Thursday, January 22, 2009

Berita Sukan : Kaka terkena ilmu hitam?


Kita ke berita sukan sebentar. Berita yang tengah hangit di muka surat belakang akhbar . Berita Kaka penyerang AC Milan disunting ke Manchester City tetapi beliau menolak. Jumlah wang perpindahan adalah sebanyak 100 juta pound sterling. Wow. Donia donia. Meniaga manusia lagi untung lagi meniaga unta. Wow!

Pihak wartawan kami di waiem.beloksepot telah mendapat gosip terkini dari seorang peminat AC Milan. Katanya Kaka telah di-voodo-kan dengan erti kata lain telah disantau kan supaya pembelian Kaka oleh mana-mana kelab bola sepak di atas muka bumi ini tidak sukses. Hati Kaka tetap poreber di AC Milan katanya. Peminat tersebut ada mengirim gambar yang mana menunjukkan Kaka disantau menggunakan jarum peniti



Apakah benar Kaka disantau? Tu elok je tengok. Muka atak sinyumm

Mari kita terjah tanya peminat Kaka yang mahu dirahsiakan identitinya



"Kaka, kalau hang pi EPL, aku lesing hang" kata Mr. X (nama samaran)


"Tolong jangan rakam gambar wa. Wa tak bersalah. Wa cuma mau sampaikan info terkini. Kaka telah disantau menggunakan santau jarum supaya hatinya tidak berbelah bagi dan terus setia bersama Milan. Wa cakap sama lu" kata Mr. Y (bukan nama sebenar) pula



Aigooo sungguh tak bermoral mereka ini. Cocok mencocok.

Jangan tiru aksi ini u ols. Cocok menyocok bukan amalan kita. Kembali lah ke pangkal jalan.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Beli aja jarum baru

Baik lah kita kembali ke seri pentasan.

:D

No comments:

Post a Comment