Credit :
Drama
ini sungguh hit sewaktu penayangan nya tahun lepas sehingga cecah 40% ke atas.
Wow apa yang best sangat citer ni. Maka saya
pon menontonnya.
Kisahnya mengenai :
1) Percintaan
putera raja yang tidak kesampaian. Sikit lagi nak bersatu, namun akhirnya
pelamin angan ku musnah dek orang ketiga. Orang ketiga itu terdiri dari ahli
keluarga dia juga iaitu nenek dia yang tak restu sebab nenek ada calon lain.
2)
Perebutan kuasa di dalam istana. Biasa lah ni kan. Sapa yang tamau berkuasa.
Kerana kuasa manusia sanggup membunuh.
3)
Pembunuhan terancang yang melibatkan ilmu hitam. Orang hidup di matikan
sementara, kemudian di kebumikan dan kemudian di gali balik kubur nya dan
orang itu pon berhidup balik. Hidup sebagai orang baru yang tidak ingat akan
masa lampaunya. Tapi akhirnya ingat jugak, sebab berlaku kejadian serupa devaju
dan berkata,
"Eh
macam pernah aku datang sini, tapi bila ya?" *sambil buat aksi gwiyomi mengingatkan sesuatu*
"Eh
mimpi sapa yang aku mimpi ni? Anehnya. Aigooo"
"Omo
sapa orang-orang dalam mimpi aku nih? Tak pernah aku jumpa pon sebelum ini"
Gitu
la sedikit dialog untuk menggambarkan ingatan beliau satu per satu kembali
terjalin semula.
4)
Beliau (heroin) telah dibunuh menggunakan ilmu hitam untuk menyelamatkan beliau dari terus ditindas oleh pihak yang membenci dia
5)
Hero dan abang hero kuch kuch hota hei pada wanita yang sama, tapi macam biasa
la hero yang akan menang. Abang beralah pada adik walaupun abang lagi hengsem
dari adik. Kekeke
6) Kalau nak kawin, kawin la dengan orang yang suka dan sayang kita. Jika tidak makan hati la hidup kita kerana kasih dan sayang si dia tetap utuh kepada bekas kekasihnya yang seorang itu. Seperti watak Permaisuri dalam citer ini. Kesian tengok. Kawin kerana nak duduk dalam istana dan jadi Permaisuri. Dapat lah jadi Permaisuri tapi realitinya jiwa dan raga tidak bahagia kerana tidak diendahkan orang suaminya walaupun berhidup di dalam istana yang besau.
Di mulai dengan cinta monyet. Masing-masing berusia 13 tahun dan akan berkahwin. Putera Raja yang muda belia itu di perintahkan supaya berkahwin untuk meneruskan keturunan diraja. Mereka saling berkasihan dan bila tiba waktu nak di satukan, heroin telah dihalau keluar istana kerana telah di sahkan mengidap penyakit misteri. Misteri rumah tua. Penyakit yang tidak boleh di ubati. Bila dah dihalau keluar dari istana, maknanya tak dapek la mereka berkahwin suka sama suka.
Watak yang paling kijam dalam drama ini. Semua penghuni istana harus mendengar cakap beliau. Beliau ialah bonda kepada Sultan. Dan beliau lah yang tidak menyukai heroin kerana beliau sudah ada calon sendiri. Bila pilihannya ditolak oleh Sultan, muka nya masam mencuka dan mula lah beliau memikiorkan sesuatu yang diluar jangkaan.
Lantas beliau mengarahkan mak bomoh perempuan ini untuk menyantau angin heroin yang masih remaja ketika itu sehingga membawa maut.
Putera raja yang sedih banget bila pilihan hatinya di halau keluar dari istana. Seterusnya nak tak nak terpaksa lah beliau berkahwin dengan pilihan neneknya, yang mana mereka tidak bahagia hingga ke akhir drama.
Adegan ini juga telah membuatkan anak saya Maryam turut menangis di depan tv masa tengok adegan ini di 8TV. Lama dia tenung tv. Bila tengok dia turut sama menghayati watak nangis. Aigoo. Sebab abang nangis katanya. Hahaha kau. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Kekeke
Mak bomoh ni lepas dah selesai tugas, beliau mintak cuti panjang untuk berehat dan bersihkan jiwanya. Menggunakan ilmu hitam terhadap nyawa manusia ni penangan dia lain macam sikit katanya.
Beliau kemudian pulang ke kampung dengan misi nak gali balik kubur untuk menyelamatkan heroin. Heroin tak boleh duduk lama dalam keranda. Bila dah cukup taim dia kena di keluarkan dari kubur. Heroin kemudian menetap bersamanya dan membesar sebagai anak angkat mak bomoh dan di latih menjadi bomoh junior yang bernama Wol. Wol ni tidak ingat akan ingatan silam dia. Jadi dia cuma ikut cakap mak angkat dia saja.
Abang tiri kepada Putera Raja. Bapak sama, mak lain-lain. Beliau mengambil keputusan tidak mahu mencampuri urusan istana. Lantas beliau membawa diri jauh-jauh berhidup sebagai orang biasa di sebuah perkampungan. Beliau turut jatuh chenta sama heroin.
"Walaupun adik kau dah lama mati, tapi pada aku adik kau tetap menten umur 13 tahun sampai bila-bila" kata beliau kepada abang heroin.
Menten muda sampai bila-bila. Kalah Kak Ton. Kekeke
Ya ini lah dia heroin yang bernama Yeon Woo sebelum kena bunuh. Anak orang baik-baik. Lepas mati hidup semula nama dia Wol. Seorang yang cantik manis lagi gwiyomi.
Sedih mengenanglan nasib badan. Mula-mula ingat tak nak tengok drama ni sebab gandingan hero muda belia, manakala heroin dah ahjumma. Sebab rating tinggi tengok jugak huhuhu Pertama kali menonton beliau ni.
Watak paling menceriakan. Orang kanan Putera Raja yang taat
Mohon neneknya letak jawatan dan berundur dari politik. Tapi nenek masih lagi tamak kuasa walau rumah dah kata pergi, kubur kata mari. Tak puas lagi berhidup dengan politik kotor.
Endingnya tak pueh ati sebab orang jahat mati mudah. Cesss huhu
Sekian cerita :)
2 comments:
Oh, I ols tengok ini last year ....hehehe...
MEmang besh..
-Makinchek-
Kannn...
Post a Comment