Kembali bersiaran. Sebuah drama yang di nanti-nantikan dengan penuh kasih sayang hahaha. Namun ku sangkakan pasti sedap hingga akhir episode, tapi tergendala separuh jalan kejap sebab macam rimas pulak tengok. Balik balik kot tu jugak. Mungkin sebab jalan citer sebegini dah selalu sangat tengok kot.
*Eiii bikin la jalan citer lain Ramli. Citer ikan mas ke, kumbang terbang ke*
*Eiii bikin la jalan citer lain Ramli. Citer ikan mas ke, kumbang terbang ke*
Nak nak baru lepas tengok Secret Garden. Hero seorang yang kaya raya, seorang bijines man yang sukses jalan tangan masuk kocek dan digeruni ramai, manakala heroin seorang yang meskin dan yang sewaktu dengan nya.
Dan citer-citer kawin kontrak yang lain. Kita layan la kejap.
"Hai annyeong haseyo. Mera nam Hyun Ki Joon. Hotel ni saya lah yang punya. World Hotel" tuan empunya hotel memperkenalkan diri.
"Saya pulak Gong Ah Jung. Saya keje gomen di Kementerian Pelancongan bahagian promosi"
Nape nama dia dekat-dekat nak sama dengan heroin The Greatest Love ek. Dah tengok sampe episod 4
Encik Hyun Ki Joon ini adalah seorang bujang trang tang tang. Walaupun hengsem dan kaya tapi masih belom mendirikan rumah tangga. Belom bertemu jodoh barangkali. Pernah bertunang kemdian putus tunang sebab adik dia pon ada kuch kuch hota hai sama tunang abang dia. Bak kata pepatah, air di cincang tidak akan putus, Ki Joon mengambil keputusan memutuskan petunangan nya sebab dia tamau gado-gado sama adik dia kerana seorang pompuan. Pompuan boleh dicarik tapi adik kandung tiada boleh di carik ganti. Lagi pula dia tidak mahu adik nya meniru peel Ryan Giggs yang ada skandal dengan akak ipar nya nanti. Demi kebahagiaan adik nya, dia rela tak kawin.
Ni masa dia pegi blind date dengan pompuan lain.
"Omo dalam gambo nampak kacak. Tengok live lebih kacak dan ganteng pula" kata wanita itu kepada Ki Joon yang sedang mahu minum kopi tersipu-sipu malu.
Gong Ah Jung ni pula ada kawan-kawan yang kepoci zaman belajar dulu. Seme sebok nak tahu Ah Jung dah kawin ke belom. Kalau dah kawin, kawin dengan sapa. Somi dia keje apa. Kaya ke miskin somi dia dan etc etc. Ah Jung yang fedap dengan kata-kata nonsense kawan-kawan nya lantas beritahu yang dia dah kawin.
Ini pula Hyun Sang Hee, adik Hyun Ki Joon. 1st time tengok dia ni. Tak bape taste lah hehe
Park Hoon yang comey. Sekretari Hyun Ki Joon. Dia ni ada blakon My Fair Lady. Yang mana satu ek? Yang kena belasah dengan heroin tu ke
Dipendekkan citer, Gong Ah Jung tercakap bahawa dia telah berkahwin dengan President World Hotel yak itu Hyun Ki Joon. Gosip ni telah tersebar di seluruh hotel. Ki Joon mau saman Ah Jung sebab buat fitnah terhadap diri nya yang suci belom berkahwin itu
Sedang berdiskusi nak amek loyar mana nak saman Ah Jung. Boleh pulak makan lolipop depan bos. Patut ajak bos skali
"Yeobo, yogiso" Ah Jung sengaja memanggil Ki Joon "yeobo" di depan kawannya yang kepoci itu. Biar kawan dia tahu sapa suami Ah Jung.
"Kau ingat ko sorang ada yeobo" kata Ah Jung di dalam hatinya
Tatapi tindakan Ah Jung itu telah mendatangkan kemarahan Ki Joon
"Ini boleh mendatangkan marah" kata Ki Joon
"Eh jangan marah Ki Joon sshi, nanti kena jual" sampuk sorang peminat Ki Joon yang bernama Mama Maryam (bukan nama sebenar)
Ah Jung susah hati dan sedey dengan nasib dirinya yang tak kawin-kawin itu. Dia menangis depan adik Ki Joon bagaimana dia mahu berstatus "berkahwin" sekarang ini
Ok sapa yang menonton My Love, My Family setiap Sabtu dan Ahad 7 malam di KBS World. Rumah Ki Joon sama dengan umah Ujin oppa. Ambe perasan tang gate tu. Tah-tah umah ni memang untuk syuting drama kot.
Flash back. Ki Joon bersama bekas tunangnya. Saat ni Ki Joon mahu putuskan pertunangan. Close up wajah Ki Joon yang sedey
"Oppa, jawab lah kenapa dikau mahu putuskan pertunangan ini? Adakah aku tidak cukup cun dan comey buat mu? Tang muka aku boleh cocok tang sini, cocok tang situ. Kenapa oppa kenapa? Waeeeeeeeeeee...?" rayu bekas tunang tu sambil melutut depan Ki Joon yang sedang sedey dan gulana
Pada satu hari Ki Joon mencarik Ah Jung nak setelkan masalah. Waktu ni Ah Jung sedang minum kopi di coffee house bersama rakan nya yang kepoci itu. Restoren ni ada jual macaroon la.
Sekarang ni dah trend macaroon orang buat door gift ek. Makin tak saba nak gi kelas macaroon ni.
Ki Joon pula membuat aksi kiyut memanggil Ah Jung.
"Yeobo, na yogiso"
Berdeting la mereka di sini.
"Hey Ah Jung. Kau nak sangat kawin dengan aku kan. Jom kita kawin" kata Ki Joon kepada Ah Jung
"Apaaaaaaaaaaa?Beneran kah ini???!!!
*Gebebushhh*
Ah Jung lantas pingsan terjatuh ke dalam tasik itu.
Kisah pon bersambung...kwang kwang
No comments:
Post a Comment