Friday, March 31, 2006

Gathering di Praap Street




wah glamer ummi azizi :D

************************************************************


Seperti yang telah diwar-warkan oleh pihak kipas susah nak mati Kefli AF3, maka kami tim PFS telah menyerbu gerai Praap Street yang terletak di Taman Sri Rampai Kuala Lumpur. Gerai tersebut adalah kepunyaan keluarga Kefli. Gerai tersebut juga telah digosip menjual beberapa menu yang sedap (katanyaa :P) Lokasi gerai dia betol tepi jalan. Anda carik 7-11 Tmn Seri Rampai lepas tu toleh kiri dari pintu 7-11 tersebut. Sederet ngn kedai Silverstone. Akan nampak la gerai Praap Street.

Bihun sup utara...diakui sedap gak la hehe

Lepas habis sinetron DIA dan teralih channel 15 Bob tengah nyanyi Alhamdulillah, tengok Bob nyanyi dulu hehe lalu berangkat ke Praap Street. On the way kat Jalan Tun Razak terima SMS dari Kak Jay yang beliau telah sampai sendiri ke Praap Street berpandu pelan yang Kak Aidid tulis walaupun fening. Dengan kekwatnye Kak Jaya bertepok tangan sendiri sebab berjaya sampai ke destinasi baru dengan cemerlang gemilang dan terbilang muahahaha. Lantas saya pon membuat standing ovation lam keta bagi meraikan kejayaan Kak Jay mencari Praap Street dengan jayanya. Dikalangan tim PFS Kak Jay terkenal dengan identiti sesat baratnya. Tapi sekarang dah nampak improvement banyak. Syabas Kak Jay. Err pape pon tima kasih kat Abg Shalim yang concern amekkan mek tisu masa makan ABC. Jangan jeles kak...muahahaha

'skali dia ngap saya tinggal ngep :D'

Oh ya tim PFS ditubuhkan sejak AF1 dan kami telah bertahan selama AF3 dan nak masuk AF4 dah bersama. Bersatu kerna mempunyai minat yang sama. Depa ni yang berada di blakang saya bagi semangat dan sokongan ketika saya menghadapi saat² merundum sedih kuciwa kelabu asap dan menjeng. Sebab dikalangan mereka saya yang errr..terlebih fanatik huhu. Syukur ke hadrat Ilahi kerna saya dikurniakan teman² sebegini. Ai lap u ols poreber and eber :)

licin licin

Sesampai di Taman Sri Rampai aiseh ada pasar malam daa. Musti susah paking ni. Pusing 2-3 kali cari paking yang terdekat. Tak kira nak paking dekat gak sebab malas mau jalan jauh huhu. Dapat gak la paking dekat tak dekat jugak. Moral of the carik paking tammo pi Praap Street ari Komis yach. Pasar malam jem jugak. Seme dah sampai Kak Aidid, Kak Jay ngn asben Abg Shalim (err perang dah okke? huhu), Sempoii dan Nart. Lan menyusul kemdian dan mamat enterprem 180 darjah, Frodo hahaha Asben Sempoii tiba kemdian pas abis kelas taekwando bersama anak² nya. Diikuti bintang yang ditunggu² oleh Kak Aidid huhu (baru leh lena tido malam :B)


Mungkin nak suruh we ols datang lagi, menu makanan yang ada semalam cuma 1 jek iaitu bihun sup. Aiseh tak dapat nak komen makanan lain yang 'sedap' iteww huhu. Saspek mungkin sebab kat depan ada pasar malam kot makan banyak gerai ambil keputusan tammo berniaga. Ye ada logik. Kabarnya ada tahu bakar, moy sup (sup apain ni yach?), ciken wing sate , ciken cop. Dan ciken lain yang ada ialah ciken little bibir merah tapi yang ni tak leh makan huhu. Siap cakap bibir original. Ye la tu. Kak Aidid dah bitau. Haha.

ABC adek Kefli buat...sedap gak...propos kat dia kalu tarok sos coklat lagi meletops...cam ABC aku dok makan kat JB....kat KL payah nak ada laa

Kipli tiba lewat sket sebab baru habis rehesel kat RTM tuk rancangan 60 tahun bersama RTM. Kefli dan Felix ada terlibat. Senyum simpol Kak Aidid. Sesikit betolkan tudung haha. Yaa saya dapat rasa gimanain perasaan bila peberet kita di depan mata hiks.

eh tempeyek ni dapat dari mana? lan yang bawak ke...


sessi nyanyam ketupat beras :P

nyanyam ketupat daun palas plak :P


brader tu pening pala tournemen boling banyak sangat huhu


'mana la si bibir merah ni?'


dan Kefli telah blanjer we ols semalam yayyyyy


tengkiu pada Kipli...cian dia tak sihat smlm

Smoga Kefli berjaya dalam bidang yang diceburi. Banyak bisnes budak ni buat. Dia ada satu lagi gerai kat Presint 4 Putrajaya. Peh tu ada wat travel agency. Suh bagi dia bisnes sket kalu ada peluang. Yang lain tu dengan Mestro. Ada tanya aku beberapa soklan cepumas pasal FC. Err no komen. Ada la bagi nasihat sepatah dua kata kat Kefli (chewahh yo yo oor je bg nasihat) Best la sembang ngn dia kan...ye tak Kak Aidid? *gelak getiks* Cakap ngn Kefli beruntung dia dapat fan cam Kak Aidid ni. Gambar Kefli lain leh pi blog Kak Aidid

P/S : Mau search gambo Ady ber*tuttt* yang dibritau oleh adek Kipli smlm :D

No comments:

Post a Comment