Friday, June 24, 2011

Tajwid : Surah Maryam


Ok dah lama nak apdet pasal perkara tapi madang je tak sempat. Dari masa peknen dulu sampai la ni dah beranak asek terpospon je nak apdet.

Kalau apdet citer Korea sepantas kilat je kan hehe. Bukan apa, nak apdet bab-bab macam ni kita kenal betul-betul faham dan tahu apa yang bakal kita tulis. Kalu tak nanti jadi ajaran sosat. Mati lah mak. Huhu.

Sebagaimana yang kita tahu bagi ibu-ibu yang sedang hamil amat digalakkan membaca Surah Maryam yak itu surah anak saya. Hehehe ok acah je.

Nama Maryam pon di ilhamkan bersempena dengan surah ni jugak. Ada lah kaitan sikit sebab Maryam dilahirkan selepas saya tamat membaca surah ni buat kali kedua.

Tapi nama Maryam bukan lah pilihan nama pertama saya sejurus selepas dapat tahu kandungan yang dikandung adalah perempuan. Nama pilihan pertama ialah Asiyah.

Kenalkan sapa itu Asiyah? Isteri Firaun. Tah macam mana ter-divert ke Maryam pulak. Hehe.

Berbalik pada Surah Maryam ini, apa yang saya nak kongsikan bersama ialah hukum tajwid yang berada di dalam surah ini. Ada satu hukum tajwid yang pasti kita akan terlepas pandang jika kita tidak betul-betul mahir dan terer dalam bab tajwid macam saya.

Bagi sapa yang dah tahu, Alhamdulillah.

Kalau Al-Quran yang biasa tu saya tak konfiden nak baca sebab takut tersalah baca hukum tajwid. Jadik Al-Quran yang saya baca adalah tafsir Al-Quran yang ada nombor-nombor seperti yang penah saya apdet sautu masa dulu. Bila la boleh mahir baca Quran yang tak de nombor-nombor ni kan.

Hukum tajwid yang saya nak citer ni ialah bila tanwin bertemu hamzah wasal. Saya dah penah apdet mengenai hukum ini sebelum ni.

Boleh refer sini.

Bila saya baca Surah Maryam ni saya cek ada tak hukum ni dalam surah ni. Cek-cek ada. Sebab tu saya baca balik surah ni buat kali kedua selapas membaca nya buat kali pertama. Sebab nak bagi betul-betul lancar dan tartil bacaan Quran. Ekceli semua surah saya cek. Tapi kali ni kita fokus kat Surah Maryam je dulu.

Niat di hati nak buat senarai surah-surah yang ada hukum tajwid yang ni. Insya Allah.

Ekceli masa trimester pertama dah baca surah ni. Baca gitu-gitu sekali jalan saja sebab bukan baca dari tafsir Al-Quran yang saya selalu baca tu. Bila masuk trimester ketiga...

Ok sebenarnya ada kisah jugak disebalik nya. Kwang kwang kwang

Semasa disahkan mengandung saya berdoa agar dapat la khatam 30 juz Al-Quran ni hendaknya. Namun saya gagal dan ada sedikit bibit-bibit kekesalan hingga sekarang. Dengan kesihatan yang tak brapa sihat, mual, loya, sakit-sakit badan, tensen dan lain-lain alasan lagi hehe.

Kemudian saya tukar doa,

"Kalau tak dapat khatam 30 juz, dapat separuh pun jadik la Ya Allah. Tolong la hamba mu ini. Jangan la dia bagi banyak alasan untuk tidak membaca Al-Quran".

Bayangkan selama 9 bulan tak leh nak khatam 30 juz. Apa daa punya manusia kan. Berkata kat diri sendiri.

Dengan izin Allah, saya berjaya juga cecah ke juz 15 semasa kandungan 8 bulan lebih. Dan sesungguhnya di dalam juz 15 itu ada Surah Maryam. Baca sekali macam tak puas. Baca sekali lagi untuk membetulkan hokum-hukum tajwid yang sepatutnya.

Surah Maryam kali kedua di baca selepas Zohor pada 29hb Mac. Masa ni dah cuti. Dah malas nak keje.

9.30 malam. Malam nya pula ke Hospital Selayang sebab baby macam tak banyak gerak. Cek-cek dokter seluk baru bukak 1cm. Dokter suruh balik dulu. Misi cakap lepas ni akan keluar darah bercampur lender jangan panik. Memang normal sebab dokter baru seluk (ngilu bila ingat balik huhu)

2.00 pagi. Sampai rumah. Sebelum tidur minum air selusuh. Habiskan sebab tinggal sikit.

5.30 pagi. Bangun sediakan bekal untuk cik asben pegi keje.

6.15 pagi. Cik absen pegi keje. Masa ni dah rasa sakit pinggang belakang sikit dan keluar darah bercampur lender. Ingat sakit biasa sebab dulu penah kena. Buat donno lah je dulu.

6.30-7.30 pagi. Sakit nak berak mencanak-canak. Keluar masuk toilet selang 30 saat. Mak ambe call asben suruh patah balik nak bawak gi spital. Asben pulak tersangkut kat jem. Bayangkan dari KL nak patah balik Shah Alam waktu pagi peak hour.

8.00 pagi. Telan panadol nak bagi tahan sakit. Ya Allah tak reda-reda jugak sakit. Mak saya minta tolong jiran jadik drebar nak hantar pi spital. Sebelum tu dah telefon ambulan. Banyak nau tanya operator ambulan tu. Kengsel lah ambulan.

8.30 pagi. Dapat la drebar ehsan pakcik tokei kedai makan bawah. Pakai keta dia.

Dipendekkan citer, hospital pilihan terdekat dan tak sesak ialah Umra Seksyen 13 Shah Alam. Dah takdir nak bersalin kat sini.

Dokter cek dah bukak 7 cm.

Dipendekkan citer lagi. Teran punya teran lapan lagi, tanak keluar jugak. Tak ingat pukul berapa cik asben pun sampai dan tolong pegang isterinya yang sedang meneran dengan penuh perasaan dan penuh kesakitan. Tak dapat nak digambarkan kesakitkan pada masa ini.

Bukaan dah bukak 9cm masih belum ada tanda kepala nak keluar. Dekat 1 jam meneran namun gagal.

Dokter pun cadang masuk bilik bedah. Masa ni sempat salam mak yang nampak sedey dan risau kat luar bilik.

Ada yang cakap kalu kat spital swasta mesti operate sebab kos lagi tinggi. Tapi hakikatnya saya memang nak di-operatekan sebab tak tahan sangat.

Dalam hati berkata, "Dokter, tolong la operate saya. Saya dah tak larat. Sebelum saya tendang dokter, baik bedah saya cepat".

Mungkin dokter yang hengsem tu dengar rintihan saya di dalam hati.

(Psstt kat Umra ada sorang dokter hengsem. Adik atau adik ipar pada Dokter Rafi, empuya Umra itu. Memang sejok mata memandang. Nama lupa plak. Kekeke)


Hari pertama jam 9.00 malam

10.34 pagi 30hb Mac. Selamat la segalanya. Alhamdulillah. Maryam nak keluar ikut tingkap rupanya.
Kenapa bedah? Sebab kepala baby tersangkut kat fibroid.

Saya ada fibroid. Dapat tahu masa pergi cek-up kali kedua di awal semester di sebuah klinik. Boleh pulak dokter cakap masa scan perut,

"Eh ni apa ni? Fibroid ni. Awak ada fibroid 6cm x 5cm. Dulu sapa yang cek?"

"Dokter la"

"Macam mana saya tak perasan dulu?"

"Eh mana lah saya tahu bukan saya yang dokter. Dokter ni dokter apa? Dokter ayam kah? Macam mana dokter buat keje nih?Aigooo ottosemika?" nasib baik saya tak cakap macam ni kat dia. Hehehe

"Abis macam mana ni dokter? Bahaya tak?" dengan nebes saya tanya

"Awak dah peknen dah. Tak boleh nak buat apa. Harap-harap fibroid tu tak membesar ikut besar dengan baby awak".

Aigooo. Balik dari klinik saya dengan pantas search apa itu fibroid dengan lebih detail.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan dalam rahim wanita ya sedara sedari. Ia bukan la sejenis cancer. Hampir setiap wanita akan ada fibroid. Samada kecik atau besar. Samada harus dibuang atau tidak dibuang fibroid itu.

Macam kes saya tak perlu buang sebab saya boleh hamil eksplen dokter hengsem kat Umra tu. Fibroid itu tidak mengganggu kehamilan saya. Saya juga tiada mengalami pendarahan. Dokter cakap kalu duit dah banyak, tatau nak buat apa boleh la dibuang fibroid itu. Tapi risau jugak.

Kepada wanita-wanita diluar sana, yang masih bujang atau yang dah berkahwin tapi belom hamil, pegi la buat cek-up. Cek tengok ada ke tak fibroid. Especially sapa yang senggugut / period pain tiap kali datang haid. Sebab kita makan pain killer nak tahan sakit dan darah pon keluar sikit. Takut ada darah kotor yang sangkut kat dalam tak keluar, sikit-sikit lama-lama jadik fibroid. Macam saya ada senggugut sejak Form 4. Ini cuma teori rambang saya saja yek.

Jadik kewujudan fibroid ni saya syak berpunca dari senggugut ni barangkali.

Ada fibroid boleh menggangu kehamilan. Kawan saya gugur anak kedua sebab ada fibroid dan fibroid dia lebih kecik dari saya.

Ada fibroid makin mengecil dan hilang lepas bersalin kesan dari makan jamu. Saya tak cek lagi fibroid saya makin mengecil atau membesar.

So sekarang ni saya sedang hamil fibroid dan lemak la kekdahnya. Kekeke

Adeh dah citer ke fibroid la pulak. Nanti la sambung bab tajwid. Rasa dah panjang sangat plak entri ni melalut ke fibroid.

I’m sorry! (ala Amir Raja Lawak)

Selamat menghayati Israk Mikraj!

No comments:

Post a Comment