Monday, March 06, 2006

Hatyai Menjerit


Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dengan aman.

Shopping tak henggat minyak dah naik 30 sen hehehe :P

Best pegi ngn tim yang sekepala. Yang tak best pon jadik best. Sebab ada orang kata orang pompuan nak pi Hatyai? Ada pe kat Hadyai? Tak de pe pon Hatyai, cuma nak get together sama geng PFS yang dah cam famili. Dengan ini boleh mengeratkan lagi silaturrahim yg sedia ada. Ni pes taim kita pi trip jauh beramai² dalam 4 tahun ek?

Hari pertama ke Nora Plaza (oo Vad tak bitau Nora ada plaza...idak leh dapat manyak diskaun hahah), Padang Besa, Pulau Yo (terdapat jembatan terpanjang di Siam tanpa tol), Pantai Samila Songkhla (pantai ikan duyung), Pasar Malam terpanjang di Hatyai, karaoke dan cabutan nombor bertuah.

Hari kedua ke Pasar tempat shopping tak henggat doniya boleh bengkrapsi pi sana bagi kaum 'makcik' (makcik2 yg mengambil bahagian lam misi kali ni ialah makcik emkop mall, makcik praapp stret ngn makcik bursa mesia :P huhuhu), pi body massage 2 jam 24 hengget...murah giler nak mamfus, pi kedai Thai silk (makcik bursa mesia borong sakan yeww sbb tema baju raya taun ni kaler meron). Malam menyaksikan persembahan 'kebudayaan' di Hansa Club (Lan berpeluh² posing tangkap gambo huhuhu) *tulen banggg* Kemdian ke Pasaraya Big Center dengan tag line 'cuma jalan² tengok je bukan nak beli apa pon...dah cukup dah membeli kat pasar siang tadi.' Hambek ko tag line dia sket nyer panjang muahahaha. Keluar Big Center ada makcik yang 'terbeli' henbeg 3, 5 lai seluar ala pareo dan lain² yang pada awalnya kata tanak beli *salahkan driver tut tut iteww* hahaha. Kemdian balik otel tok sesi sembang cum party pulut durian sama pulut mangga. Perkara berbangkit siaran pilem di chanel AV ngn citer 'Taksin' (almaklum nak pilihanraya) Puak Taksin telah menghalang 30% dari kejayaan misi kali ni...kui kui kui...disamping citer bangsa Taksin :P

Hari ketiga...muahahaha gelak dulu. 2 dari geng makcik awal pagi sesudah suboh dah bangun nak pi Pasar lagik (sbb nak bertolak balik KL jam 11 pagi) Maseh belom komplit barang yg ada hahah (aku rasa kalu boleh dengan bangunan pasar tu nak bawak balik KL hohoho) Aku dok kat bilik kemas beg ngn layan Oscar kat ntv7 sbb wang Bhat sudah kehabisan lul lazi hehe

Moral of the stori, utk kaum makcik kalu pi Hatyai tak cukup 3 ari. Kurang² dok sana 1 minggu dengan bawak 2-3 karung wang mas. Tok kaum pakcik depa mungkin 'shopping' kat tempat lain kots. Kena tanya kaum pakcik yg besa pi sana mana tempat 'shopping' yg best kat Hatyai. Jangan bawak pulang 'penyakit' sebagai buah tangan sudah lah ye. Ingat keluarga tersayang :)

However, misi Hatyai cuma 70% accomplished (kena tanya Lan ngn Abg Shalim apa yg lom accomplish lagi huhuhu). We ols cadang mau pi lagi bulan Julai nnti (sempat tanam pokok duit kat umah dulu hehe) utk sempurnakan misi yg ter'vad' lagi 30 % hahaha dan beli henbeg LV ori katanya dengan harga murah sbb ada satu kedai ni dia tak open jual barang ori terbuka. Sapa tanya baru dia keluarkan *syyhhh jgn cakap kekuat :P* Pihak penganjur dah kenal tukang jual beg ni jadik senang nak mintak diskaun melampau. Mari mari sapa mau ikot pi Hatyai.

Penganjur dia best. Makanan dan tempat tinggal yg disediakan seme best. Penganjur dia pakcik selebreti Awie ngn Kipli. Memang pakar (10 tahun) dalam bidang bawak trip ke Hatyai dan juga ke tempat lain kalu sapa nak guna perkhidmatan dia. Perkhidmatan travel agency dia yach:) Sebab tu tahap kegusaran we ols kurang sket nak jejak kaki ke Siam pada waktu² sekarang ni la.

Versi extended bergambar akan menyusul kemdian yach :)

Lagi kisah Hatyai Menjerit

No comments:

Post a Comment