Thursday, November 02, 2017

Titian Cinta



Tamat sudah dramanya. Yess. Jenuh nak terkejor kejor haha. Awalnya memang tak melayan drama pukul 7 ni, apatah lagi membaca novel. Last follow drama pukul 7 ialah drama 7 Hari Mencintaiku. Sebab Syukri Yahya dan Pak Samad. Ya ampun Pak Samad, bergegor tv teman kikiki. Scene dia marah Mak Leha. Dan gigih jugak mencari novel sebelum menonton drama.

Berbalik kepada Titian Cinta. Kemudian akak ternampak 3 rakan fesbuk beli novel. Yang sorang tu tak pernah nampak dia baca novel sebelum-sebelum ni, tup tup dia beli novel Titian Cinta ni. Aik sesuatu sungguh ni. Bagi menjawab segala sesuatu yang berlegar-legar di kepala, saya pon membeli novel dari penulisnya sendiri di fesbuk.

Selepas membaca, alamak eii boleh tahan jalan ceritanya. Dan lantas menonton drama pula. Ini lah juga kali pertama menonton lakonan Zul Aripin secara serius, fokus dan penuh konsentrasi haha. Drama-drama Zul Aripin sebelum ni tak berapa nak kimia dengan akak. Lepas tu berjangkit pula ke Tombiruo. Lepas ni tunggu Tombiruo 2 pulak. Ahaks.

Sebelum tu nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kena tembak tu. Mula-mula rasa macam lawak jugak. Ko baca novel lepas tu tembak orang. Tapi ianya ternyata serius ya. Sebab satu nyawa telah melayang. Bukan main-main. Tapi nak buat macam mana kan. Yang akak terpikir dari mana dia dapat pistol? Senang benor nampaknya nak dapatkan pistol sekarang.

Jalan cerita Titian Cinta ini mengenai kisah rumahtangga, suami baran pukul isteri, lepas tu isteri lari. Kemudian suami itu pon insaf dan mahukan kembali isterinya di sisi. Juga banyak campur tangan pihak ketiga, keempat yang boleh merosakkan hubungan sesebuah rumahtangga. Pihak ke tiga, keempat boleh jadi manusia, hobi terlampau dan juga pasangan obsess dengan parti politik.

Ketika menulis rebiu ni, ada sorang puan peguam menuntut cerai dengan suaminya yang katanya taksub sebuah parti politik. Sedih sebenarnya baca. Anak-anak pon ramai. Tapi dia yang melaluinya, dia yang merasainya. Biar lah dia buat keputusan. Kita tolong doa dari kejauhan saja.

Jangan kata taksub parti politik, kalau suami terlebihkan keluarga belah dia pon isteri ada terasa hati sikit. Padahal bukan orang lain. Keluarga dia sendiri. Itu pun nak sentap. Huhu. Bila ada anak lelaki sendiri, baru boleh neutralkan perasaan itu. Sebab nya…, sebagai mak, kita juga mahu anak lelaki kita nanti melayan, mengasahi kita seperti mana ayah dia buat kat nenek dia dulu. Benda ni kan seperti roda. What you give, you get back, kata Scorpions.

Sebagai isteri, saya boleh faham perasaan isteri-isteri yang suaminya ada pihak ketiga. Taksub main game, taksub melepak ngeteh dengan kawan-kawan, taksub nak menghias kereta, taksub bola (anak kat spital pergi juga ke stadium) dan lain-lain taksub yang ada. Membiarkan isteri terkontang-kanting dengan anak-anak di rumah. Tu yang bila isteri stress, anak akan jadi mangsa melepaskan amarah. Isteri sangat memerlukan suami di rumah, bantu buat kerja rumah, tapi suami tiada. Suami bukan keluar mencari rezeki tapi ber-huha huha dengan kengkawan. Boleh faham tak perasaan ini? Orang lelaki memang takkan faham. Ini pon bukan perkara main-main ya tuan-tuan. 

Ingat filem P.Ramlee Do Re Mi, isteri Masdo bawak parang kat kedai kopi sebab suami dia taksub main dam haji sampai tak kisahkan rumahtangga? Dapur tak berasap, hutang keliling pinggang. Pengakhirannya, gugur lah talak satu. P.Ramlee dah lama fikir akan hal ini. 

Kan dah melarat ke lain lain hal. Huhu.




Ok berbalik kepada Zul Aripin. Eh Zul pulak. Berbalik kepada Titian Cinta.

Dalam novel tak nampak Rayyan ni jahat. Dah hujung novel baru tahu. Dalam drama boleh nampak ekspresi muka dia yang tak pueh hati tu dari episod mula.  Itu lah keistimewaan drama adaptasi novel. Maka dengan ini akak menyokong novel yang best diadaptasi ke drama. Novel yang best  je tau. Kekeke

Begini kisahnya.

Hero, Haris bertunang dengan Sofea.
Heroin, Aisy pula bertunang dengan Rayyan.
Sofea pula sedang digilai oleh mamat obses bernama Danial.
Danial kawan sekampung Aisy cinta gila dengan Sofea dan sanggup buat apa saja yang Sofea suruh. Danial, Sofea dan Aisy, sahabat baik sekolej.

Lepas tu Sofea dan Rayyan kena tangkap khalwat. Putus tunang. Haris pula kena kawin dengan Aisy sebab nenek Haris ni berkenan sangat dekat Aisy, yang cantik, lemah lembut, sopan santun. Memang ciri-ciri menantu idaman lah Aisy ni. Namun, Aisy tidak disukai oleh mak mertuanya, yakni Puan Sri Nora, si rambut lipan. Manakala bapak Haris, Tan Sri Hakim hanya pak turut, pak pacak, patung cendana melihat perbuatan isteri nya terhadap anak dan menantu. Jessica Arabica betul la.

Maka bermulalah episode-episod ujian, dugaan, godaan, cobaan di dalam rumahtangga Aisy dan Haris. Pihak ketiga mahu meruntuhkan masjid yang telah dibina tanpa cinta itu.

Sofea menggunakan Puan Sri Nora untuk mendapatkan semula Haris dengan memburukkan Aisy. Manakala Rayyan terus berbuat baik dengan Aisy, supaya  Haris salah paham, salah sangka, siapa sangka siapa menduga, kata Liza Hanim.

Rayyan telah membuat satu video lucah dengan mengupah seorang model Siam yang menyerupai Aisy, dan sebarkan video tersebut kepada Haris. Bila melihat video lucah isterinya, Haris tanpa usul periksa telah naik singa dan membantai Aisy dengan kejam. Sehingga menyebabkan keguguran. Dan dihalaunya Aisy dari rumah. Esoknya Haris telefon Aisy kata, tunggu ketibaan surat cerai dari aku.

Rayyan ni seorang yang kaya, hartawan yang makan dipinggan, minum di cawan. Hartanya banyak berkoyan-koyan. Dibesarkan oleh bapa angkat keturuan omputeh. Sebab tu nama dia Rayyan Smith. Ropanya dia lah mastermind dalam ini cerita. Untuk membalas dendam nya. Saya kira lojik la dendam dia tu. Sapa tak marah dan cemburu kan. Kalau saya jadi Rayyan pon saya akan dendam. Dendam sipitung, lurah dendam segala.

Aisy pasrah akan nasib yang menimpa dirinya. Aisy mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 4 tahun.

Dalam masa 4 tahun ketiadaan Aisy, Haris telah mendapat hidayah dan telah tahu akan hal yang sebenarnya melalui kawan baik Aisy yakni Sakina. Sakina dalam drama dilakonkan oleh Dotty. Enjoiii betul tengok lakonan dia. 



Kredit OST yang sangat ohsem. Dari syarikat Rusa rupanya.


4 tahun kini.

Haris menunggu Aisy di airport dan mengikut balik ke kampong Aisy. Dalam drama, lari betul gambaran dia. Aisy balik dari London jumpa Sakina dulu, lepas tu baru balik kampong. Macam tak berapa kena. Gigih turun KLIA dulu, jumpa kawan lepas tu baru balik kampong lepas 4 tahun. Patut jumpa le parents dulu.

Maka bermula lah sesi memohon maaf dan memujuk isteri pula.

Adakah maaf diterima? Atau tiada maaf bagi mu?

Walaupun esok ada mentari, apakah secerah harini? Pahit akan manis akhirnya? Mode Saari Amri pulak dah.

Bacalah novel dan tengok lah drama sekali.

Lanje sikit gegambar dari drama.

Umayr Haris, seorang yang bengis lagi menakutkan. Tengok urat kat dahi. Selalu sibuk dan penat bila mak dia ajak bincang.  

"Haris penat ni. Haris nak tidur."
Haris yang berang bila melihat video lucah fitnah lagi palsu isterinya.

"Aku ingatkan Sofea tu teruk. Rupanya kau lagi s***"

Antara skrip yang terpaksa di tuuttt kan untuk pendengaran halwa telinga di tv.
Danial dengan fesyen kuih koci atas kepala. Hilang habis imej hero Azura 2012 yek. 
Aisy selepas dimaklumkan oleh doktor mengenai keguguran. Sakina menenangkan. 

Antara pelakon yang tak kontrol ayu dan nak pakai lipstik manjang masa adegan kat spital.
Rayyan yang manis bersongket. Scene try baju perantin. Cantik juga warna hijau mint ni. 
Sesi makan bersama keluarga. Kemain banyak nasi goreng. Orang kaya bukan makan sikit-sikit ke? Al maklum nak jaga badan. 
Pertemuan pertama suami isteri selepas 4 tahun. Haris tahan kereta Aisy yang nak balik kampung.  

Tengok urat-urat kat tangan. kalau lempang isteri ni boleh terpelanting dibuatnya. 

"Bapak saya besar, bengis, tangan berurat-urat." kata Sopia kat Abang Ajis (Bujang Lapok).
Akak dah tahu rahsia Aisy kelihatan cantik, manis dalam drama ni. Dia pakai bedak nyonya 4 segi tu. 
Antara scene meruntun jiwa. Ahaks. Permohonan maaf dari suami kepada isteri.
 Dalam drama ni Haris seorang yang tak pro-poligami. Pasri ramai isteri-isteri menyanjung Haris termasuk lah akak. Hik hik.

"Sayang tak paham ke? Abang nak anak dari darah daging kita. Kalau ada anak, itu rezeki. kalau tak de, nak buat macam mana? Suruh abang kawin lain buat apa?"

Antara konflik dalam novel ni.
Haris sound Danial kerana cuba membantu Sofea yang telah tikam mak Haris. 

"Kalau kau cinta dia, patut kau bawak dia ke jalan yang elok. Itu bukan cinta Danial. Itu adalah obsesi."


Obsessiii...depressiii...oh anok anok tokleh meraso mandi laukk...(lagu latar)
Ini scene yang sangat mengecewakan akak. Hanya sebaris saja skrip. Terbanding dengan skrip drama Korea. Kalau scene minta maaf mak mertua-menantu ni mesti meleret-leret skripnya. 

Bab-bab kepakaran contoh medical, kita boleh paham memerlukan kos tinggi kalau nak ikut macam drama luar. Ahli panel skrip terdiri dari doktor kalau nak buat drama medikel misalnya. 

Persoalannya : Buat skrip panjang-panjang juga memerlukan bajet tinggi ke camne?
Farah Nabila ni sekali imbas muka gabungan 2 pelakon. Memey Suhaiza dan Aida Aris. Hehe
Penutup
(1)
(2)
(3)
(4)

Cantik betul lokasi ni dalam gambar. Katanya pantai di Banting.

Tahniah dan syabas buat semua tim produksi drama dan juga penulis novel.

No comments:

Post a Comment