Friday, December 12, 2008

Filem : Kuntilanak 3 (2008)


AWAS!!! Ada gambar hantu setan di bawah



Reminder untuk diri sendiri bila menonton citer hantu. Ingattttt...kat tepi hantu ada krew-krew yang bertugas, oleh itu jangan takut, jangan serem. Cobaan. Kekekeke.

Baru berkesempatan menonton cite ni. Sebab udah menonton
1 & 2 maka harus diteruskan menonton yang 3.

Samantha gadis bideoklip Ketahuan Matta

Agak 'aneh' jalan cite nya. Namun dalam pada 'aneh' serem jugak aksi hantu-hantu setan nya.

Lokasi utama filem ini adalah di dalam hutan

Beranikah anda ber-kemping dengan gewe ada berduan di dalam hutan rimba? Berdua saja tau. Bukan bertiga, berempat, juga bersepuluh.

Ada berani????

Mungkin kalau ada niat buat maksiat mungkin "berdua lebih baik" bak lagu Arca Septriasa berada di dalam hutan berdua-duaan di bawah sinaran bulan purnama

Permulaan citer ada 2 orang pasangan kekasih yang sedang berkemping dengan perasaan gumbira bernyanyi-nyanyi kecil sambil menikmati keindahan flora dan fauna di bawah sinaran bulan mengambang pada waktu itu. Sambil mereka bernyanyi-nyanyi kecil dan bergurau senda ada sepasang mata sedang menonton persembahan mereka dari celahan pokok-pokok.

"Waduh kok gembira sekali kamu...nanti loh" mungkin makhluk itu berkata-kata di dalam hati sambil menguis-uis rambut mayang mengurainya

Selang beberapa jam, boipren itu hilang. Kemudian gelpren mencari-cari boipren itu dan kemudian gelpren itu turut hilang juga. * Plingggg * Keduanya ghaib

dah kena cuit cam ni pon gigih nak dok lam hutan

Keesokan hari siang. 4 orang sahabat sedang menuju ke hutan itu. Misi mereka mahu mencari teman mereka yang telah 2 hari tidak pulang ke rumah. Dipertengahan jalan mereka bertemu dengan seorang gadis cantik yang juga sedang menuju ke hutan itu. Gadis cantik itu bernama Samantha diberi tumpang oleh 4 sahabat itu dengan perasaan moskel, buat apa gadis cantik ini sorang-sorang menuju ke hutan?

"Aku ada urusan keluarga" bilang Samantha.

Samantha merupakan teraju utama dalam filam Kuntilanak. Dalam K1 & K2, dia berkebolehan memanggil Kuntilanak.

dukun yang berniat jahat...

Dipendekkan citer hutan itu adalah kediaman kuntilanak dan kesemuanya mati diserang kuntilanak.

Moral of the stori, semangat setia kawan yang utuh cuba ditonjolkankan melalui filem ini. Walaupun sudah nampak hantu di depan mata, mereka masih mahu menetap di hutan itu untuk mencari teman yang hilang. Paling kagum melihat mereka mencari teman hilang tu di dalam hutan yang gulap gulita hanya berbekalan sinaran lampu suluh.

Saya jua pernah ber-kemping di dalam hutan. Rasanya tak nampak apa bila dah malam kat dalam hutan. Hehehe ye tau hanya citer

Berbalik pada kisah Samantha. Dia pergi ke hutan sebab mak dia kata ada dukun situ boleh buang dia punya kuasa panggil kuntilanak itew. Rupanya harapkan dukun, dukun tak boleh harap. Dukun jelmaan itu dengan suara serak-serak kering nya ialah mak dia yang mahu mewariskan waris jari hantu pada Samantha. Waris saka la ni. Samantha yang rasa tertipu lantas terjun gaung untuk bunuh diri bersama saka itu.

Tetapi kemudian kelihatan tangan waris jari hantu itu naik semula ke atas. Dan.....


....mungkin bersambung Kuntilanak 4. Kwang kwang.

P/S : Next looking powed Histeria , Histeria Serem Ahakss

No comments:

Post a Comment