jun Pyo tapi sebab lain. Ini telah memberi salah faham pada Jandi dan Jandi menyuruh Jun Pyo meminta maaf pada pakwe Ga Eul itu. Jandi beranggapan bahawa Jun Pyo adalah seorang yang samseng yang suka memukul orang di khalayak ramai.



Dipendekkan cite, Ga Eul kesedihan bila mengetahui pakwe nya itu telah memburukkan nya di hadapan wanita lain. Pakwe nya itu mempunyai lidah bercabang. Jika gunung daik bercabang tiga, pakwe Ga Eul punya lidah bercabang tiga juga. Depan cakap lain, belakang lain jugak ngumpat. Dan ketahui lah Jandi dan Ga Eul kenapa Jun Pyo belasah pakwe Ga Eul tempohari. Kemudian datang hero kecik comey Yi Jung mententeramkan Ga Eul yang menangis di tepi jalan itu.



Jandi telah menyedari kesalahan nya lantas bertemu Jun Pyo untuk meminta maaf. Sebagai tanda kemaafan Jandi telah memberi Jun Pyo sebijik buah epal merah. Mungkin kesalahan Jandi ada kaitan dengan lagu Tragedi Buah Epal sebab tu dia kasi epal kat Jun Pyo. Jun Pyo pulak mengenakan syarat sebelum memaafkan Jandi. Syarat itu ialah Jandi harus cakap "Oppa, I'm sorry" dengan intonasi yang lemah lembut dan manja. Hahaha



Episode 10. Yi Jung membawa Ga Eul ke sebuah kelab untuk melihat dirinya meniup saksefon miming ala Kasim Selamat.



Yang sebenarnya Yi Jung mahu membantu Ga Eul membalas dendam pada ex-pakwe Ga Eul yang lidah bercabang 3 itu yang telah mencemarkan maruah Ga Eul. Yi Jung purak-purak menjadi pakwe Ga Eul supaya ex-pakwe nya jeles dan tidak memandang rendah pada Ga Eul, gadis kebanyakan penjual bubur. Bubur bukan sebarang bubur. Time demam ko carik juga bubur.



Seterusnya, keesokkan hari Valentine Day. Jandi membuat cookies spesel untuk Jun Pyo. Cookies pon mengambil tema rambut Jun Pyo. Kemudian Jandi ajak Jun Pyo masuk pertandingan mengangkat kekasih haha. Sapa paling lama bertahan dia akan menang. Pemenang akan menerima henfon. Sebab Jandi mahukan memiliki henfon dengan titik peluhnya sendiri walaupun Jun Pyo mampu belikan Jandi 1000 henfon, tetapi Jandi tidak mahu



Kemudian aksi mereka berdua-dua dilihat oleh ibu Jun Pyo yang bengis itu.



Jun Pyo kemudian diheret pulang oleh ibu nya, manakala Ji Hoo datang menyelamatkan Jandi dengan membonceng Jandi pulang ke rumah dengan motosikal nya. Jandi berkata pada Ji Hoo "Don't worry about me. I'm ok"



Di rumah Jun Pyo bersemuka dengan ibu nya meminta supaya ibu nya tidak mengganggu kehidupan Jandi



Tatapi ibu Jun Pyo ada agenda nya sendiri. Keesokkan harinya beliau ke rumah Jandi dan offer Jandi sejumlah wang yang banyak supaya Jandi memutuskan hubungan nya dengan Jun Pyo berkuat kuasa 2 Feb. Eh atas tu selebrate valentine 14 Feb. Oh dia gostan tarikh yek



Sekali lagi Ji Hoo sunbae berada di sisi Jandi taip kali Jandi menghadapi masalah. Ji Hoo menjadi Geum Jandi's famous firefighter. Nampak nya Jandi penyokong tim Azzuri jugak ahakss (Bendera di sweater Jandi)



Kemudian dipendekkan citer kedai dobi keluarga Jandi menghadapi masalah dan mereka tidak dapat meng-operasikan kedai dobi itu. Mereka hilang punca cari makan. Keluarga Geum pon jual la keropok dan sotong kering di tepi highway yang crowded. Sekali kereta Jun Pyo dan ibunya lalu di situ dan dan membeli keropok Jandi. Lepas beli mak Jun Pyo suruh buang di tepi jalan. Dan ini mendatangkan kemarahan Jun Pyo dan beliau pon dengan macho keluar dari kereta dan...dan...

Dan...

Bukan maksudku, bukan inginku

Melukaimu sadarkah kau di sini 'kupun terluka

Melupakanmu, menepikanmu

Maafkan aku


Tetiba keluar lagu Dan Sheila On Seben...hehehe



Jun Pyo lantas menarik Jandi pergi dari kesibukan highway itu dan memberitahu Jandi mengenai ibu nya yang witch dan apa-apa terjadi impom dia dengan kadar segera. Arrasso?!



Kemudian kerna tidak cukup duit, adik Jandi telah berlapar di sekolah. Takde duit nak beli makanan. Jandi dengan pantas tingat kat satu agensi modelling dan pergi ke sana untuk mintak kerja sebagai model majalah bagi menampung keluarga nya. Bila berada di dalam ofis Enjoy Entertainmen itu, pintu telah tertutup dengan kuat secara tiba-tiba hingga menimbulkan saspen di kalangan penonton. Sebab citer bersambung di episode seterusnya...

No comments: