Monday, March 30, 2009

Boys Before Flowers - Episode 13&14



Tengok episode ni macam nak pi Macau la plak. Cantik kan? Dalam episode 13 bapak Gu Jun Pyo mati dan Jun Pyo mengambil alih bijines Shinwa kepunyaan keluarganya itu. Jun Pyo menetap di Macau dan kemudian Jandi pon pergi cari Jun Pyo di Macau sebab Jun Pyo sepi tanpa berita selama 6 bulan. Jandi merindui Jun Pyo dan cek balik sms lama Jun Pyo pada nya sebelum ke Macau



Eh apa pasat Jun Pyo ailabyu kat waiem plak ni? I lab you too Jun Pyo aah haha



Breaking news future successor of Shinwa Group, Gu Jun Pyo. Manakala family Jandi sedang tekun usahakan bijines patung macam pikacu tu



Owh Ji Hoo senpai. Jadi konduktor plak ya. Dah tak gesek biola lagi ek?



Jandi mengalami kesakitan di bahu kanan dan tidak boleh berenang. Kan dia kena hentak dengan kusi dalam episode yang lepas. Mungkin tulang bahu itu terkehel. Jandi amat sedih sebab dah tak boleh berenang lagi. Berenang-renang dahulu, bersakit-sakit kemudian



Ji Hoo rakam video ucapan Jandi untuk bagi kat Jun Pyo yang dah lama sepi tanpa berita.



Kemudian Ga Eul berkunjung ke rumah Yi Jung dan menatap Yi Jung sedang buat bendalah tu. Yi Jung pon perasan dan kata "Adakah aku hensem?"



Jandi mau cari duit lebih untuk beli teket kapal terbang ke Macau dan terpaksa jual bubur spesel ciptaan tokei kedai. Bubur kacang ada, bubur lambuk, bubur pulut hitam dan nasi sudah menjadi bubur. Mula-mula tak laku kemudian datang F3 terus habis jual. Dasarr sungguh. Pakwe hensem jual je laku...kekeke



Jandi pon pergi la ke Macau. Tambang teksi 19,700 Won sangat mahal. Mahal ke? Kejap eh. 10,000 Won =RM30. So 19,700 Won lebih kurang 60 hengget. Oh mahal. Yang adegan bawah tu pon macam Nodame kan



Kemudian Jandi pon meronda-ronda di pekan Macau. Tengah shopping makanan dompet beliau di rampok dan diselamatkan oleh pompuan tu yang ada tali pinggang hitam taekwando


Sabar je la sempat tanya "1,2,3 & gigit atau 1,2 gigit??"



Berkenalan la Jandi dengan orang kampung dia, Jae Kyung



Balik hotel Jandi bertemu dengan Jun Pyo tapi Jun Pyo buat tak kenal Jandi. Apa pasat tiba-tiba abang Jun Pyo berubah? Aigoo



Jandi pon sedih sebab Jun Pyo buat-buat tak kenal dia. Beg Jandi kena curik dengan samseng dan Jandi hampir kena belasah dengan samseng. Lawak sket kan part ni kan. Terfikir la sapa yang akan selamatkan Jandi. Ingat kan Jun Pyo akan muncul ala-ala hero hindustan menyelamatkan heroin yang dalam kesusahan. Sekali tup-tup F3 tu muncul. Tau aja tempat hehehe



F3 dan Jandi pergi sight seeing Macau menaiki bot sambil nyanyi row row row your boat gently down the stream



Haha part ni. Kena kejut tido ngn trompet. Aigoo comey



F3 berjumpa dengan Jun Pyo tapi Jun Pyo endah tak endah kunjugan sobat baik dia. Seolah-olah kacang telah lupakan kulit. Jika dulu bagai isi dengan kuku. Tapi sekarang tidak lagi.



Atas bantuan Ji Hoo, Jun Pyo berjumpa dengan Jandi buat kali pertama dan terakhir di jembatan itu. Cantik scenery masa ni. Time subuh kot. Ketika ini hati Jandi bagai ditusuk peluru dengan kata-kata Jun Pyo.

Macam lah lagu ni "how could we break up..ottoke..ottoke" Lepas tu Jandi pon makan megi. Hiks



Ooo Jun Pyo berubah dengan drastik sebab emak dia hingga dia terpaksa mengorbankan chenta pertama nya. Oh sungguh syahdu sekali. Masa ni kelakar plak tengok muka dia. Over sangat conch horn tu kot haha



Adegan berebut nak beli kasut. Jun Pyo ternampak Jandi belek kasut tu, maka dia pon nak belikan Jandi kasut itu



Jandi dan Ji Hoo menceriakan diri dengan aktiviti-aktivit sosial di Macau



Jun Pyo teringat janji nya pada bapak nya sewaktu dia kecik. Bila bapak takde kena jaga mak, kakak dan Shinhwa Group. Caya lah kan janji masa kecik sebelum baligh dipegang hingga dewasa hehe



Dan tinggallah Jandi si rumput seorang dirik dalam kesedihan


*credit d-addict

No comments: