Thursday, February 08, 2007

Filem : Ghost Cinderella (2006)



Synopsis

Though having never once in her life seen her father, Hyun-soo has never felt his absense, as there is a perfect mother for her. Her mother is also a renowned plastic surgeon, so she is never lonely, surrounded by girls who want beauty consultations from her mother. But her happiness comes to an end as her friends who have received facial surgery from her mother start to commit mysterious suicides by cutting out their faces. She also starts to feel that there is someone else in the house where she lives alone with her mother. One day, she discovers a hidden basement and there, she comes to find a secret from her past, which will bring great turmoil to mother and daughter.

Cast : Do Ji Won, Sin Se Kyeoung

Director : Boo Man Dae

Website

Pemberitahuan : Ada spoiler dalam ulasan ini. Kalau anda berhajat nak tengok citer ni jangan teruskan baca dulu.

Terjemahan tajuk citer ni ialah 'Hantu Peragut Wajah'. Biasa kita dengar peragut henbeg jua henpon. Kali ni peragut wajah. Hati-hati sapa yg ada wajah yang cantik nanti kena ragut dek hantu hehehe

Selepas menyaksikan citer ni anda ter-pause kejap, memerlukan beberapa minit untuk re-call balik keseluruhan jalan citer kemdian baru leh komen pasal citer ni dengan kawan sebelah.

Bila keluar panggung tersengih sesama sendiri dan akan berkata 'kejap aku nak pikir balik' sebab citer ini mengundang konpius sket

Citer ni elemen seram dia cukup rasa dan ditambah dengan beberapa adegan ngeri iaitu mengelar muka dengan pisau dan objek tajam. Pada saya adegan sebegini ngeri dan ngilu. Kalau bab hantu saja tak pe lagi. Ni sampai mencederakan tubuh badan, mek loya u ols hehehe

Sapa nak tengok citer seram, ngilu dan sedih, tonton la citer ni. Salah sebuah citer seram yang di olah dengan best pada saya.

Citer ni jua meneruskan tradisi dalam kebanyakan citer seram selain hantu pompuan berambut panjang, jalan merangkak-rangkak, tradisi stereotype seterusnya ialah ada sebuah bilik larangan. Dah boleh agak pasti ada misteri umah tua dalam bilik tu.


Citer mengenai kehidupan seorang dokter pompuan pakar pembedahan plastik di Korea. Dokter ini juga ibu tunggal kepada seorang anak gadis yang cantik. Anak gadis dokter tersebut mempunyai ramai kawan yang berminat nak buat pembedahan plastik. Maka nya gadis tersebut pon rekemen la mak dia. Selepas membuat pembedahan, sorang demi sorang kawan dia akan meracau dan mengelar muka mereka dengan objek tajam hingga mati.

Ini menambahkan moskel pada gadis tersebut sebab sebelum mati sorang kawan dia bilang 'ini semua mak kau punya pasal'. Maka gadis tersebut pon mempunyai rasa ingin tahu yang meluap-luap lantas masuk ke dalam bilik larangan yang terdapat di bawah rumah mereka. Sewaktu dia kecil, mak dia melarang keras dia mendekati bilik tersebut.

Bila masuk ke dalam bilik tersebut dia menjumpai sekeping gambar budak yang muka dia melecur akibat kebakaran dan tertulis nama dia Hyunsu. Dan terungkai la sedikit demi sedikit misteri umah tua.

Flash back punya flash back di dapati bahawa dokter tersebut mengalami jiwa kacau kerana anak pompuan dia terbakar muka sewaktu dalam kereta. Air kering ke enjin terlampau panas gaknya lantas kereta meletop. Kemdian dokter tersebut pi berdoa di gereja dan terjumpa sorang budak baya anak dia yg sedang mancari mak juga lantas dengan senyap² dia kidnep budak itu. Maka budak itu jadi anak angkat dia lah.

Kemdian dia operate muka anak angkat dia jadik sejibik mcm muka anak dia yang terbakar itu. Kemdian anak sebenarnya di kurung dalam bilik bawah umah dan kamdian anak dia bunuh diri sebab mak dia mungkir janji. Mak dia janji nak plastik surjeri kan muka dia tapi mak dia tidak mengotakan janjinya dan lebih menyedihkan dia, mak dia lebih bagi tumpuan bagi anak angkat nya. Anak angkat itu di tatang bagai minyak yang penuh sedangkan diri nya umpama melukut di tepian gantang sebab muka tak lawa walaupun dia anak sebenar kepada ibu itu.

* bek ground muzik bukan ku pinta lahir ke dunia...tidak ku pinta cacat begini...*

Ending dia agak menyedihkan.

Especially part 'Mak, jangan bunuh aku. Aku anak mak' kata anak angkat nya sambil menggenggam tangan mak nya. Mak dia nak cabut 'topeng' muka anak angkat dia dengan menoreh dan nak letak kat muka anak sebenar dia plak. Gilo punya mak.

Itu la kisahnya seorang mak Cinderella yang gilo dan sakit jiwa.

Moral of the stori, pembedahan plastik membahayakan kehidupan anda. Bersyukur la dengan kejadian yang dianugerahkan oleh Nya. Anda rasa anda tak lawa, ada juga orang lain yang tak berapa lawa dari anda malahan ada juga yang lebih tidak bernasib baik yang tidak sempurna anggota tubuh badannya. Kenapa tidak kita 'plastik surgerikan' perangai dalaman kita, peel, kelakuan kita yang tak berapa elok supaya berubah menjadi lebih elok. Walaupun muka buruk tapi perangai elok, tau hormati orang, akan elok dan lawa jadi nya. Bersama la kita membina pemikiran yang positif demi ke arah masyarakat yang cantik budi pekerti, cemerlang, gemilang dan bukan temberang. Sekian saja madah berhelah poyo saya untuk kali ini. Kita jumpa lagi di lain waktu. Majulah citer seram untuk negara...hehehe Coming soon banyak citer seram tempatan akan muncul. Tak saba nak nonton.

P/S : Nanti kan seterusnya kisah Hantu Jeruk Purut. Adakah hantu tersebut masa hidupnya mengidam nak makan jeruk limau purut tapi tak kesampaian? Atau adakah hantu tersebut cemburu tak boleh tengok orang makan jeruk lantas akan mengganggu orang yang makan jeruk itu? Haha. Saksikan citer nya di pawagam berdekatan dengan anda. Smlm wayangthon layan cite hantu. Seb bek tido tak ngigau hantu huhuhu

No comments:

Post a Comment