Wednesday, September 30, 2009

My Fair Lady - Episode 3 & 4


Kita kembali ke aktiviti seterusnya. Dah ketinggalan ketapi dah ambe. Dah nak tamat dah cite ni. Kita short-short cut je la

Episode 3 - Kang Hae Na sudah syiok sama Attorney Lee Tae Yoon dan mahu menekel Tae Yoon. Tapi itu butler Dong Chan sudah tidak sedap hati. Sebab jika Haena mabuk kepayang dengan Tae Yoon maka rencana Dong Chan akan gagal. Misi sebenar Dong Chan bekerja di situ mahu mengorat Haena hingga berjaya dan mengaut keuntungan maksimum untuk bayar hutang along

Episode 4 - Butler Dong Chan ajar Haena cara-cara mengorat yang berhemah. Haena bagi prezen mahal kat Tae Yoon sebab tolong balasah gengster namun Tae Yoon menolaknya sebab dia bilang dia bukan seorang jantan materialistik. Tolong orang sebab nak dapat hadiah. Haena rasa terhina kerana prezen mahalnya tidak diterima oleh Tae Yoon. Lantas...ye ambe pon dah lupa


Young Master begitu tekun melayan fesbuk haha

"Dureon-nim ma, ID fesbuk apa? Noona nak add lah"


Keluarga Kang satu lagi bergosip mengenai kehenseman Tae Yoon. Tae Yoon menjadik rebutan ramai di antara 2 sepupu ini. Dah lama tak guna roll rambut macam bapak Su Min tu

Su Min smash kakak dia satu kali

"Noona, will a person like you want to marry him? Expenses on your face alone exceeds 5 million Won every month"

Young Master Su Min dah buat perkiraan gaji seorang Attorney lebih kurang dalam 10-15 million Won. Betul jugakkan, takkan dalam kehidupan rumahtangga ni kita nak makan 'hensem'.

Haena dan butler Dong Chan pergi function kakak Su Min. Bila dengar kata Lee Tae Yoon akan datang, nafas Haena terhenti 5 saat dan beliau pon tidak jadi pulang

Young Master kejatuhan di langgar butler encem Dong Chan. Dengan wajah yang poyo, Young Master maafkan Dong Chan

Attorney Lee Tae Yoon pon sudah sampai bersama jambangan bunga

Dipendekkan citer ada orang jahat mahu cederakan Haena. Kedua oppa di atas lantas menyelamatkan Haena di tempat letak kereta

Versi lepas kena hujan yg bisa menggegarkan jiwa muahaha

Ambe taste gak kat dia ni kawan Tae Yoon hehe

Ambe suka rambut Haena yang ni. Tak paham kenapa dia mesti nak ikat rambut ciput tu seperti gambo last

Su Min & family


Dorang punya mekap mesti jimat kan. Ciput je mekap. Bertuah la kalau artis kita nak mekap macam ni dalam drama


Tu yang ambe pelik rambut dia nih, kejap pendek, kejap panjang. Rupanya dia ikat. Nampak sanggul se-coet kat belakang. Sapa punya idea la ni

Sekian ribiu tak rajin sebab terlebih makan ketupat

No comments:

Post a Comment