Thursday, June 12, 2008

Langkah penjimatan


Langkah penjimatan di opis. Antaranya :


Jangan membazir. Gunakan hingga ke coretan karbon yang terakhir. Harta opis pon tak bole membazir sbb nnti ditakuti bonus terkurang dek kerana pembaziran hehehe

***********************

Salah satu cara jika mahu mengubah cara hidup kita ialah dengan berpuasa saja u ols. Cuba try test. Selang seli puasa. Kalo nak posa seminggu ke, sebulan ke lagi bagus. Bagi perokok lagi save duit kalu puasa sebab kurang hisap rokok.

Kemudian ubah moto makan dalam hidup kita.

Kalau sebelum ni 'hidup untuk makan' sebab orang salu kata tengah badan sihat ni melantak je la. Kang dah terlantar kat spital sakit satu benda tak boleh makan. Nampaknya dah tak relevan lagi pepatah itu. Sekarang kena ubah moto kepada 'makan sekadar untuk hidup' untuk bekerja dan beribadah. Makan sekadar untuk memberi kita tenaga untuk bekerja sementara menunggu ajal kita sampai. Sebab kita kat sini sangat mewah makanan. Cakap la nak makan makanan jenis apa, semua ada. Dan kadang la sampai membazir pon ada.

Atau adakah kita kena sumpah dengan makanan kot sebab membazir. Tadi masa bawak keta terbayang makanan tu dok berdialog

'Tu la korang membazir aku lagi...kan harga barang dah naik..membazir itu amalan syaitan..rasain loh'

Hahaha makanan berdialog plak...cettt

Kan dulu mak kita salu cakap tak baik tak abiskan makan nasik. Nanti nasik nanges. Tah tah nasik2 tu seme menyumpah-nyumpah kita la ni kan

Jadi u ols lepas ni seme makan sampai licin ye. Jangan membazir walau setitis seperti iklan KFC. Pupuk attitude makan sampai licin dan sayang pada makanan kepada anak-anak anda.

Pembaziran makanan paling ketara ialah time bulan puasa. Jadi saya nak menyeru kepada gomen supaya melarang hotel2 seme buat buffet buka posa. Suh depa berehet di bulan puasa.

Hindarkan pembaziran amalan hidup kita.

Sekian tips ubah cara hidup daripada waiem.blogspot.

P/S :

Photobucket
saranghae

No comments:

Post a Comment