Thursday, June 12, 2008

KDrama : Before & After (2008)



Title : Before & After : Plastic Surgery Clinic
Synopsis

Han Geon Soo is the young clinic owner who tries to protect his clinic from being taken over by loan sharks. He tries his best to save the clinic when uncollected loans are passed on to him after his father's sudden death. Choi Yong Woo is a talented doctor who joins the clinic to return his thanks to Geon Soo's father. Yong Woo is someone that often gets into arguments with patients who want to undergo unnecessary plastic surgery. Hong Ki Nam is the nurse who forms a love triangle between the two men. Yoon Seo Jin is the manager who obtained her perfect beauty through plastic surgery.

Total episode : 12

Credit :
DramaWiki , Soompi , WITHS2

Mukadimah

Sekiranya anda mahukan drama yang ringan, lucu, cute, comey, kawaii, comei, chomel, comel lapan lagi tontonlah drama ini.

Kenapa chomel diulang beberapa kali? Kerana watak hero nya sangat chomel dalam citer ni disamping dibantu oleh pelakon pembantu yang tidak kurang chomel juga.

Drama ini berkisar di sebuah klinik plastic surgery. Maka nya anda bole la bayangkan sekarang sebuah klinik dan apa kegiatan rutin yang ada di sebuah klinik dan klinik ini khusus pada plastic surgery atau cosmetic surgery atau pembedahan plastic.

Disamping kegiatan dan urusan rutin di klinik plastic surgery turut diselitkan aksi romantika diamor cinta 3 segi yang comey jugak di antara dokter dan jururawat. Seorang jururawat muda cantik manes telah jatuh cinta pada seorang doctor lelaki yang beza usia 20 tahun tua daripadanya. Pada awalnya jururawat itu mengangka usia dokter itu pasti tidak berapa tua memandangkan wajahnya muda dan kacak. Rupa-rupanya dokter tersebut pakai botox daa. Sebab tu nampak muda 10 tahun.

Manakala sorang lagi dokter lelaki yang muda berasa cemburu kerana beliau tidak dipilih menjadi teman lelaki jururawat itu yang sepatutnya dia la yang layak bergandingan dengan jururawat itu kerana dia lebih tampan, muda, comey dan berwajah asli tanpa botox.

Drama ini adalah sebanyak 12 episode dan setiap episode kes pembedahan atau operasinya adalah berlainan. Dengan kata lain kes pembedahan dalam episode 1 tidak akan bersambung di dalam episode 2 dan seterusnya begitu pada episode-episode yang lain.



Ceritera

Alkisah bermula bila mana bapa dokter Han Geon Soo (lepas ni dikenali sebagai Dr.Han) mati mengejut. Selepas kematian bapa nya, Dr. Han mengetahui bahawa bapa nya telah meminjam sejumlah wang yang banyak daripada agensi kewangan yang kian meningkat popular iaitu Along Bank dengan cagaran klinik plastic surgerinya. Klinik ni bernama Before & After Clinic (lepas ni dikenali sebagai Klinik B& A)

Sebagai seorang anak jantan yang macho lagi maskulin, Dr. Han tidak sanggup menconteng arang di muka bapanya , seorang pakar pembedahan plastic yang terkenal dengan menyerahkan klinik B & A tersebut kepada CEO Along Bank. Dr.Han minta tempoh pembayaran hutang dilanjutkan dan berjanji akan melangsaikan segala pinjaman itu dengan menguruskan klinik B&A bapanya itu sebaik mungkin sehingga mengaut keuntungan yang besar.

Maka bermula la episode Dr. Han mengambil alih segala urusan klinik B&A itu sepenuhnya dan kerja-kerja baik pulih dan promosi klinik dijalankan dengan segera, cekap, pantas lagi efisyen supaya dapat menjana wang untuk membayar hutang.

Tetapi ada satu lagi masalah yang melanda iaitu klinik itu kekurangan dokter pakar. Dr. Han ini sebenarnya ada misteri tersendiri. Walaupun beliau seorang dokter tetapi beliau sudah lama tidak memegang pisau dan bedah orang. Kat rumah nya juga tidak kedapatan pisau kerana pisau-pisau semua telah beliau humban ke gaung sebab beliau sudah phobia dengan pisau.


Hoh pisau???

Kenapa Dr. Han phobia dengan pisau? Mesti ada sebabnya kan. Sebab nya ialah pada suatu ketika dahulu beliau telah tersalah potong kelopak mata pesakitnya dan akibat daripada kesilapannya itu, pesakit itu mengalami kecacatan hodoh di mata seumur hidup. Semenjak dari itu Dr. Han memandang gerun pada pisau bedah juga kaum kerabat pisau yang lain seperti pisau belit (blade?) yg bole lipat 2 itu, pisau potong sayur, pisau stik, pisau gergaji , pisau toreh getah dan lain-lain pisau.

Di dalam klinik itu ada 2 orang jururawat, seorang pegawai pemasaran dan seorang pembantu dokter yang senior. Pembantu dokter ini sudah lama bekerja di klinik itu dan beliau sajes supaya Dr. Han memanggil seorang dokter lulusan universiti perubatan dari Jerman supaya bekerja di klinik itu.

Kenapa dokter dari Jerman itu menjadi pilihan? Kerana dokter dari Jerman ini adalah anak murid kepada bapa Dr. Han dan beliau la yang paling layak bekerja di klinik itu sebagai dokter pakar plastic surgery. Dan dokter ini bernama Choi Yong Woo atau Dr. Choi.

doktor cucuk sendiri botox *dia cocok tang sini...dia cocok tang situ...*



Dr. Choi bersetuju bekerja di klinik itu selepas di pujuk beberapa kali. Namun Dr. Choi ni sering tidak sependapat dengan Dr. Han. Motif Dr. Han bekerja lebih kepada tuntutan material iaitu untuk mandapatkan wang untuk bayar hutang. Setiap pelanggan yang datang ke klinik dia akan pastikan mereka menjalani sekurang-kurangnya 1 pembedahan asalkan boleh bayar interest loan yang makin hari makin mencanak tumbuh. Manakala motif Dr. Choi bekerja pula adalah untuk aplikasikan ilmu surgery yang dia dah belajar di samping memberi kaunseling kesihatan pada pelanggan sebelum pembedahan dijalankan. Kadang kala nasihat dia agak keras juga hingga ada menyebabkan pelanggan-pelanggan lari sebab Dr. Choi ini sseorang yang ego dan tidak mesra alam.

Contoh seperti berikut :
Contoh 1
Dua orang wanita gemuk datang ke klinik dan mahu menjalani pembedahan surgery. Dia mahu modified wajah dia supaya kelihatan seperti wajah Song Hye Gyo (heroin Full House)

Dalam fikiran Dr. Han sudah buat calculation duit bakal masuk : 'Eye lid surgery, nose surgery, chin surgery, lipo suction bla bla bla...total 200 million Won. Yipieee pakcik kayo' sambil tersenyum girang

Dalam fikiran Dr. Choi pula :
'Ko macam gajah ada hati nak jadi macam Song Hye Gyo. Andey. Andey. Tak sesuai. Merbahaya nak modify semua'
Seperti scene di bawah ini


'Elephants are a species of their own, just because you cut the nose and lose some weight, do you become a zebra?'

gajah nak tuko jadi zebra ekekekeke



Contoh 2
Seorang artis wanita baru datang ke klinik. Yang ni nak buat breast surgery. Nak Cup D hehe

Dr. Han : 'Ok no problem. Sekarang ni kita silicon terbaru berkualiti tinggi. Di jamin oleh lever brothers'

Dr. Choi :
'Dengan susuk badan awak yang kurus, awak tak boleh Cup D sebab nanti bahu tak dapat memikul beban bla bla bla. Breast besar tidak sesuai dengan awak. Saya minta awak timbang kan semula hasrat awak nak Cup D'
Ada satu lagi part kelakar mengenai Dr. Choi. Disebabkan beliau lama dok belajar kat Jerman, beliau tidak tahu akan gossip-gossip hiburan di Korea. Sebab kebanyakan wanita yang datang seme nak buat wajah iras Song Hye Gyo tetapi Dr. Choi tidak kenal sapa Song Hye Gyo.

Itu la dia serba sedikit penceritaan mengenai drama ini. Drama ni genre komedi. Tapi malangnya ending nya adalah open ending. Mencik lah.

Mari kita lihat pelakon nya pula :




Lee Jin Wook as Han Geon Soo

Dr. Han yang comey


Kim Sung Min as Choi Yong Woo

Dr. Choi yang kool. Dr. Choi ini juga seorang yang misteri. Beliau terpaksa suntik botox setiap bulan sebab dulu dia ada menjalankan operesen ketumbuhan dimuka dan bagi menegangkan kulit muka nya dia terpaksa suntik botox. Pernah berkahwin dan bercerai. Selepas bercerai karekter dia berubah menjadi tidak mesra alam


So Yi Hyun as as Hong Ki Nam

Sebagai Nurse Hong. Dia chenta sama Dr. Choi manakala Dr. Han pula minat sama dia tapi Nurse Hong tidak suka sama Dr. Han kerana Dr. Han kebudak-budakan berbanding Dr. Choi.


Jung Ae Yun as Yoon Seo Jin

Sebagai Manager Yoon. Tulang belakang klinik B & A sebab dia dah lama keje situ. Syiok plak kat Dr. Han.


Hong Ji Min as Yang Jung Soon

Ni pula Nurse Yang. Pertama kali saya rasa actress Korea montel diberi watak yang tak kurang penting nya. Biasa nya seme yg body slim-slim river gitu yang akan ditonjolkan diberi keutaamaan. Yang montel cute debab biasanya akan pegang watak kecik-kecik je kan.


Dokter senior
Beza pasangan 20 tahunPart ni juga melucukan. Nurse Hong membuat perbandingan usia 20 tahun antara dia dan Dr. Choi. Saya tingat pada seorang penyanyi popular kita yang jarak usia dia dengan suami dia juga 20 tahun kan hiks








Jenis-jenis pembedahan plastic. Antaranya :


Yang paling popular




Ni pasangan kekasih. Depa request samada yang wajah yg muda dituakan atau yang tua di mudakan supaya nampak sherasi bila bergandingan di atas pelamin ahaks


Yang ni paling lawak. Nak lembutkan air muka haha


OST


Pelbagai melodi dan muzik boleh kedengaran.



Penutup
Pembedahan plastik atau dengan kata lain mengubah ciptaan Tuhan sekarang nampaknya sudah menular di masyakat Islam jua. Arakian nya...(nanti sambung)

No comments:

Post a Comment