Thursday, December 11, 2008

HGD 21 & 22


Semalam saya menonton drama HGD di channel 303 bersama sesorang yang asing menonton drama korea kecuali satu kdrama je dia tengok. Bila sampai adegan ni saya bertanya pada nya,


"Mak cuba tengok dia nih ensem tak?"

Mak melihat dan menggeleng kepala

"(Apaaaa tidak ensemmm???)" waiem berkata di dalam hati

"Cuba tengok lagi sekali" waiem bertanya lagi tidak puas hati

"Pada mak yang ensem sapa tu Winter Sonata. Aaaa dia tu lawa" sekali mak waiem menjawab

"Aigoo tu cite dah berzaman daaa"


Masa part ni

"Pesal hero korea semua rambut macam ni? Pakai wig eh?" (sebab sebelum tu mak dah tengok rambut Taepung dalam You Are My Destiny)

"Ni cite back ground dia zaman purba. Masa zaman ni tak de jual sikat. Tu pasal rambut dia macam tu" waiem mengeksplen membeking rambut hero pojaan nya

"Yang pakai wig pelakon kita je" waiem menambah. "Tu la mak belom tengok Hong Gildong pake baju kot lagi"

Hehehe. Mak tak melayan drama melodrama segalak. Faveret rancangan tv dia ialah berita dan yang sewaktu dengannya. Dan genre berita feveret dia ialah politik. Tak dapek den nak nolong

Tapi sekarang dia sedang khyusuk melayan 1 drama lakonan hero pojaan dia "Azrul" di RTM1 Selasa-Sabtu 10.30 malam. Sampai i ols pon dah terjebak sekali tengok drama ni

Siapakah "Azrul" idola mak waiem ini??

Saksikan lah drama tu malam ni

Hong Gildong malam ni episode 22. Minggu depan dah finale


Yinok mahu memberitahu Gildong bahawa Raja Gila dah tahu agenda Gildong nak merampas tahta Raja. "I lobb you" secret code Yinok dan Gildong hehehe


Gildong terdengar suara Yinok menjerit "I Lobb You"








Comey Yinok masa ni kan. Baru saya perasaan Yinok mempunyai sepasang mata yang cantik


Raja Gila berjaya diguling. Gildong memberi syarat sebelum dia mahu menyembah Raja yang baru. "Sebelum aku sembah kau, aku mahu pastikan dulu kau adalah Raja berjiwa rakyat" kata Gildong


Dan Raja Muda berjanji akan menjadi Raja yang dihormati oleh rakyat jelata

Tetapi, realitinya bila kuasa belom berada di tangan kita manusia akan berjanji segalak. Bila kuasa sudah berada dalam genggaman, janji kemana apa kemana rakyat ke mana. Ini yang cuba dikupas dalam citer ni. Sebab nanti Raja Muda akan mengarahkan Gildong dibunuh. Walhal Gildong dah bantu dia rampas tahta. Sedih yeww

Tadi pagi bukak tv ada citer Penarik Beca di Astro Prima. Saya notis ada satu kesamaan citer P.Ramlee dengan drama Korea.

Dalam Penarik Beca, bapak Azizah panggil mak Azizah dengan panggilan "mak Azizah" begitu juga mak Azizah panggil bapak Azizah "bapak Azizah"


"Tae Ho appa" mak Tae Ho memanggil bapak Tae Ho. Bila pasangan yang telah berkahwin dan ada anak, nama panggilan manja pon bertukar. Tae Ho yang tengah tido. Dari drama East of Eden

Dialog kurang asam dari bapak Azizah lebih kurang,

"Ko ni tak boleh diharap la mak Azizah. Otak ko ni otak udang" marah bapak Azizah

No comments: