Thursday, September 18, 2014

Eagle Ranch Resort Port Dickson


Salam sejahtera. 

Kejadian ditempat ini berlaku pada Syawal  yang lepas. 

Rancangan nya lepas pulang berhariraya di Johor Bahru cakap kat cik asben kita singgah PD la kejap. Nak bawak anak-anak pergi ladang burung unta.



 

Selepas mendapat persetujuan saya pon gigih mencari hotel-hotel mampu bermalam di sekitar PD menggunakan Agoda.com. 

3 hari 3 siang waktu bekerja mencari tempat bermalam yang sesuai dengan poket, baru lah berjumpa dengan resort ini. Pesal tah dia tak rekomen awal-awal. Barangkali jauh dari tempat ladang burung unta tersebut mungkin.

Tapi PD pusing-pusing kot tu jugak la kan. Takde la jauh mana. 

Konsep penginapan kali ini ialah : 

1) Bilik tak besar sangat dan tak kecik sangat. Cukup muat untuk kami tido empat beranak

2) Harga bilik bukan lah 3-4 bintang sangat sebab cuma nak tido saja lepeh tu nak berangkat ke ladang *mari lah kita ke ladang hoiiiiiiii..*

3) Harga bilik mesti termasuk sarapan pagi sekali. Penting ni sebab saya mesti makan sarapan dan sarapan saya mestilah seperti raja. Bukan anak raja tau. Bapak raja. Hahaha. Breakfast like a king omputeh kata.



Dah akhirnya jumpa lah dengan si Teppe ni. Konsep bilik yang unik sekali. Ala rumah red indian gitew. Dan harga nye termasuk cukai dan termasuk sarapan pagi ialah RM145. *murah cukup murah..*


Kalau anda gogel website dia, akan ternampak perkataan "en-suite bathroom". Jenuh la tanya orang pebenda la en-suite bathroom ni. Takkan lah bilik air kongsi ramai-ramai kat luar? Macam mana nak basuh berak kalau budak-budak berak tengah malam kan dan nak berwuduk segal. 

Al-kisahnya bilik air kita dengan bilik air orang sebelah bersambung seperti gambar di atas. Nampak tak tu?
 

Ni rupa bilik air dia. Ada ruang kosong sikit dekat atap dia tu. Jadi kalau buang air besar tu kontrol-kontrol la bunyi dia supaya orang bilik sebelah tak dengar hehehe

 

Ni rupa paras dalam bilik. 


Lepas sarapan boleh jalan-jalan  kat sini sambil menikmati keindahan kawasan resort


Besau giler kawasan dia. Dan banyak aktiviti boleh buat kat sini. Untuk aktiviti sila tanya prof serba tahu, prof gogel. 

Sangat luas. Sapa la empunya resort ni agaknya. 


Ni pulak bilik penginapan bernama Bandwagon. Atas harga lain, bawah harga lain. Next time we oll ingat nak stay kat sini pulak.


Menarik bukan?


 Sesi berposing


Yang ni pulak dipanggil Kampung House. Sapa datang satu kampung boleh dok sini


Rumah kampung 


Ini nama dia Long House. Yang tukang jaga sini nama dia Abang Long kawasan.

Ada pelbagai jenis konsep bilik dengan harga tersendiri. 

Cukup berpuas hati. Malah lebih dari itu.
 
Jika anda mahukan kelainan suasana dan tempat tinggal, datang la sini.

Next cen kita citer pergi ladang ostrich pulak. 

Kbai. 

2 comments:

cempaka@rohani said...

kat sini nak tekan butang like tader.. okay like 1000x.. haha

waiem said...

Tulis like 1000x pon ok...hehehe