Sunday, January 11, 2009

Gourmet - Episode 4


Bersambung kembali cite ni hehe


Dalam episod 3 pertandingan memasak untuk mencari juara yang akan mengambil alih pengurusan restoren Un Ahm Jung. Ada 3 pusingan mengikut topik yang berbeza. Pusingan pertama telah dimenangi oleh Chef Lee Sung Chan. Mari kita lihat sapa pula yang menang di dalam pusingan ke dua. Mari kita lihat sapa yang kena...


Juri menerangkan penjagaan peralatan memasak juga penting dan harus dititik beratkan oleh seorang chef. Chef Sung Chan telah dipotong markah sebab mangkuk dia pecah di dalam episode sebelum nya. Aigooo...kasihan


Juri yang ini pula menegur chef sorang lagi sebab idea kreatif dia di dalam masakan merbahaya kepada pelanggan yang makan


Tapi chef ini membeking diri dia mengatakan sebagai chef dia harus kretif mencipta masakan yang baru dan lazat, yang belom kedapatan di pasaran. Chef ini telah mencipta satu sos yang mengandungi racun ikan dengan kuantiti yang sikit. Konon-konon nak lain dari yang lain lah tu. Walaupun sedap tatapi marabahaya


Juri ni pulak kata makanan yang disediakan bukan untuk memuaskan hasrat chef yang masak itu tetapi untuk pastikan pelanggan puas hati dengan hasil masakan kerana pelanggan adalah segalanya. Kastemer adalah raja


Dan pemenang pusingan kedua ini ialah...


Chef yang tongah tu. Chef Bong Joo, hyung (abang) kepada Sung Chan


Pusingan ketiga penentu pemenang


Topik untuk pusingan ketiga ialah ayam. Kena masak masakan ayam yang dihidangkan pada zaman Raja dahulu yang mana tak sorang pun tahu klue rasa macam mana. Sendiri kena buat rujukan dan penyiasatan sendiri


Kemudian juri ini merangkap pemilik restoren Un Ahm Jung ni (juga bapak kepada chef Bong Joo dan Sung Chan) telah membongkar rahasia pada satu hari. Frame gambar di dinding itu merupakan tukang masak istana bersama Raja iaitu moyang Sung Chan. Bong Joo ingat itu adalah atuk dia tetapi bukan sebenarnya. Bong Joo pun kuciwa mendengar nya


Chef Sung Chan menerai test masakan ayam nya


Kemudian ini asisten Sung Chan telah terdengar kedua chef itu mahu memperdajalkan Sung Chan dengan membuang bahan masakan nya. Berita ini disampaikan pada Sung Chan tetapi asisten tu kena lempang dengan Sung Chan sebab Sung Chan tidak percaya jika abangnya sanggup untuk menyingkirkan nya daripada pertandingan itew


Kemudian Sung Chan jumpa abang dia untuk memastikan kesahihan gosip yang asisten dia beritahu dia


Kemudian abang dia yang masih tidak puas hati sebab tukang masak diraja itu bukan atuk dia, telah memberitahu Sung Chan perkara yang sebenar. Kenapa pertandingan masak tu diadakan etc etc etc


Bong Joo speku bahwa bapak dia mahu membantu Sung Chan memenangi pusingan ketiga dengan memilih topik ayam sebab Sung Chan pernah rasa sewaktu dia kecik





"Kemaneh hyunggg"
"Sudah jangan cakap lagi"


Sung Chan merasa amat sedih bila dapat tahu perkara sebenar di sebalik tabir. Dia ingat dia mahu masuk pertandingan masak itu untuk tunjuk skill masak dia. Dengan perasaan kuciwa dan sedih beliau membuang kesemua bahan masakan dan rempah ratus untuk pusingan ketiga di dalam tasik itu. Yang terpelanting tu ialah 'pateware' ya. Haha 'tupperware' lah. Maid indon kawan saya sebut 'pateware'


Keesokan hari nya restoren gempar kerana Sung Chan telah hilang


Sung Chan lari dari rumah dan tidak menyertai pusingan ke tiga kerana dia rasa dia telah kacau daun hasrat abang nya untuk jadi pemilik restoren Un Ahm Jung. Bersambunggg...

*credit subs BON

No comments:

Post a Comment