Klik untuk tumbesaran |
Blog ambe ni ada 2 ruang komen.
Satu yang tersurat dan lagi satu yang tersirat. Hehehe. Tah macam mana boleh jadik yang tersirat pon tatau. Yang tersirat ni blogger punya komen dan yang tersurat ni ruang komen berbayar. Dulu di kenali sebagai 'haloscan' tapi sekarang dikenali sebagai 'echo'. Dan akan datang bulan Oktober nanti komen 'echo' ni dengar kabar akan pupus.
Terdapat satu komen pertanyaan yang tersirat di dalam entri ambe di bawah tajuk Wakaf dan Ibtidak yang berbunyi begini.
[Salam..nak tanya kalau yg takde tanda macam huruf2 ni camne plak? Kdg2 tu ada jumpa ayat yang panjang tapi takde tanda wakaf ni]
Biasa kalu orang tanya saya di blog saya akan cuba jawab mengikut kemampuan.
[Jawab salam]
Ini kes orang yang nafas pendek macam saya juga.
Sebenarnya saya juga mengalami masalah jika baca ayat-ayat yang panjang yang tiada tanda-tanda wakaf sebab tatau nak berhenti di mana sebab tak faham makna ayat tersebut.
Ditakuti terberhenti di tengah-tengah ayat lantas makna ayat tersebut akan jadi tergantung dan lari dari maksud sebenar ayat itu.
Oleh yang demikian mahu atau tidak mahu kita dikehendaki belajar bahasa Arab dan memahaminya supaya senang nak berhenti di mana sewaktu membaca Al-Quran jika terdapat ayat-ayat yang panjang (bagi kes nafas pendek).
Ingat ya kita dituntut supaya membaca ayat Al-Quran dalam satu nafas saja. Tak boleh 2-3 nafas sambung menyambung. Atau dengan kata lain mencuri nafas, adalah tidak dibenarkan.
Pencerahan mengenai hukum curi nafas sewaktu membaca Al-Quran di SINI
Pencerahan mengenai hukum curi nafas sewaktu membaca Al-Quran di SINI
Alternatif lain bagi mereka yang ada masalah nafas pendek dan tatau nak berhenti di mana, anda boleh la membaca tafsir Al-Quran Rasm Uthmani. Contoh di SINI
Tafsir Quran ni dia dah siap potongkan ayat supaya senang kita nak berhenti. Siap ada hukum tajwid dan tafsirnya sekali.
Sekian sahaja jawapan dari saya yang tak bertauliah dan masih belajar lagi. Harap dapat membantu. Kalau nak jawapan yang lebih padat dan tepat boleh la rujuk kepada Ustaz dan Ustazah yang bertauliah.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment