Wednesday, September 30, 2009

KDrama : Beethoven Virus (2008)



Synopsis


Kang Gun Woo is a world renowned orchestra maestro who is a perfectionist in his work. He is not an easy person to work with and is fear by all his players. By chance, he comes across Du Ru Mi, a violinist, and a young cop who has the same name as his and discovers that even without formal training, the young Kang is a music genius. The three soon get tangled in a love triangle.
Total episode : 18


Kita ke drama seterusnya yang dah lama tengok iaitu Beethoven Virus. Tajuk dia pon kita dah boleh agak mengenai classical music atau orkestra. Orkestra yang main classical musik.

Mengisahkan seorang pemain biola wanita bernama Du Ru Mi (nama pon dekat-dekat ngn Do Re Mi) yang ditugaskan oleh Datuk Bandar untuk membentuk satu kumpulan orkestra untuk buat persembahan pada pesta kebudayaan di tempat dia bekerja. Wang deposit sudah diberikan. Bagaimanapun nak dijadikan drama tukang simpan duit tu menghilangkan diri dengan wang deposit sekali. Dengan erti kata lain wang itu telah disonglap oleh pihak penganjur. Maka ahli-ahli orkestra pon menarik diri sebab bayaran mereka telah disonglap. Du Ru Mi kebingungan kerana hari pesta sudah semakin dekat.

Bagaimana dia mahu mencari ahlil muzik orkestra dengan sekelip mata??

Ottoke???

Bagaimana dia mahu jelaskan pada Datuk Bandar nanti??

Datuk Bandar dah beriya tak sabar mahu menyaksikan persembahan orkestra itu sebab dia pon nak nama dia naik sebagai Datuk Bandar yang mempunyai kumpulan orkestra yang mantap, cemerlang dan gemilang atau tagline sekarang Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Maka Du Ru Mi bersama sorang sunbae (senior) pemain cello memulakan pencarian ahli-ahli muzik yang boleh bermain orkestra. Satu interbiu di jalankan. Pelbagai la jenis orang awam yang boleh alat muzik datang interbiu. Ada makcik, ada tok cik, ada pelajar, ada polis, ada pekerja kelab keberet datang interbiu yang kesemuanya mereka bermain alat muzik sebagai hobi saja. Maksudnya bukan la ahli muzik professional. Disebabkan waktu sudah semakin terdesak, maka satu orkestra sementara ditubuhkan sempena pesta itu.

Kemudian diberitahu oleh Du Ru Mi conductor yang akan memimpin mereka adalah sorang conductor yang femes lagi berkaliber iaitu bernama Kang Mae.

Conductor Kang Mae ni memiliki sifat yang egois, eksyen, panas baran, tidak mesra alam, hati kering dengan orang. Sebab dia rasa dia ialah "the best conductor in Korea" jadi dia ala-ala eksyen sket. Semua ahli orkestra kena marah sebab main alat muzik tidak capai standard dia.

Bagaimanakah ahli-ahli orkestra itu menjalani hari-hari hazab bersama conductor Kang Mae itu? Memang HAZAB kalau bekerja dengan orang yang ego melangit ni. Dia sorang je betul. Jadi anda saksikan la drama ini sendiri

Nota noti:

1. Drama ini merupakan drama tema orkestra pertama Korea. Jika Jepun dengan Nodame Cantabile nya, manakala Korea dengan Beethoven Virusnya


2. Drama ini bukan remake Nodame Cantabile.

3. Bagaimana pun Anugerah Conductor Pilihan sepanjang zaman yang tiada tandingan tetap dirangkul oleh...*drum roll*


Terang lagi bersuluh, Champion. Don play-play. Kekeke


Antara lagu-lagu klasikal yang kedapatan di dalam drama ini ialah :



Dan barisan para pelakon nya :


Kim Myung Min as Kang Gun Woo / Kang Ma Eh (Conductor)
Kondukter yang digeruni ramai.

Lee Ji Ah as Du Ru Mi (Violin)

Pemain biola yang cantek manes


Jang Geun Suk as Kang Gun Woo (Trumpet)
Pemain trumpet merangkap kondukter sambilan. Sebab kondokter utama mogok tak nak kondukt, maka dia ambil alih. Seorang yang berbakat besar dalam muzik tapi tidak mendapat pembelajaran muzik yang formal. Nama watak dia sama dengan hero. Ambe pon tak pasti kenapa mesti nama mesti sama. Apa tak de nama lain ke? Kang Ji Hwan pon boleh. Kekeke
Sehingga hari ini ambe amat simpati dengan Jang oh Jang ni sebab dia selalu dapat watak kecundang di dalam alam percintaan di mana beliau tidak dapat memiliki pompuan idaman nye. Nasib hero kedua gamaknya. Antara drama kecundang beliau ialah Hwang JiYi (beliau mati), Hong Gil Dong (yg ni op kos la heroin mesti dengan hero pertama) dan Beethoven Virus. Sama-samalah kita tunggu drama baru beliau, apakah beliau kecundang lagi atau tidak? Kalau kecundang lagi, ambe nak dendangkan lagu Sentuhan Kecundang dari Ekamatra kat beliau. Nanti ambe translate ke versi Korea. 


Ahjumma ni selaku pemain cello


Haraboji bermain klarinet

OST

Donlot
sini, kalau mau donlot.

Akhir kata,

Jika anda telah menyaksikan Nodame Cantabile, anda saksikan juga Beethoven Virus ini. Bukan nak banding tapi nak enjoy. Sebab saya memang appreciate drama seperti ini yang memerlukan daya, usaha dan keringat yang tinggi. Banyak homework nak kena buat. Boleh saksikan di dalam SPECIAL kerja keras mereka. Melalui drama ini baru tahu Beethoven itu pekak / kurang pendengaran rupanya. Watak kurang pendengaran dibawakkan oleh Du Ru Mi. Manakala Mozart seorang pemuzik yang bermain alat muzik melalui telinga diserapkan dalam watak Kang Gun Woo comey itu dan juga macam watak Nodame.

Lain ribiu (Kamek tengok dulu, dia ribiu dulu..keke)

No comments:

Post a Comment