Friday, September 29, 2006

Rapatkan saf


Hari ini saya mahu meluahkan perasaan tentang perihal rapatkan saf semasa bersolat jemaah. Tiap kali saya bersolat jemaah perkara ni akan menyedihkan saya melihatkan masih ada individu² yang tidak mempedulikan adab bersolat jemaah.

Semalam terjadi di masjid saya bersolat terawih (ekceli akan berlaku kat mana² tmpt diadakan solat jemaah) Tinggal 2 saf lepas rakaat ke 8. Saf yg kedua ada 4 orang Hamba Allah ni tak mahu berganjak penuhkan saf. 4 ketul dia la teruskan solat jemaah sendiri. Tidak boleh bagi alasan tidak tahu sebab sebelum memulakan solat terawih imam dah bagi peringatan selepas 8 rakaat terawih sila betulkan saf sebab ada yg buat 8 rakaat dan keluar saf dan saf² akan kelihatan rongak. Point tanda sebagai petunjuk imam kata ikut barisan imam di tengah kemudian siapa yg dok kiri dan kanan sila ke tengah bagi merapatkan dan memenuhkan saf.

Saya kira alasan dia malas dan dia tiada rasa tanggungjawab langsung juga pentingkan diri sendiri. Atau mungkin kalau dia bergerak merapatkan saf di tengah dia kena serangan jantung po, atau kaki dia patah mungkin alasan² tersebut boleh diterima.

Satu je kesimpulan yg boleh dibuat. Sedangkan dalam umah Allah sendiri diwaktu mengadap Penciptanya ada umat Islam yg tidak mahu bersatu. Apatah lagi diluar rumah Allah. Jadi jangan salahkan orang lain kalu umat Islam di tindas dan sebagainya. Hanya diri sendiri yg perlu disalahkan. Mek sedih u ols.

Jadi saya mohon kepada mereka yg mengerjakan solat berjemaah sila la penuhkan dan rapatkan saf anda. Saf makmum lelaki saya tak tahu mcm mana tapi sokmo tengok mcm ok. Makmum perempuan ni ada degil sket. Umpama ada batu besar duduk dalam iteww kepala. Ada juga yg tanak naik ke saf depan selepas diajak mungkin takut akan terpisah ngn kawan dia. Alahai...tak tahu nak kato po.

Waullahualam.

No comments:

Post a Comment