Friday, November 07, 2008

East of Eden - Episode 9 & 10


Kui kui sambung lagi. Sebab sedang melayan drama ni dengan tekun dan gigih. Masuk Fasa 1/5 dari total episode

Sebelum tu seorang pengomen 'ashie' menulis komen di bawah "Ramainya pelakon. Buat kenduri ke?"

Yes u ols. Drama ni ramai pelakon ala kenduri la gituh bersempena ulangtahun MBC yang ke 47. Mereka beramai-ramai rewang gotong royong menjayakan melodrama action sempena enibesari MBC ni yang mana melibatkan bajet yang besar. Oleh itu i ols rasa drama ni berbaloi la untuk ditonton oleh peminat drama Korea.

Selepas Dong Chul kidnep Grace-se, dia diberitahu supaya membunuh pompuan itew. Dong Chul kemudiannya suruh pompuan tu melarikan dirik


Lari punya lari, Dong Chul tertembak.
"Ahjusshiiiii..." jerit perempuan itu.
Selepas kena tembak ahjusshi pon memakai blusher. Kemain lagik. Hehehe

Scene lain, Mike propos Grace-se tetapi ditolak kerna Grace-se telah syiok sama Dong Chul yang telah meyelamatkan dia dari dibunuh. Nama korea Grace ialah Yong Ran

Kemudian bapa Yong Ran berjumpa dengan Dong Chul untuk ucapkan terima kasih kerana menyelamatkan anak dia. Bapa itu tanya ko nak apa sebagai balasan. Dong Chul kata nak paspot.

Kemudian bapa Yong Ran offer keje kat casino dia dengan syarat jangan curik hati anak dia. Tetapi offer itu telah ditolak oleh Dong Chul kerana dia tidak yakin dapat melaksanakan syarat itu. Lagi pon dia cakap dia selamatkan Yong Ran bukan sebab nak kan habuan. Tersengih-sengih la minah tu bila mendengar kata-kata Dong Chul. Yiehaaa *bek ground muzik kuch kuch hota hey*

Scene lain pulak. Dong Chul dapat tahu musuh dia Shin Tae Hwan juga berada di Macau. Berpakat dengan teman-teman nya, dia mahu menyerang STH. Kasik setel ini malem jugak dendam yang membara

Adegan ni sambung dari Episode 1. Dush dush dush tumbukan demi tumbukan, Dong Chul tidak kesampaian mahu habiskan STH itew. Dia nak blah je, dia pon dilanggar oleh lori yang dipandu oleh kuncu STH. Terpelanting la Dong Chul seperti dalam gambar di atas

Di Korea pulak. Mamat ni yang mahu merobohkan perkampungan Dong Wook. Tetapi tidak berjaya kerana info kedatangan kuncu-kuncunya telah diketahui oleh orang kampung dan orang kampung dengan kerjasama rukun tetangga telah bersiap sedia berjaga mengepung lorong-lorong jalan. Dia tahu siapa yang bocorkan maklumat


Mereka berdua ditangkap. Ji Hyun telah diperangkap untuk membuat akuan bersumpah mengatakan bahawa Dong Wook adalah mastermind yang menghalang kerja-kerja pembangunan gomen

Mak Dong Wook tetap tidak suka Ji Hyun berkawan dengan Dong Wook



Dong Wook mengadu pada abangnya apa yang telah terjadi. "Hyung apa lah dengan nasib aku ini? Kenapaaaa...kenapa akuuu"


Sekali hyung pon cakap "Kau sabar je la Wook, tungguuuuu aku akan pulang tak lama lagi sebab aku dah ada paspot. Kau tunggu jebat...kau tunggu"

"Ye ke hyung? Apa benar apa yang ko cakapkan ni hyung? Cakap lagi sekali. Aigooo"


Mak mamat ni plak bebel kat dia.

"Bak po mu buak Ji Hyun lagu tuh nyo? Mu roghak mu cinto dio. Ma tok aja mu jadik gedebe lagu tuh. Weh laa"

Eh tiba-tiba mak kecek klate plak...ekeke



Selepas tahu Dong Wook telah diperangkap, Dong Chul mahu kerja dengan Tuan President tu dan akan penuhi syarat yang kat atas tadi tu

Task pertama Dong Chul ialah menyamar sebagai sorang peguam dan pergi jumpa dengan sorang fund manager ni. Mike tolong groom sket Dong Chul supaya kelihatan seperti seorang professional

Babak lain pulak. Sebenarnya Ji Hyun dipergunakan untuk membuat akuan bersumpah untuk memperangkap Dong Wook oleh mamat ni


Babak lain pulak, minah ni juga nak selamatkan Dong Wook. Dengan cable yang dia ada, dia mahu mak dia supaya bantu bebaskan Dong Wook sebab dia kasihan dengan Dong Wook yang baik hati itew

Di rumah Myung Hun. Ji Hyun telah dikidnep oleh Myung Hun. Dan seswatuh akan berlaku di sini

"Bichosooo..." kata Ji Hyun. Dia tersangat-sangat gilakan pompuan ni dan kegilaan nya sudah tidak dapat dikawal lagik


"Tikam la aku. Tiada gunanya aku berhidup jika kau tiada disisi ku"

Angin gila sudah marey. Dengan kekasaran Shin Myung Hun telah mengheret Ji Hyun ke dalam kamar. Dannnn....jeng jeng jeng

Saya suka plak watak Shin Myung Hun dalam citer ni u ols

Credit soft subs WITHS2, MBC

No comments:

Post a Comment