‘Mina’ young little girl waiting for her mother to pick her up who finally doesn’t show up. So. Mina, now teary eyed, decides to make her own way back home even not know which direction should go, or which bus to take. And seems like no one would realize this problem. But about half-way through, Mina as the actress screaming “I don’t want to act anymore" and storming off the set. However the film continues where it left off, as this girl trying to get home for real, which like the “mirror” reflects the real world is entirely similar to the film. (as per belakang kulit DVD)
Director : Jafar Panahi
Starring : Mina
Sebelum ni saya ada moskel gimana plakon kanak² ni blakon. Ginama mereka amek mood, tak bual hal kat lokasi ka dan sebagai nya. Kebetolan citer ni plakon utamanya yang merupakan kanak² telah membuat hal kat lokasi. Separuh jalan tammo blakon dah hahaha. Jenuh krew ² pujuk tak menjadi jugak. Citer ni saya beli sewaktu jalan-jalan cari cd di Hatyai tempohari.
Jalan citer dia veri de simple pasal budak sekolah lebih kurang dalam derjah 1 yang sesat sewaktu nak balik umah sendiri selepas mak dia tak datang jemput dia kat skolah. Kemdian dia dengan terpaksa mencari jalan pulang ke umah. Alamat umah dia tak ingat. Dia men agak² je land mark nak balik umah dia. Sepanjang perjalanan nak balik umah dia berjumpa dengan pelbagai manusia.
Lokasi penggambaran dia bertumpu di bandar Tehran, Iran. Kita boleh lihat betapa sibuknya jalan raya Tehran dengan motokar² yg sesak cam kat KL persis nya. Motokar² depa pun kelihatan daif. Kalau kat KL org dah tak pakai dah kete cam tu kot dalam tahun 1997. Mcm keta Haji Bakhil daa hahaha Yang menarik perhatian saya ruang bas awam depa berbahagi kepada dua. Ruang lelaki dan perempuan tidak bercampur. Ini patut di contoh oleh Mesia sebagai satu langkah bagi mengelak gejala social, kalau berminat nak choba elak la. Kalau dah naik bas, komuter, lrt berimpit² mcm nasik impit antara lelaki dan perempuan, boleh tersentuh seswatuh kekadang tu kan u ols...:P
Mina yg kasihan 'patah tangan yg fake' hehe
Mengisahkan Mina pelajar skolah rendah di Tehran. Tangan Mina belah kiri patah dan diikat simen. Lepas skola dia tunggu mak dia datang mengambilnya. Tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak timbul² eh silap...tunggu punya tunggu mak dia tak datang gak jemput dia. Kawan² dia yg lain seme dah balik. Kemdian dia telefon umah dia tak de org jawab. Kemdian ada sorang kawan cekgu kat skola volunteer nak hantar dia balik umah naik Vespa. Sekerat jalan Mina suh benti kat bus stop sebab dia mau naik bas. Dia bilang tiap hari dia naik bas dengan mak dia kat situ. Tetengah jalan dalam bas dia menjerit suruh benti sebab ternampak kelibat mak dia. Rupa nya bukan. Dia naik bas lain plak. Bas ni sampai ke terminal bas yg terakhir, tak sampai jugak umah dia. Kemdian dia naik bas lain dengan bantuan drebar bas.
Semasa dalam bas ketiga di terminal, Mina naik bas berdiri kat depan dan pandang kemra. Kemdian tetiba naik angin cakap 'saya tak mau blakon lagi' terus bukak tudung, bukak balutan simen segalak dan turun bas. Terkejut mek tengok seraya berkata eh pehal lak budak ni tetiba kata tanak blakon. Ni betol² ke chobaan...muahahahaha. Ternyata betol dia tamau blakon lagi. Direkter, assisten direkter kemdian pujuk berkali tapi tak berjaya. Ternyata Mina dan penat dan fedap blakon kot.
Ada sorg abg drebar bas pon cuba pujuk sambil berkata (setelah di alih bahse ditokok tambah hehe)
'Mina ente teruskan blakon la Mina...kalu ente tak mahu sambung blakon nanti penggambaran terpaksa dihenti...nanti abang tak dapat bayaran...raya pon dah nak dekat ni Mina...tolong la Mina...Minaaaa...alaaaa Minaaa'
Namun Mina tak mau teruskan blakon jugak. Tuan ditektor bilang tak pe terusan shooting tapi jangan cabut mikropon kat Mina.
Maka bermula lah bahagian kedua dalam filem. Jalan citer yg sebenar bukan lakonan lagi. Jalan citer Mina yg sesat nak balik umah. Kemra terusan ikut ke mana saja Mina pegi dari jauh hingga la sampai ke umah Mina. Sampai umah pengarah suh pujuk Mina lagi suh blakon. Dia tanak jugak. Alasan Mina bagi sebab tak teruskan berlakon pengarah asek suruh dia menangis. Nanti dia malu ngn kawan² dia kat skolah hahaha.
The Mirror membawa maksud refleksi 'citer sebenar' dan 'lakonan'.
Citer Iran kalau anda tengok citernya slow motion dan simple, tak brape gah juga tak semenggah tapi penuh jiwa dan emosi. Lakonan Mina mantap dengan suara kiyut nya yang serak² nyaring basah dan kita boleh selami perasaan seorang kanak² yg sesat di tengah bandar besar dan boleh mengingatkan anda ke zaman kanak² yg anda pernah tersesat. Tapi kalu dah tua sesatbarat gak tatau ana mau bilang afa lah muahahaha
No comments:
Post a Comment