Ok kali ni kita ribiu 1 episode saja. Selalu 2 in 1. Episode yg ditunggu-tunggu. Sebab bermula episode ni rahsia mulai pecah satu persatu. Semua orang lepas ni meraung tak henggat ala-ala mak mentua kasim selamat "alaaa kasim...ampunkan mak kasim...mak dah tua.." (sambil tarik-tarik rambut) Tiru aksi meraungnya saje. Yang abang tidak dapat menerima kenyataan bahawa adik kesayangan nya adalah anak kandung musuhnya. Yang mak lagi lah sampai pingsan-pingsan. Kesian.
Ada ke orang layan cite ni? Ke ambe sorang saja layan hehe. Saya berminat nak layan cite ni sebab tak penah tengok lagi lakonan "Shin Myung Hun" dan "Lee Dong Wook" itu. "Dong Wook" ada blakon Sad Sonata tapi sampai episode 6 je tengok pas tu tak sambung-sambung. Ala-ala tak mengujakan sangat cite dia kan.
Mari kita layan episode ni yang mana dalam 1 jam macam-macam terjadik. Dibuat dengan teratur. Emosi dengan perasaan berkecamuk. Ahakss. Nama pon drama. Mari kita layannnn.
Di-spital Myung Hun terngiang-ngiang dengan kata-kata Rebecca bahwa Shin Tae Hwan bukan bapak kandungnya. Dia ala bengong kejap. Abis sapa pulak bapak aku sebenarnya?
Myung Hun cakap kat bapak dia, siap mensen nama penuh lagi. Ahaks. Myung Hun bitau dia berada di dalam kereta bersama Rebecca dan kereta kemalangan
Bapak dia pon terus melenting "Apa pasal ko boleh ada dalam keta tu?" Secara tak langsung dapat hint bahawa memang bapak dia merancang pelanggaran kereta itu dan mahu membunuh Rebecca
Kemudian Myung Hun tanya bapak dia "Apa hubungan bapak dengan Rebecca? Mesti ada rahsia yang kitorang semua tak tahu"
"You...made a mistake yesterday"
Sekali Myung Hun plak bidas, "Bapak, sepatutnya bapak tanya lah saya ni ok ke, ko ke, kan saya baru lepas eksiden. Am I really your son?"
Bapak dia jawab "Alaa ko bukan nya cedera terok pon"
Myung Hun tidak puas hati dengan stetmen Rebecca sewaktu dalam keta dan dia pergi spital jumpa Rebecca untuk mensahihkan jawapan itu. Sekali Rebecca menafikan yang dia kata macam tu.
"Kalau kau masih was-was, ko carik jalan ko sendiri" kata Rebecca kpd Myung Hun
Myung Hun yang jiwanya kacau secara senyap-senyap buat DNA test. Masuk bilik bapak dia cari rambut bapak dia. Syampu apa bapak dia pakai, banyak rambut gugur. Hehe
*bekground sound effek guruh berdentum sambung menyambung*
(pinjam bollywood nya kesan bunyik hik)
Pot pet pot pet depa bertekak dan akhirnya Myung Hun membuat satu andaian bahawa anak Shin Tae Hwan telah ditukar dengan anak Lee Ki Chul sebab hanya 2 bayi itu yang lahir pada hari, waktu dan di spital yang sama. Sebab Rebecca nak bunuh anak Shin Tae Hwan pada masa itu dia tak sampai hati, jadi dia tukar saja bayi.
Rebecca kata "Aaa pandai pon kau. Aku tak sangka kau sepandai ini. Bijak-bijak"
"Sekarang kau dah tahu Shin Tae Hwan yang bunuh bapak kau. Apa kau nak buat? Aku tak kisah kau nak hebahkan atau simpan rahsia ini. Dua-dua ok bagi aku. Kita tengok nanti bapak dengan anak berperang (LDW & STH)"
"Sampai Shin Tae Hwan melutut di depan aku" kata Dong Wook dengan garang
Dong Wook pon belah malas nak layan Myung Hun.
Dan Myung Hun berkata "Lee Dong Wook". Sepatutnya dia la Lee Dong Wook yang sebenarnya. Kwang kwang.
*credit WITHS2*
No comments:
Post a Comment