Sunday, January 15, 2006

Filem : Black (2005)






Synopsis

Michelle McNally (Rani Mukerji), born to an Anglo-Indian family is deaf and blind since the age of 18 months. A bright and intelligent girl by nature, Michelle lives in a world of black silence with no way of reaching out. This frustrates the young girl's mind because she yearns to communicate. So this frustration leads to mood swings. As a result, she becomes destructive and violent on various occasions. But destiny has other plans for Michelle, as two soul mates are about to meet.

Debraj Sahai (Amitabh Bachchan) is a 48 year old eccentric man. He is an alcoholic, who is dedicated to his profession of being a teacher to the deaf-blind. Soon, he is ask to leave the school where he teaches because of his drinking habits and failing eyesight. The headmaster who happens to be a close friend, believes in his ability and sends him to the McNally house to teach eight-year-old Michelle.



Aku dah lama tak layan citer industan. Last tengok
Swades kot. Setahun yang lepas. Lama tuu. Kosser nak layan industan la ni. Citer tah pape kecuali yg ada Shah Rukh Khan le hehe. However citer Paheli the lastest muvi SRK aku lom sempat tengok. Vcd dia ada kat umah. Kabarnya citer Paheli berjaya ke Oscar akan datang mengalahkan citer Black ni yg depa kata patut Black yang dapat pi Oscar sbb ada 'kualiti Oscar' pada citer Black ni. Tah le Cik Senah. Filem depa, depa yg pilih. Kita nonton je.

Tapi tang citer pengarah ni aku berminat mau tengok. Dia tak banyak buat filem. Tapi kalu dia buat pilem...meletopss bam boom beng. Nama pengarah dia Sanjay Leela Banshali. Setakat ni baru 4 pilem dia sudah bikin kalu tak silap. Kamoshi (Manisha Koirala ngn Salma Khan), Hum Dil De Chuke Sanam (Aiswarya Rai, Salman Khan, Ajay Devgan), Devdas (pilem termahal Bollywood lakonan SRK, Aiswarya Rai, Madhuri Dixit)...atau ada citer mahal lain yg celen citer ni...aku pon tak pasti. Dan citer Black ni la the latest.

Citer Black ni lakonan utama yang dikenali Rani Mu-keji, Amitabh Bachan. Plakon lain idak ler dikenali. Lakonan pelakon kanak² masa Rani kecit begitu bagus sekali. Budak ni nama Ayesha Kapur kalu tak silap. Tatau le ada kaitan ngn Kareena Kapoor ke tak hehe.

Inspirasi dari kisah benar, citer bermula bila Michelle menceritakan semula kisah hidup dia yang berwarna BLACK. Michelle lakonan Rani seorg yang buta, bisu lagi pekak mengharungi hidup dia sebagai maniusia biasa. Masa dia kecit bapak dia nak hantar dia pi umah sakit jiwa sbb tak tahan dengan peel dia *sampai hati ko bapak* Ye la org cam ni kita nak banyak nooo sabo jaga dia. Kalu tak sabo mau kena pang pung peng tiap ari. Dugaan seme tu. Kemdian satu hari datang sorang cekgu Debraj Sahai lakonan Amitabh Bachan utk mendidik dan mengajar Michelle menjadi manusia yang berhemah lagi sopan santun ala² gadis India terakhir gitu.

Diringkaskan citer Michelle berjaya ke universiti dan menggondol ijazah hasil tunjuk ajar Mr. Sahai macho iteww. However di akhir cerita Mr. Sahai menghilang diri tatau pi mana. Bila dijumpai beliau mengidap penyakit...err *betolkan paksi lidah bagi betol sebutan* penyakit
Alzheimer :) Kemdian Michelle plak berusaha memulihkan semula ingatan Mr.Sahai sebab dia sayang banget sama cekgu dia sebab cekgu dia sahaja yang begitu memahami dia.

Kekuatan citer ni pada lakonan Rani ngn Amitabh Bacan. Tapi aku konpius ni citer industan ke omputeh sbb dialog dia boleh kata 80% omputeh. Peminat Rani leh tengok la Rani tanpa mekap dalam citer ni. Aku rasa dia lagi lawa tak mekap hehe. Satu lagi citer ni tak de adegan lagu² goyang pinggul lari naik bukit turun bukit golek² seme haha. Kalu beli VCD ada 2 cd jek. Biasakan industan ada 3 cd sbb 1 cd saja lelagu dan ada ketika Rani terlupa kot yang dia 'buta' dalam citer ni.

Pengarah ni suka buat citer cam kot. First pilem dia Kamoshi citer pasal famili bisu. Aku bayangkan cemana ek kalu idop buta, pekak dan bisu. Hanya Tuhan saja yang tahu. Bersyukur la kita yang ada kesemuanya.


p.s : Antheeq, aku dah tgk citer Bunty Aur Babli. Nanti kita stori mori haaa :)

**********************************************************

Bapak : Kau begitu marahkan bapak sampai tak sekalipon kau pulang?
Anak : Bapak tak panggil saya pulang
Bapak : (sepak² mesra pipi anak) Aku orang tua takkan nak merayu pada kau suh balik. Patut kau yang balik sendiri. Ini kan rumah kau. Hamara ghar (translete rumah kita)
Anak : Saya ingat bapak dah tak sayang saya lagi
Bapak : Mana boleh aku tak sayang kau. Aku yang bawak balik kau ke rumah ni. Besarkan kau dengan penuh kasih sayang. Menatang kau bagai minyak yang penuh. Kemarahan bapak adalah kesayangan terhadap anak dia
Anak : Babuji maapkan la saya. Saya mintak maap uwaaaaaa
Mak : 'aaaaaaaa aaaaaaaaaa kabi kushi kabi gammmmmm' *sob *sob*

Hehehehehehe....antara scene peberet
***********************************************************

Update 02 Mac 2006

Best Film, Best Director, Best Actor, Best Actress, Best Actress in Supporting Roles seme dia sapu

No comments:

Post a Comment