Monday, June 20, 2011

MNA : Kisah buang air besar


Maryam dah masuk hari ke 82. Lebih kurang 2 bulan lebih. 30hb Jun nanti genap 3 bulan. Senang nak ingat bulan bulan sebab dia lahir 30 Mac. Cuma tambah 1 hari jika bulan tersebut bulan ganjil ada 31 hari.

Semalam pula genap 10 hari Maryam memberakkan diri. 10 hari sekali berak. Aigooo.

Maaf saya menggunakan perkataan 'berak' sebab feel dia real sikit. Hehehe

Kita ke kisah bayi yang tak berak-berak lebih dari sehari. Kalau baca kat internet bayi memang macam tu dia punya trend buang air besar. Ye kan?

Terutama bayi yang 100% minum susu ibu. Sebab susu ibu ni dia cepat hadam, tak de bendasing yang hendak dibuang. Bayi saya tak minum 100% susu ibu. Dah campur. Sebab mula-mula dulu tak de susu. Terpaksa bagi susu formula sebab dia dah melalak-lalak nak minum masa kat spital. Dia punya high pitch kalah Ziana Zen. Hehehe

Tapi hari pertama berjaya bagi dia kolestrum yang kuning tu.

Tapi peratusan bagi susu formula sikit saja berbanding susu ibu. Susu formula stendby je kot-kot stok susu ibu kehabisan lullazi. Ini pun dah buat saya bersyukur sangat, berbanding dengan ibu yang tidak dapat menyusukan bayi mereka sebab tiada susu dan puting buah dada termasuk ke dalam. Tapi ni ada cara nak atasi. U all kena jumpa pakar laktasi sebelum beranak (direkemen bagi anak pertama).

Dah masuk fasa koner baring. Nak meniarap barangkali

Ok kita kembali ke kisah berak dulu. Kisah susu nanti la di lain lembaran.

Kisah bermula bila Maryam dah 3 hari tak berak. Semua orang dah cuak, risau, nebes, takut dan sewaktu dengannya. Maka kita pon bawak la dia pergi klinik. Klinik kanak-kanak kat Seksyen 18 Shah Alam. Dokter kata kembung. Dokter pon bagi lah ubat kembung. Sian anak ku kena paksa makan ubat lagi. Kena cekam dagu dia bagi mulut terbukak lepas tu injek satu kali ubat ke dalam mulut. Dia dah tahu rasa ubat tak sedap. Dia nak muntahkan balik. Sebelum ni pon dia dah penah rasa ubat. Ubat selsema dan ubat demam. Sehari lepas tu dia pon berak.

Lepas tu sambung balik tak berak-berak untuk beberapa hari. Nenek dia dah risau dan pusing kepala. Saya baca info kat internet mengatakan bahwa hal sebegitu adalah normal bagi bayi. Jadi saya tak berapa risau sangat. Janji ada kentut dan kencing. Ikut dia la bila nak berak. Jangan dipaksa berak guna bendalah yang cucuk kat lubang punggung tu. Tapi saya dah penah try jugak buat. Masa tu Maryam sembelit. Najis dia keras. Dah nampak dah najis nak keluar tapi tak terkeluar sebab keras. Terpaksa la ambe meliwat Maryam menggunakan bendalah cucuk kat bontot tu.

Prot prot petut. Najis keras pon tersembul keluar.

Muka sebelum

Kemdian saya bawa Maryam ke spital tempat dia bersalin iaitu di Hospital Bersalin Umra Seksyen 13 Shah Alam. Jumpa dokter pakar kanak-kanak. Dokter Jesse namanya. Ada kaitan dengan Jesse James atau Jesse Labu, tak pasti pulak ambe. Dokter yang jaga Maryam masa kat spital dulu. Dokter bangsa India. Lemah lembut orang nya. Sapa yang beranak kat spital ni akan jupe Dokter Jesse nih.

Dokter Jesse cek-cek pegang-pegang Maryam, tanya itu ini.

"Baby ada nangis tak?"

"Baby ada muntah tak?"


Seme tak de. Lepas tu dia kata baby tak de apa-apa.

"Makcik, saya ajar awak urut dia macam ni lepas minum susu" kata Dokter Jesse kepada mak saya.

Urut kat perut. Kat saraf berak barangkali. Tepi perut belah kanan.

"Saya tak de bagi ubat. Tunggu dia berak saja. Dia ok tak de demam, tak de apa"

Sehari lepas jumpa Dokter Jesse, Maryam berak. Lepas tu sambung balik tak berak-berak sehengga la semalam hari ke 10. Berak dengan meriahnya.



Muka selepas


Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah pengalaman saya selama 82 hari jadik mama Maryam. Ala-ala testimoni gitu. Tapi bukan testimoni nak jual barang MLM ya. Kekeke

1. Berbezaan di antara klinik biasa dengan klinik pakar. Klinik biasa bagi ubat cecair. Manakala klinik atau hospital pakar tak bagi ubat suruh makan. Cuma bagi info dan kata-kata azimat yang dah cukup menenangkan hati warga mas.

2. Menurut sorang misi bidan, kanak-kanak di bawah umur setahun tidak digalakkan makan ubat. Kita mana lah tahu. Ingat sakit bawak le pegi klinik.

3. Ini bukan kali pertama saya mengalami kes klinik biasa vs klinik pakar. Sebelum kes berak ni, saya ada kes selsema. Hidung Maryam tersumbat. Kita saspek dia selsema. Pergi la klinik biasa. Dokter bagi ubat selsema dalam bentuk cecair jugak. Tiada perubahan. Kemdian pegi jumpa Dokter Jesse, cek badan, cek jantung guna steteskop tu, tak de apa-apa jugak. Baby normal. Dokter Jesse suruh beli alat sembur hidung kat farmasi. Air garam katanya.  


"Sembur ke dalam lubang hidung. Nanti itu bijih semua akan keluar sendri."
 
Jumlah bil jumpa dokter RM30 saja. Ubat beli sendiri.

4. Dokter pakar tahu bayi tak perlu dibagi ubat untuk di makan. Dia cuma suruh beli ubat untuk kegunaan luaran sahaja.

5. Moral of the stori, kalau bayi anda (terutama yang pertama) tak sembuh lepas bawak gi klinik biasa, anda bawak la dia pegi klinik pakar.

6. Ianya terbukti berkesan!!!

5 comments:

  1. Anonymous10:50 PM

    bagusnya artikel u.. keep it up!

    ReplyDelete
  2. mmg pun...saye ade baby selsema umur 2 bln...g klinik biase dier bg ubt selsema...tp xok pun.pastu g klinik pakar kanak2, dktr bg ubt sembur dalam lubang hidung...bayi xdigalakkan bg ubt minum lg...hampeh je...sjk tu kalo bayi ade prob, g pakar kanak2 je...

    ReplyDelete
  3. Klu berani.... Baby selesema sedut la hidung dia.... Alhmdulilah baby ok x lm 2.... Letak vick kt dada... Belakang n hidung... Pas 2 bby ok....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,bby belum selsema lg stakat ni. Cuma berak je seminggu sekali. Tq buat artikel psl ni. =)

    ReplyDelete
  5. Hi blh i tau u fully BF ke dh +?..baby i dh 6ari xberak..i dh + susu..

    ReplyDelete