Thursday, May 03, 2012

Somtum (2008)


Sawadikap. Pernahkah anda memakan somtam? Ejaan sebenar "somtum" tapi bunyik nya "somtam" ya. Somtam adalah sejenis makanan yang femes di Thailand. Somtam merupakan nama dalam bahse Siam. Nama terjemahan bahse melayu dia oleh Mak Jemah ialah kerabu betik dan nama inglish dia ialah papaya salad. Ambe pernah la jugak terai buat somtam ni tapi tak bape menjadik sebab betik dia separa muda. Dia kena guna betik muda. Muda belia gitu. *Carik yang muda muda tanya haa*

Biasa betik muda ni ambe akan masak lauk bening betik. Guna separuh masak lauk bening, lagi separuh buat somtam. Bila dah tinggal lagi separuh tu, jangka masa nak masak lagi tu akan mengambil masa yang lama, so betik tu pon jadik la tak muda lagi. Tu yang tak menjadik somtam tu. Lepas kita parut betik separa muda tu dia akan jadik lembik dan benyek. Tapi masih boleh di makan lagi la. Tapi rasa dia kureng sikit la. Tak pe lepas ni boleh terai buat somtam lagi sekali.



Somtam yang lazat dan meletop

Sebenaunya nak citer pasal movie Somtum yang ambe nengok semalam di Estero Citra bersempena dengan tayangan free Estero kepada semua pelanggan. Ambe tak de la melanggan Estero Mustika sebab rasa macam buang duit je sebab bukan tengok sangat pon. Terlanjur dah free ni kita pon usha-usha la channel Citra ni. Hujung-hujung nanti citer kat Estero Warna akan masuk ke Estero Prima jugak. Macam Maharaja Lawak yang sekarang sedang ditayang di Estero Prima setiap hari Ahad 9 malam. Tak lama lagi Super Spontan akan datang ke Prima juga. Lambat pon lambat la janji tak bayo lebih. Kalau nak tengok cepat carik je la kat utube.


Nama lain filem ni ialah Muay Thai Giant

Citer Somtum...pehle tum pehle tum tum tum ni mengisahkan sorang mamat salih Australia yang gergasi yang telah berkunjung ke Pattaya Thailand untuk bercuti. Nama beliau ialah Barney. Sampai di Pattaya, Barney telah di rampok dan segala harta benda nya telah dirampas oleh perampok Pattaya. Tinggal la beliau sehelai sepinggang dan berkaki ayam. Beliau pon buat repot kat balai polis dan polis kata depa akan siasat. Barney cakap dia nak paspot dia saja sebab dia nak balik ke kampong halaman dia. 


Sementara nak tunggu siasatan polis, Barney pon membawa diri berlegar-legar di sekitar bandar Pattaya. Di sana beliau telah dipertemukan dengan 2 beradik yang merupakan watak utama dalam ini gambar. Yang kakak bernama Dokya, cempien muay thai pompuan dan si adik bernama Katen, seorang pencopet dan boleh berbahse Inglish lite-lite. So si Katen ni yang jadik tukang terjemah dialog sepanjang Barney menumpang duduk di rumah Katen sampai paspot dia diketemui.
 

Upacara keagamaan sebelum mula pektis muay thai

Apakah kaitan Somtum dalam ini gambar? 

Kaitan dia ialah, Barney telah diperkenalkan dengan somtam oleh keluarga Katen. 

"Kau mesti cuba ini somtam. Sedap tau" kata Katen kepada Barney

"Ye ke? Baik la aku akan makan"

Lepas makan Barney menjadik hulk merah sebab kepedasan. Semasa menjadik hulk beliau tak sedar apa-apa. Habis semua kosi meja, periuk belanga terbang dan punah ranap dek penangan Barney yang kepedasan mahu mencarik air.  

Dipendekkan citer rosaklah gerai somtam mak Katen. 

Barney kata dia akan bayar ganti rugi kerosakan yang dibuat olehnya dalam keadaan yang tidak sengaja sebab kepedasan yang teramat sangat. 

Tapi Barney nak bayo dengan apa? Satu sen pon dia takde. So pakat punya pakat, 2 beradik tu menyuruh Barney masuk pertandingan muay thai yang boleh mendapat wang yang lumayan. Tapi si Barney ni badan saje beso, tapi satu hapa pon tak reti. Maka Dokya pon mengajar la Barney muay thai dengan betul.




Citer ni bergenre komedi dan aksi. Sapa minat aksi gedebak gedebuk saksikan la citer ni sebab dalam citer ni Dokya seorang remaja pompuan sangat terer ber-muay thai. 

Bila melihat Dokya seorang remaja perempuan sangat terer bergasak melawan orang jahat dan menyelamatkan diri dia, tersemat di dalam fikiran ambe Maryam nanti ambe akan hantar ke kelas muay thai atau tomoi ke atau silat ke atau boksing ke untuk mempelajari seni mempertahankan dirik. Selain itu Maryam akan ambe dedahkan menonton filem-filem sebegini. 

Kalu boleh kurangkan la anak-anak menonton rancangan realiti seni yang nyanyi-nyanyi yang melambak-lambak dalam tv tu sebab rancangan itu tidak membantu dalam seni mempertahankan diri. Walaupun seni nyanyi tergolong dalam cabang seni juga. 

Pandangan saya saja.


Owh mamat ni ahli gusti ropanya. Patut la bagak

Sebab saya rasa remaja perempuan sekarang kena terer seni mempertahankan diri. Sebab di negara kita sekarang ramai beno warga asing dari pelbagai genre dan keinginan seks mereka juga bergenre-genre. Dengan warga tempatannya lain kerenah.

Ada yang minat budak-budak.
Ada yang minat remaja.
Ada yang minat mak budak macam orang Nigeria yang taste dia perempuan berusia yang gemok.

Kita fikir buruk je la sebab kita ni manusia biasa kan. Yang baik dah tentu nya datang dari Allah.

Kalau ada lelaki asing yang tidak dikenali cuba membuat sesuatu yang tidak elok pada tubuh badan kita, cepat-cepat terajang orang itu. Terajang dia punya ANU. Tendang kaw kaw taw…baik punyer. Walaupun lelaki itu pakcik sedara, abang sedara, sepupu nak bergesel-gesel mesra dengan kita, cepat-cepat tepis. Waima bapak sendiri, abang sendiri, atok, tok wan pon jangan bagi sentuh diri kita ini. Beritahu siap-siap dekat anak pompuan kita. Cakap haram, haram, haram. Setkan minda dorang begitu. Biar haram sekarang, dari menjadi mangsa lelaki haram zadey di kemudian hari. Mintak dijauhkan Ya Allah.

Sebab sasaran perogol, pencabul sekarang ialah budak-budak / remaja perempuan yang pada hemat mereka golongan ini lemah tidak tahu melawan. Orang dewasa tahu melawan jadik macam dah tak best dah nak kacau.

Sekurang-kurangnya kalau remaja pompuan itu tidak hadiri kelas seni mempertahankan diri, dia dah ada idea macam mana nak elakkan diri melalui menonton filem-filem aksi. Filem aksi yang positif la. Bukan aksi gengster-gengster tu.

*Pakcik elak. Sekali pakcik ketis kakinya, gedebab dia jatuh*

Sekian edisi khas somtam buat harini. 

No comments:

Post a Comment