Wednesday, May 02, 2012

Pertarungan di Balai Seni Negara


Hari Ahad yang lepas kami sekeluarga telah berkunjung ke Balai Seni Lukis Negara yang terletak di Jalan Tun Razak bersebelahan dengan Istana Budaya. Motip kami ke sana ialah untuk melihat pameran lukisan yang sedang berlangsung di sana.

Secara jujurnya saya tidak faham seni lukis-lukis ni terutama nilai nya yang mencecah ribuan ringgit itew. Macam lukisan hasil pelukis ini, ramai rupaya yang sanggup menunggu untuk membeli hasil lukisan beliau. Dan kebanyakan lukisan yang dipamerkan adalah koleksi lukisan orang yang telah membelinya. Balai Seni katanya telah menghubungi para pembeli lukisan beliau untuk dipinjam dan dipamerkan di Balai Seni ini. 

Waima...Sultan Brunei pon ada oder satu lukisan daripada beliau dan lukisan itu ambe ada melihatnya di rumah beliau tapi belom siap lagi. Dan pembeli tegar yang minat beno dengan lukisan beliau katanya ialah Tun Daim Zainuddin.

Mari kita layan gamba pula.

Pameran lukisan itu berjudul PERTARUNGAN sebab gambo yang dilukis oleh pelukis itu semua gambo orang sedang bertarung atau bersilat. Pelukis itu bernama Amron Omar, yang memakai kaca mata. Berasal daripada Kedah. Sekampung dengan ayah cheq ropanya. Orang Sungai Korok. Korok mu korok ku jua....hehehehe




Sewaktu sampai ada sorang brader model ni sedang bertarung tido di tengah ruang lobi di mana para pelukis sibuk untuk melukis gambar beliau dari pelbagai sudut. Encik Amron Omar juga sedang menyiapkan gambar brader yang sedang posing tido itu


Pameran berlangsung di tingkat 3

Pintu masuk belah kiri

Terpampang besar gambo pelukis.

Yang ni pon sibuk nak bertarung, Bertarung la beliau seorang dirik kat situ. Dush dush dusyummm



Pameran berlangsung sehingga bulan Ogos. Sapa yang minat seni seni lukis ni boleh mengunjungi Balai Seni Lukis. Masuk adalah percuma. 

Jika anda pergi ke sana, ada satu koleksi beliau melukis di atas tisu sewaktu sedang duduk ngeteh kat kedai mamak yang telah disimpan oleh beliau sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni lukis. Balai Seni nak beli  setiap satu dengan rege 200 hengget. Yang ni lagi tak paham. Lukis main-main atas kertas pon ada rege daaa...

No comments:

Post a Comment