Sunday, March 26, 2006

Cerita ceriti ujung minggu


Seiras

Tajuk cerekarama Sabtu lepas. 2 minggu terturut dah aku mengikuti cerekarama dengan kyusuknya. Haha. Ini sekali gus menyatakan 2 minggu malam minggu tak pi merendek kemana². Hanya terperok kat umah bagi meminimumkan mungkin duit yang bakal melayang tak tentu hala. Dok KL (atau Subang) keluar umah bererti keluar duit. Paling sikit musti RM10. Duit minyak dan tol. Tu tak termasuk duit jajan. Aiyoh. Buat u ols pepandai la ek mengurus aliran tunai keluar masuk terutama yang berfamili besar. Yang tak perlu tu tak payah la beli. Makan pon tak payah la high taste sangat. Asal kita kenyang sihat sudah la. Tapi kalau motto anda 'hidup untuk makan' err siti no komen.

Citer seiras arahan Mamat Khalid dan terbitan Grand Brilliance. Citer dia boleh tahan ampeh. Tapi ada beberapa adegan buat aku tergelak besar sensorng. Para plakon terdiri dari Fasha Sanda sebagai Zura (ehemmm:B), Jehan Miskin, Zaibo, Aliza Enot, Norlia Ghani, Ann Abdullah.

Zaibo duda berjiran ngn janda Norlia Ghani. Norlia ada anak kembar Jehan. Jehan 1 syok sama Zura, Jehan 2 syok sama Aliza. Tapi pompuan 2 orang ni tatau Jehan ada adek bradek kembar. Pas tu ada salah faham sebab Zura ada nampak Jehan sama pompuan lain tapi yg sebenarnya bukan Jehan dia. Biasa la watak kembar diadakan untuk bagi orang keliru hingga timbul salah faham. Ending happy sebab salah faham berjaya dibetolkan. Aku yang tengok pon konpius. Si Jehan ni kejap kat sini kejap kat sana. Rupanya kembar. Hehe.

Norlia nak ngorat Zaibo tapi tak berjaya. Mentang la ko duda banyak harta memilih jugak yek hahaha. Aku suka watak Mala. Lakon natural. Sapa tah nama dia. Ada sorang nama watak tu Chinohom. Chinohom bin Chinget. Manala Mamat Khalid dapat nama ni.

Iklan Selera Planta bersama Azura. Hik.


Pada peminat Ady Putra sila dapatkan Majalah Eh terbaru bulan April cover depan Nora Danish yach hoho. Ada citer pasal Ady Putra sket. Ada orang SMS bitau ada citer Ady dalam majalah ni majalah ni. Tengkiu pada pengSMS tersebut hehe. Kalau beli majalah Eh ni kan bole masuk kontes gincu Channel. 3 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi gincu Rouge Allure dari Chanel utk sepanjang tahun (12 batang gincu) bernilai RM1,008. Kalu nasib baik menang. Lepas menang gincu tu kalu ada mana² kaler lipstik tu tak berkenan leh jual murah kat member. Dapat cover balik kos beli majalah dgn stem pon dah okke. Kalu 12 gincu dah brape? Huhu. Berangan ala mat jenin lak.

Antara petikan interbiu tentang gadis pilihan. Jawapan Ady 'Biarlah agama menjadik tunjangnya. Rupa secantik mana pon akan luntur juga bersama waktu. Saya mahu tertarik padanya kerana dia dan dia sendiri tahu membimbing, menjaga diri'

Cewahhh ye ke tanak yg cantik? Kurang percaya lah :P Ady juga suka berkaraoke yach. Sekadar suka² secara tak langsung dapat blaja pasal lagu dan muzik kata Ady. Eh sama la hobi kita :P. Bleh la pas ni ajak Ady ke BSC duet nyanyi lagu Ayah dan Ibu dan Saling Merindu. Muakakakak.

APM – Anugerah Pengacara Mengarut

Tah pape la pengacara taun ni. Ebbi Sheik tak de plak. DJ radio Warna iteww yg sore menusuk kalbu. Paling frust bila services tak de taim Dayang nyanyi. Cess. Taim Gigi ke Ratu ke tamo lak padam.Moral of the anugerah, yang terbaik majoriti disapu oleh pihak Indon. Tak dinafikan memang derang kalu buat pape musti ngetop nye la. Tapi so far aku lom penah beli album memana artis Indon. Tak pe la biar orang lain yang beli.

Tapi aku ada terspot sorang mamat Indon ni tau. 2 kali tengok video klip terus cam taste kat dia hik hiks. Ada iras Teuku Ryan. Tapi gue kempunan la mau dengarin suara dia sebab dia bukannye penyanyi juga pelakon. Siapakah dia? Huhuhu

Taufik Batisah aku penah tengok dia masa Singapore Idol. Masa tu tinggal top 3. Boleh tahan gak la budaknye hehe.

Kalau kita kat Mesia ada penyanyi Ella. Kat Indon depa ada Ello. Tahniah buat yang berjaya terutama pada Jac ngn Nikki.

Telenovela Prisionera

Huhu sapa ada tengok? Aku rasa citer ni dari sebelum AF3 sampai nak masuk AF4 dah tak abis² lagi. Aku ada wat entry pasal telenovela ni. Sat aaa cek arkib

Dari bulan Jun taun lepas daa. Bulan 6 tu pon aku tak tengok dari mula. Mungkin citer dia men 2 kali seminggu tu yang tak abis² kot. Si Libertad masih lom tahu lagi dia anak Guadalupe. La ni episod cuma dah tau sapa bapak sebenar Libertad yak itu Rofoldo bukan Enrique abang Daniel yang disaspek sebelum ni. Yang pelik Guadalupe sendiri pon tak tahu sapa yang merogol dia masa dulu dan tatau bapak sebenar Libertad. Dia tengah nak korek rahsia dari Paderi hapa ke nama tah tapi Paderi tu tammo bagi tahu.

Don Puncho hilang tatau pi mana. Si Lulu dah masuk penjara ek. Tak dapat tengok cemana tembelang dia pecah. Mak Daniel, Rosalia pon dah sembuh. Dipanjangkan citer Rosalia ni ada plak anak kembar abang si Daniel, Enrique. Haha. Layan je la. Terpasan depa sebut kampung sama kampung sama makna kampung.

ni la ropa nasik serai kat restoren sahri, bob ngn zarina...nasik tu rasa dan bau serai...rege RM5 sepinggan...sedap dan lazat hingga menjilat sudu


Lagu semasa

Terima la satu lagu ni. Aku baru terdengar kat tv. Ingat chorus dia je. Melodi dia ikot Can Mali Can. Especially dedicated buat Abg Pinkey yg tak pi snokeling (yayy) keh keh keh

Tak nak merokok hoi hoi

Tak nak merokok hoi hoi

Jika merokok banyak padahnya

Tak nak merokok hoi hoi

Tak nak merokok hoi hoi

Jika merokok banyak padahnya

Jika anda lom penah dengar lagi lagu ni dan ingin mendengar serta menonton video klip nya, sudi²kan la tekan remote jengok ke channel RTM skali skala. Muahahahaha.

Juga nak ucap syabas pada Maikel Jeksen Mesia (no. KL 0360) yang tak putus asa pi odisen rancangan realiti tv walaupun dapat kad merah dari Ajai. (Tahun lepas kat Malaysian Idol) Tak pe. Cuba lagi dimasa depan. Smoga anda berjaya menjadi artis suatu hari nanti. Lepas ni cuba pi odisen One in a Million plak. Banyakkan menom air asam jawa supaya tone itik serati dapat dikurangkan sket :P Har har har.

No comments:

Post a Comment