Friday, February 09, 2007

KDrama : Hwang Ji Yi (2006)



Synopsis

The story of Hwang Jin-i , the famous 16th century Gisaeng

This story sheds new light on the life of Joseon-era dancer, musician and poet Hwang Jin Yi, who made her art blossom even when her love was put to test. The series also depicts the tragic life of a woman who faces hardships due to her social status. The drama drew the spotlight even before its premiere because Hwang Jin Yi is portrayed by top actress Ha Ji Won. Meanwhile, Wang Bit Na portrays another prominent dancer of the same era who is jealous of Hwang Jin Yi’s artistic talent.

The role of nobleman Kim Eun Ho, Hwang Jin Yi’s first love who dies because their love turns out unrealistic due to differences in their social status, is played by Jang Geun Suk, while king’s relative Byuk Kye Soo, who becomes addicted to Hwang Jin Yi but fails to win her heart, is played by Yoo Tae Jun. Actor Lee Shi Hwan portrays Yi Saeng, an ambivalent character who is neither Hwang Jin Yi’s lover nor friend. Kim Young Ae plays the role of dancing girls’ trainer, while Kim Bo Yeon portrays her rival, Mae-hyang. The role of dancer Heon-keum, Hwang Jin Yi's mother who gave birth to her as a result of her belief that love only comes once in a lifetime, is portrayed by Jun Mi Sun.




Starring : Ha Ji Won
, Kim Jae Won , Yoo Tae Joon , Jang Geun Suk
Total episode : 24

Credit : DramaWiki ,
KoreanWiz , KBS-Photos



Kalau baca pada synopsis di atas nama Kim Jae Won tak de kan. Macam dia bukan watak utama plak. Ya sahabat-sahabat sekalian dia adalah watak utama tapi hanya muncol pada epsiod ke 10 yach hehe

Kiranya ni salah satu drama period hebat yang ditunggu-tunggu kemunculannya oleh peminat drama Korea. Mungkin anda tak tunggu, tapi saya tunggu hehe. Ada 2 versi drama dan filem. Versi filem watak Hwang Ji Yi akan di pegang oleh Song Hye Kyo iaitu heroin Full House.

Dvd ni dibeli di Jakarta, makanya sabtaitel nya dalam bahse Indon la gitu kok.

Citer mengisahkan kisah benar kehidupan 'wanita penghibur' yang bernama Hwang Ji Yi atau Hwang Jin-I yang berlaku sekitar tahun 1520. Citer dari dia kecik sampai remaja membawak ke alam perkahwinan kemdian bercerai dan akhirnya memilih kerjaya sebagai penari dari memilih hidup berkeluarga di akhir cerita. Mek citer short-short je la ek. Kalau nak tahu lebih details mengenai Hwang Ji Yi boleh la baca di sini


 


Menonton drama sebegini memerlukan kesabaran yang tinggi ye sebab dia bergerak dengan slow and steady hehe. Dialog dia pon di luah kan secara bertata tertib dan sopan santun. Sapa yang minat menonton drama macam ni, bagus untuk anda. Sapa yang tidak berminat, saya akan bagi beberapa sebab mengapa anda harus menonton drama ini.

Pertama, sebab lakonan mantap pelakon utama dia iaitu Ha Ji Won. Boleh dilihat dia sangat bekerja keras untuk melakonkan watak ini dengan begitu baik sekali. Dia kena menari sebagaimana penari jaman dulu menari ala nari inang gitu lemah longlai berbudi bahasa gitu dan bermain alat muzik tradisional. Sabtaitel tulis alat muzik kecapi. Setiap tarian ada tema iaitu tarian bangau, tarian pedang, tarian gendang dan akhir sekali tarian suka hati yang tak de tema haha

Kedua nya, drama ni veri de kalerful dek kaler pakaian depa yang pelbagai warna. Laris kedai kain yang dapat tender buat pakaian tok drama ni. Dan juga perusahaan dobi dry clean laku hehehe

Ketiganya, lokasi juga sangat menarik dan kemra begitu indah merakam shot-shot yang menarik. Anda pasti terkasima.

Keempatnya, boleh tengok rambut pelesu sepikul yang dipakai oleh setiap pelakon hahaha. Sampai sakit tengkok para pelakon memakainya.

Kelimanya, OST dia juga menarik. Hwang Jin Yi OST Playlist

Sekarang mari kita lihat para pelakonnya :

Ha Ji Won sebagai Hwang Ji Yi

Mak dia merupakan seorang penari. Kemana tumpah nya kuah kalu tak ke nasi. Maka bakat seni mak dia telah jatuh pada Hwang Ji Yi. Sewaktu kecil Ji Yi di tempatkan di kuil buddha sebab Ji Yi lahir tanpa bapak. Di sebab kan mak dia tak mahu Ji Yi ikut jejak langkah nya maka Ji Yi dihantar ke kuil. Seb bek mak dia tak buang bayi bersepah-sepah. Kemdian satu hari Ji Yi telah menyaksikan sabuah persembahan tarian di pasar dan cuba ikuti step tarian itu dan ternampak oleh seorang guru trarian. Lantas ada seorang guru tari terpikat pada bakat tarian Ji Yi dan mengundang Yi Ji untuk sertai akademi tarian mereka. Di situ Ji Yi di didik untuk menjadi penari dan pemain alat muzik yang berkaliber.

Bila dah digelar wanita penghibur mereka berada di dalam kasta yang paling rendah. Tak setaraf la dengan orang awam yang lain. Kebahagian mereka adalah penderitaan. Walaupun derita mereka kena bersenyum jugak. Walaupun mereka ada berhajat nak hidup seperti orang lain tapi keadaan tidak mengizinkan selepas mereka memilih untuk jadi wanita penghibur. Berkahwin tidak bole tapi berzinah bole. Jika dapat mengandungkan anak dari golongan atasan atau kerabat diraja, mereka begitu gumbira sekali. Alkisahnya.

Jang Geun Suk sebagai Kim Eun Ho

Chentar pertama Ji Yi. Mendapat tentangan keluarga Eun Ho sebab Ji Yi berada dalam kasta yang berlainan. Hubungan cinta terhalang hingga membawa maut. Betul punya cinta agung ni. Tengok muka mcm budak baru abis skolah. Tak berapa padan sangat ngn Yi Ji. Seb bek dia mati hahaha


Kim Jae Won sebagai Kim Jung han

Chentar ke dua Ji Yi. Hanya muncul pada episode 10 yach. Jenuh nak tunggu dia keluar hehe. Seorang yang berjawatan tinggi dalam istana. Ditugaskan membuat thesis mengenai seni oleh pihak istana. Masa buat thesis ni berjumpa dengan Ji Yi dan jatuh chentar. However chentar bertepok sebelah tangan sebab Ji Yi sudah tiada napsu untuk bercinta dek kerna cinta pertama nya gagal di tengah episode. Cuba jugak mengorat Ji Yi dan berjaya namun diakhirnya mereka tidak bersama sebab Ji Yi memilih untuk jadi wanita penghibur seumur hidup. Sekali lagi cinta Ji Yi terputus di tengah jalan. Itu batu besar ada duduk dalam kepala Ji Yi tau.


Ni cekgu pertama Ji Yi yang bettanggungjawab membawa Ji Yi ke arena seni tarian. Nanti dia bunuh diri sebab nak selamatkan Ji Yi dari menjadik gundik kerabat istana. Bila dia mati seme meroyan.


 

Yang ni plak cekgu tarian ke dua. Lihat berapa besarr daa rambut dia hehe Dia ngn cekgu pertama adalah bekas best fren. Jadik musuh sebab nak merebut tahta cekgu paling popular kat dalam akademi tarian. Tapi nanti cekgu pertama mati, dia tak rasa hepi malah nak bunuh diri jugak sebab tiada maknanya meneruskan hidup dalam arena seni tarian tanpa pesaing. Macam tu plak gamak nya

Dan ramai lagi pelakon-pelakon extra lain yang turut menjayakan drama ini

Kesimpulan nya, sebuah drama yang sangat cantik dan menarik untuk di tonton. Dalam citer ni mengajar kita usaha keras dan gigih pasti temui kejayaan. Aja aja fighting hahahaha

Baca mengenai :

No comments:

Post a Comment