Friday, June 20, 2008

Chiang Mai - Day 3 Part 2 cum Day 4 (Last Day)


Sawadika. Ok sahabat-sahabat sekalian, kita sambung kembali drama bersiri Chiang Mai kita bahagian terakhir. Selepas kita pergi menaiki kenderaan haiwan dan lunch tu kan, belah malam nya kita berdinner dan bershopping dan kemas beg untuk pulang keesokkan pagi nya.



Ni dari view bilik hotel. Lokasi pasar malam. Mereka dah start pasang payung-payung untuk menerima kehadiran kami yang vogue ini hehe



Ni lauk makan malam. Lauk pauk dia seme meletop-meletop giler sedap. Berasa seme makanan dia dan pedas. Makanan sedap bagi saya yang pedas. Kalau tak pedas ala-ala makan tak kenyang mandi tak basah hehe. Lauk di atas itu ialah sayur goreng kari kot. Yang best nya dia ada letak daun selasih ku sayang. Jarang jumpa orang masak sayor goreng taruk daun selasih nih. Daun selasih biasanya diguna pakai sewaktu membuat laksa johor. Kalau mak saya masak sayur betik baru taruk daun selasih ini. Sungguh sedap. Kita bagi markah A+ untuk masakan ini.


Ni apa ek lupa dah. Aaa ayam goreng bersayur. Ini pon sedap. Rating A


Ni seme tahu. Ya betol tomyam. Pon sedap. Rating A+


Ni sayur pucuk paku ke pucuk manis ek. Pon sedap jugak. Rating A


Bukti kesedapan makanan-makanan di atas. Licin hingga menjilat sudu. Sebab apa tau sebab kitorang memang kebulur giler. Hari ke-3 baru jumpa makanan yang serasi dengan tekak.


Ni kedai makan dia. Kalau u all pi sini pastikan makan kat sini. We all tanya tourist guide pesal tak bawak kitorang makan sini masa 1st day? Dia bilang kedai ni tak bukak. Apa daa. Time tourist datang time tu la dia tutup kedai. Time dia tutup kedai we all datang. Masa makan sempat tanya tokei kedai langsir beli kat mana hehehe. Dan kitorang pon pergi mencari kedai langsir itu sampai dapat.


Next stop lepas makan kita pergi sini. Nama tempat ini ialah "Kalare Night Bazaar" (KNB) Ada live band


Lepas tu kita teruskan jalan di sekitar KNB. Besar, cantik dan bersih kawasan dia. Sorga membeli belah. Sambil nyanyi lagu "sorga ada di depan mu...depan muuu...neraka di belakang mu...time balik mesia baru tau nereka sebab duit dah abis" hehehe


KNB


Tadaaa...tempat jual langsir. Sangat lawa langsirnya. Harga dalam RM25-RM30 gitu. Barang siapa yang suka akan langsir bercorak ringkas atau design simple-simple elok benar la memborong untuk di tayang pada pagi hari raya. Warna langsirnya yang kebanyakan putih dan krim, yang tenang mata melihatnya. Di tambah dengan air freshner berjenama toott yang harum di pelusuk rumah, bagai menetap di mahligai impian rasanya :P


Ok ini Chiang Mai Night Bazaar yang terletak seberang jalan raya dengan Kalare Night Bazaar. Kalau kita diri tengah-tengah jalan raya, belah depan CNB, belah belakang KNB. Tu belom masuk belah tepi kiri dan kanan. *Migrain kuasa 4 tengok barang²*


Yang ni tingat citer My Girl hehehe. Petik limau jual tepi jalan, tak abis jual buat jem. Daripada buat jem baik buat air jus ni. RM2 saja.


Kat Chiang Mai juga ada Pavilion u. Pavilion Night Bazaar. Yang ni bersebelahan dengan KNB.


Suasana di luar PNB (Pavilion Night Bazaar). We all tak masuk PNB sebab mata dah sakit (penyakit rambang mata). Poket pon hampir tenat heheh


Seterusnya Anusarn Market terletak di sebelah dengan PNB tadi tu dan membelakangi hotel kitorang. Jalan kaki sajork. Yg gambar kat atas tu yang tengah pasang payung tu kat sini la dia.


Keadaan pasar malam. Ada sedang mengemas bersiap mau pulang. Sebab masa ni jam dah pukul 11 malam.

Tammat sudah citer di hari ke-3. Di hari ke-4. Suasana pagi. Kitorang bercadang tamau breakfast kat hotel sebab dah jelak makan roti dan cereal. Makanya salah sorang dari kami cadang kami sarapan pagi di warung belakang hotel sebab dia kata kedai Muslim. Kitorang pon pi la kot-kot ada jual roti canai ke, nasik lemak ke, lontong ke kan.


Ye betol kedai Muslim. Masing-masing pon meninjau-ninjau apakah makanan yang dijual


Kedengaran napas-napas hampa dari 4 insan-insan yang lapar apabila melihat makanan yg dijual. Malam sikit nak ada nasik lemak & roti canai ya. Hehe. Saya pun tanya kakak penjual yang manis itu apakah itu makanan panjang berlengko-lengko itu. Dia kata beef & ciken sosej. Ooooo....


Seme dah kembang tekak, kita pon berangkat dan bersarapan di hotel jugak nampak gayanya


Selepas breakfast berangkat ke airport. Pada ketika beratur mahu menaiki flight, tersebut-sebut nama idola dan pojaan hati kami di ketika itu iaitu Pak Nasser.

Kenapa Pak Nasser menjadi idola?



Sebab dia ada nasik lemak dalam Air Asia. Kekekeke. Sekarang ada menu baru u iaitu roti canai dan nasi beryani.

Alhamdulillah. Selamat pergi dan kembali. Kita berjumpa di lain destinasi pula. Tata.

No comments:

Post a Comment