Thursday, November 06, 2008

East of Eden - Episode 7 & 8


Sambungan...



Dong Chul dari Macau menelefon kampung untuk mengucapkan tahniah pada Dong Wook kerna berjaya masuk universiti. Perasaan sedih menerpa kedua bradek ini kerna ini lah kali pertama Dong Chul menelefon ke kampung nya

"Hyung, kamu tahu tak saya amat merindui hyung?"


"Ara, ara"
jawab hyung dengan amat sedih sekali

"Ara" bermaksud ya tahu.

Kak Ara nama cekgu tuisyen saya kat Kampung Stulang Baru JB. Garang tau Kak Ara nih. Kalau dia menjerit satu kampung boleh dengar. Tapi disebabkan dia garang student dia menjadi orang. Terima kasih Kak Ara



Orang-orang kampung meraikan kejayaan Dong Wook siap buat banner sepanduk bagai. Mereka tumpang bangga anak kampung mereka menjadi student di Seoul University


Pesta keraian Dong Wook tidak disenangi oleh anak Shin ni. Dia bertambah amaroh bila dapat tahu kekasih hatinya turut menjadi kak nam di dalam majlis itu. Member pon dengan pantas tempah helikopter sebab cepat sikit sampai banding naik keta dan landing di tengah2 padang dengan macho nya ala Datuk SRK dalam pilem Kabi Khusi Kabi Gam part yang kaki dia jejak ke tanah keluar dari heli


Kedatangannya amat tidak disukai oleh buah hati nya sendiri

"Ko apa hal ni datang tanpa diundang. Apa ko ingat ko naik helikopter aku akan cair dan mengikuti kemahuan mu? Berambus ko barambus"
marah buah hati nya


Dengan kekasaran anak Shin menarik buah hatinya balik naik heli. Buah hatinya terjerit² nama Dong Wook dari dalam heli manakala Dong Wook hanya dapat melihat Ji Hyun yang sedang menaiki heli itu dengan ternganga saja sebab dia tiada daya mahu menarik heli tu


Adegan di universiti. Hari pertama Dong Wook mahu mandaftarkan diri telah terjadi rusuhan di U. Ramai yang kena tangkap termasuk Dong Wook yang tidak tahu apa²


Selain Dong Wook aweks ni juga yang merupakan student law disumbat masuk ke dalam penjara.


Episode 7 baru muncul. Min Hye Rin namanya. Identiti masa ni masih rahasia. Anak sapa, asal mana, duduk mana, tatau. Cuma tahu dia student law jugak macam Dong Wook


Dia belajar kerna kesunyian. Mungkin kekurangan kasih sayang lantas bertemu la dengan Dong Wook


Manakala Dong Wook dan Ji Hyun akan mengharung detik² perpisahan. Depa ni saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Chenta pertama katakan


Namun Ji Hyun akan terpisah dengan Dong Wook sebab anak Shin ini giler babas syiok sama Ji Hyun. Bila amma Dong Wook tahu anak Shin ini syiok sama Ji Hyun, amma Dong Wook turut menghalang hubungan Dong Wook sama Ji Hyun sebab dia tamau anak nya terjebak dengan chenta tiga segi emas bersama anak Shin ini.


Di Macau. Dong Chul dan Mike bersobat baik. Nama dia tu Mike. Bukan Mike Tyosn mahupun Mike Krofon tapi Mike Parker. Mike offer Dong Chul berkerja di casino kepunyaan appa nya sebab dia lihat Dong Chul mempunyai x-faktor yang dapat menguntungkan casino nya di Macau


Dan wanita ini bertanya Dong Chul macam mana dia jadi PATI.

"Saya naik bot. Seb bek bot tu tak karam"
kata Dong Chul


Kemdian Dong Chul bertemu dengan plak dengan aweks ni. Aweks ni merupakan buah hati Mike bernama Grace-se. Nanti Grace-se syiok plak sama Dong Chul. Ye lah dia very handsome, kureng kimia la ngn kamu


Grace-se pergi ke rumah Dong Chul. Dong Chul ketika itu sedang menyidai pakaian dan Grace-se ternampak seluar kecik Dong Chul yang sudah lobang² hahaha

"Kalau ko ngorat aku, nanti ko dapat pake sluar dalam emas" kata Grace-se kepada Dong Chul sebab appa Grace-se orang ada-ada dan berpengaruh. Cemana la ropanya sluar dalam emas tu...kekeke

Discene yang lain pula. Bapak Myung Hun mengupah pelacur untuk tido bersama anak nya untuk menjantankan anaknya. Aii cip tak cukup jantan lagi kah Myung Hun. Dan Myung Hun kehilangan terunanya di Macau tanpa kerelaannya. "Women are nothing?". Nanti kau siap. Women² dalam citer ni akan membinasakan kau. Ingat dlm episode 1 nurse iteww akan membalas dendam. Citer ni citer dendam meleret-leret yach


Misi syarikat Tae Sung seterusnya mahu merobohkan penempatan di kawasan umah Dong Wook untuk pembangunan. Syarikat Tae Sung kepunyaan keluarga Shin

Kemudian Dong Chul diupah meng-kidnep Grace-se.

"Sabar sedara sabar. Jangan tembak dulu. Kita menom dulu" kata Dong Chul kepada brader pegang pistol tu

Dan bersambung agaknya...

Credit soft subs WITHS2

No comments:

Post a Comment