Tuesday, August 04, 2009

Kkotboda Namja (Versi KL) - Episode 1


Seterusnya di persembahkan drama bersiri edisi khas sempena kedatangan mamat Korea yang bernama Ryan Kwon Dae Hee dari Mokpo, Korea. Makpo terletak di bahagian selatan Korea. Mokpo ni agak jauh dari Seoul. Dan ada satu felem ni berlokasi di Mokpo berjudul Mokpo, Gangster's Paradise

Watak dalam drama edisi khas ni cuma ada 3 orang.

Watak utama lead actor, the only one namja iaitu Ryan Kwon huhu

Watak heroin utama, G'Ja sebagai Honey Lee (Flower 1)

Watak tempelan yang tidak kurang pentingnya, Kang Waiem sebagai Nuna (Flower 2) yang memegang peranan drebar. Nama watak Nuna sebab Nuna dah ada lagu tema iaitu Nuna Song dari penyanyi Korea yang hebat masa kini, Wang Seuk Hyun kekeke

Tajuk drama Kkotboda Namja (Versi KL) atau Boys Over Flowers (KL Version). Kui kui.

Sedikit latar belakang mengenai namja kita, Ryan Kwon. Beliau merupakan kawan kepada G'Ja aka adek kepada Rozie, pembaca blog waiem. Sekarang di Korea sedang summer holiday selama 10 hari. Semasa cuti summer orang-orang Korea pakat keluar negeri untuk ber-vacation setelah kerja macam nak mati setiap hari. Jadi si Ryan telah memilih destinasi Malaysia sebagai tempat coti-coti pada kali ini dan kebetulan dia ada kawan di KL. Beliau bekerja di syarikat Hyundai di bahagian Sales.

Lokasi pertama di KLIA. (Kita tengok dia pakai spek itam ke tak haha) Waktu tengahari. Usha-usha flight dari Hongkong dah sampai belom. Beliau menaiki pesawat dari Incheon Korea ke Hongkong. Transit 8 jam kemudian ke KLIA. Murah sket kalu dari Hongkong banding dari Korea ke KL terus katanya.

"Jangan dia bawak beg beso dah. Tak muat keta Myvi comey ambe karang"

"Dia kata dia bawak satu beg je kak"

Setengah jam berlalu

"Yoboseyo. Ryan, where are you?" Honey membuat panggilan

Cong ceng cong ceng oh dia kena tahan di kastam

"Tah-tah kena tahan sebab bawak soju tak?"

"No, I didn't bring soju"

Wah kagum. Boleh lupa kan soju sebentar




"Annyeong haseyo, Ryan, welcome to Malaysia"

"Honey, what's your friend's name?"

"Oh u can me Nuna" (ahak ahak)

"Nuna??? You are older than me?"

"Neh, geuroseumida (Ya saya)"

("Nuna" atau "Noona" dalam bahasa Korea ialah kakak untuk panggilan adik lelaki. Adik pompuan panggil "Unnie")

Terngiang-ngiang Kidong cakap "Annyeong Nuna" keke

"Kita nak singgah litar Sepang ke tak ni?"

"Macam tak sempat la kak. Kena cek in sebelum kol 3"

"Ok lah terus ke hotel"

Perjalanan dilanjutkan ke Hotel Westin KL. Ryan menikmati keindahan panorama Malaysia disekeliling sambil drebar berhemah tekun memandu. Sampai hotel bilik tak siap lagi. Maka kami melangkah ke bangunan sebelah Pavillion untuk makan tengahari




"Nak makan kat mana kita?"


"Tah"

"Ryan, what do you want to eat?"

"Chinese food"

"Jom la Madam Kwan"

"I follow"



Si Ryan order Nasi Bojari sebab ada ayam goreng. Manakala berdua kami oder kuetiaw goreng. Bila tengok makanan kami ada disertakan lada potong kicap, Ryan pon mau. Kemudian dia curah lada itu seperti gambo di atas.

OMO. Michoso (Giler)

"Kau nak kena buasir ek?"

"Huh, what do you say?"

"I said you are good becos u like to eat a lot of chilis"

Hohoho




Aigoo. Makan lada mengalahkan orang Nogori Sombilan. Kagum-kagum. Ambe pon kalah. Rupanya dia memang suka pedas. Masa dia pergi Indonesia pon dia suka makan pedas.

Aku mahkotakan kau Raja makan cili padi kategori peserta antarabangsa pada tahun ini. Orang Korea pertama yang ambe jumpa makan cili padi seperti makan popcorn. Berbeza dengan ahjussi-ahjussi yang ambe bawak jalan dulu. Mungkin faktor usia kot. Dia ni muda lagi 20-an



Honey meneman Ryan beli kasut. Dalam BOF Junpyo yang belikan kasut untuk Jandi. Tapi versi ni kita bawak dia kat tempat kasut dan dia beli sendiri kekeke

Kemudian dia nak carik sandal. Pi la carik beach sandal. Kebetolan ada sale. Dapat lah murah sikit. Time sale boleh la masuk kedai kat Pavillion. Kalau tak, ambek bau je tengok jenama-jenama branded.



"Ko nak sandal macam mana lagi ni? Aigoo"

4-5 kedai jugak masuk tak de yang dia berkenan

Kita cakap "aigoo" dia gelak. Hahaha



Cek in hotel. Masing-masing ala-ala jakun bila masuk 5 star hotel



Siap beli peta Malaysia kat sana. "Just go" dalam Korea ialah "kenyang ka". Very dia kemelayuan kan. Kita pon cakap "kenyang" in Malay meaning "full". Dalam drama boleh dengo perkataan "kenyang" ni yang bermaksud "just"



Ambe belek-belek, wahh sekolah ku ada enterprem dalam ini peta. Sekolah Menengah Teknik JB huhu



Rokok Summer Seasons. Cun kotak rokok dia. Rasa macam nak try je sebatang apa rasa di sebabkan kotak dia yang cun tu kekeke



Jeng jeng jeng...lawa tak? Suvenir untuk G'Ja

*bek ground lagu Paradise*



Buah cempedak di luar pagar
Buah jambu di dalam gua
Dari Korea hingga ke Kolumpur
Akhirnya kasih termeterai jua

Loket bertukar tangan huhuhu



Belah belakang. Company ni yang buat untuk versi BOF jugak. Harga jangan ditanya. Very derr mahal sebab ni yang high quality punya. Lebih kurang tambang Air Asia pegi balik Manila kot jika convert Ringgit Malaysia. *menten mode makan hati* (Tak pe Nuna nak suvenir lain. Psstt klue Hong Gil Dong "I Love Jihwan" *wink*)

Bagi yang tak tengok drama Korea Boys Over Flowers : Rantai ini telah diberi hero pada heroin dalam
episode 12. Pengaruh TV. Apa hero bagi kat heroin kita pon nak hahaha



Nuna sedang membelek loket dengan penuh asyik. Tak dapat, pegang dan raba jadik lah huhu. Sementara nak tunggu Ryan mandi siap-siap, sempat la aku membuta seround di atas katil hotel 5 bintang. Dah la semalam ngantuk tak cukup layan konsert awan biru. Pagi terus ke KLIA plak



Tengah beri tunjuk ajar ari Isnin nak pergi mana. Ari Senin dua-dua kerja. So dia kena jalan sendiri. Dia sangat berminat nak naik bas. Kami cakap bas awam sini bukan macam Korea. Tak on time. Kita pon guide dia pegi sini, pegi sini yang dekat-dekat dengan hotel


Kemudian pegi Batu Caves. Member gumbira sakan. Lagi gumbira bila dapat tengok monyet.

"Korea don't have monkeys?"

"Yes we have but in the zoo"

Dia kata monyet sini agresif. Dia ada nampak monyet rampas air Coke orang masa dia naik tangga kat atas. Kemain suka haha

"I like this place"

Dia suka pi tempat-tempat macam ni. Kat sini macam-macam jenis monyet ada. Kalau nak tengok monyet naik moto time malam minggu kat jalan raya banyak huhu


Ok bagi rating kendo ke tak? Hahaha. Yang belah kiri abaikan. Asal posing je mesti peace haha. Orang sebelah pon terikut

Oh ya masa makan kat Madam Kwan dia tanya, KL ada tak gerai makan tepi jalan? Sebab restoren macam Madam Kwan ni kat Korea berlambak. Dia nak lain dari kat Korea. Kitorang pon jenuh pikir gerai makan tepi jalan mana.

Seterusnya bersambung makan makan malam di gerai chokia tepi jalan...hehe

Esok bizi satu hari. Lusa cuti pi Kuala Selangor bawak si Ryan nak tengok kelip-kelip. So kita jumpa ari Kamis haa. Tak sempat nak baca blog cingu-cingu. Nanti ambe catch up kemudian ok.

Annyeong!

No comments:

Post a Comment