Antara drama yang dinanti-nantikan kemunculan nya dengan hati berbunga-bunga. Lakonan hero pojaan hati huhuhu
Citer dimulakan di tempat korek mengorek tanah ini. Korek punya korek, lapan lagi, sekali terkorek duit yang banyak yang telah ditanam di dalam tanah di situ. Peh. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, apalagi pekerja yang sedang bekerja di situ berdesup desup bergegas mengutip duit-duit yang berterbangan umpama rezeki jatuh dari langit dan rezeki yang datang bergolek.
Harta karun sapa punya tah. Di anggarkan jumlah duit semua bernilai USD10 juta. Wow!!
*Donia, donia meniaga manusia lagi untung dari meniaga unta. Wow*
Berita pun tersebar luas lah ke pelusuk negera. Maka datang la seorang Prosecutor kacak bergaya bernama Lee Cha Don untuk menyiasat.
Masuk ke dalam khemah Prosecutor tu pun berbicara dengan orang sebelahnya,
"Makanya duit-duit ini semua kepunyaan seorang lelaki bernama Lee Kang Seok lah? Hensem tak dia"
"Ya, jika dia masih berhidup"
"Adakah dia telah mati?"
"Dia telah hilang selama 15 tahun"
"Keluarga dia pula macam mana?"
"Dia ada mak, tapi mak dia pun telah menghilangkan dirik"
"Aik anak dan mak hilang dan meninggalkan duit yang sebanyak ini? Aku dapat merasakan ada seswatuh yang tak kena ni. Baler ni baler"
Kemudian dia menerima panggilan telefon.
"Yoboseyo. Sapa sana cakap?"
"Seseorang yang amat mengenali mu"
"Kau kenal aku? Kau jangan nak main-main. Kau tahu aku sapa? Keja aku tangkap orang-orang seperti kau. "
"Tuan Prosecutor Lee Cha Don, kau tak payah lah nak eksyen dengan aku sikit-sikit nak tangkap orang. Aku tipon ni nak kabor ke kau. Kau nak tahu tak nama sebenar kau apa? Bukan nama pelesu yang kau guna sekarang. Nama yang mak bapak kau bagi. Nama sebenar kau dalam mykid."
"Kau kenal aku kah? Kau sapa ni? Kenapa aku ada banyak nama? Cakap cepat. Kalau tak aku tangkap kau sekarang. "
"Kalau kau nak tahu jumpa aku malam ini di Hotel Han Gang, bilik 1205"
Beliau pun mengerutkan dahi sebab moskel.
"Betulkah aku ada nama lain? Ottokke?"
Cerita pon kembali ke zaman silam.
Budak lelaki ini bernama Lee Kang Seok.
Seorang anak hartawan yang makan di pinggan, minum di cawan. Harta bapaknya ada berkoyan-koyan. Kapal di laut, gedung di darat.
Kalau ikut pada skrip atas, duit itu adalah kepunyaan dia.
Keluarga Lee Kang Seok sedang dilanda musibah. Bapak nya yang kaya raya itu ada mempunyai perempuan simpanan, manakala emaknya pula memendam perasaan dari kejauhan terhadap perangai suaminya hingga mendapat sakit. Biasalah kalau bersuami kan suami kaya. Mesti makan hati berulam jantung punya. Walaupun sang suami tu langsung tak hengsem tapi ada je pompuan gedik nak mengepit. Yang sang suami tak sedo dirik set-set rumah kata pergi kubur kata marey pula ingat pompuan itu betul chenta sama dia. Padahal chenta duit nya saje.
Dari jauh Lee Kang Seuk merenung maknya yang sedang berduka dengan peel bapaknya. Dia dapat merasai kedukaan itu barangkali.
"Nanti kau pompuan, aku akan balas dendam bagi pihak mak aku. Jaga jaga ada mata yang memerhati"
Seperti yang dijangka, bapaknya dibelot dan ditipu dengan kekasih gelapnya. Dia sendiri yang nampak mereka togede-togede di dalam bath tub. Di hari ulangtahun perkahwinannya bapak itu memanggil mereka yang membelot untuk ditembaknya. Malangnya lain yang berlaku. Bapak itu diserang sakit jantung dan masukkan ke spital.
Yang belot keluarga Lee Kang Seok ialah orang kanan bapaknya sendiri yang mahu membalas dendam terhadap kematian bapak nya. Bapaknya mati disebabkan oleh bapak Lee Kang Seok.
Gitu lah intro drama ni. Motip balas dendam.
Misteri Lee Kang Seok menjadi Lee Cha Don kena lah tengok sampai abis. Buat masa ni ambe KIV dulu drama ni sebab nampak macam berat jalan citer dia. Jumlah episod pon 24. Sabar je Ahjussi. Genre macam ni kena lapangkan minda dulu baru syiok layan.
Sementara tu ambe nak ikut Toma Ikutan ke Shimanto dulu hehehe
Berikut saya jumpa sarikata yang dia tulish Arab.
Ajashi! Ajashi!
Dalam kes ni Wau kena tendang Alif. Baru jadik Ahjussi daa.
No comments:
Post a Comment