Sebab best sangat novel jadi kita ribiu panjang
lebar sikit.
Bila fikir balik macam mana boleh terbeli novel
ni memang kelakor. Masa PBAKL 17 main cekut je sebab nak cukupkan beli 6 buh
novel Karya Seni dapat percuma 1 novel lama. Ok la kan. Orang dah la ramai masa
tu so Sis main cekut je sebab cover dia nampak tertarik. Baca tak baca,
kemudian cerita.
Ada lagi sambungan tapi tak pe lah tak penting. Kita fokus
kat jalan citer novel.
Genre novel thriller romance.
Watak terbahagi kepada :
Gangster. Ada 3 kumpulan. Kumpulan Tuan Zabir
atau nama glamer King, kumpulan Razak Hitam dan kumpulan Kitai (Ketua gangster
antara gengster)
Tim polis. Gerak Khas atau Polis Evo? Ikut kome
lah.
Keluarga heroin. Heroin bernama Aisy Raisha binti
Zabir membesar bersama atuk dan nenek di Ganu Kiterr. Mak dah meninggal. Bapa
pulak jarang-jarang balik jenguk anak. Sokmo sibuk sebab bapa dia kerja
gangster. Dia sebenarnya nak nyorokkan ahli keluarga dari pengetahuan geng-geng
gangster yang lain. Semua geng tak tahu dia ada anak. Dan ahli keluarga pula
semua tak tahu pekerjaan sebenar bapa Aisy.
Hero. Ada 2 watak. Pertama watak penyamaran jadik
gangster bernama Qartal (bukan nama sebenar). Lepas tu Qartal 'mati' kena
tembak. Dan bertukar la menjadi Umar Faruq, nama sebenar di dalam IC. Inspektor
Umar. My Darling Inspektor Umar. Tamau Inspektor Danial. Haha
Begini ceritanya. Kita ke kes utama je lah terus.
Kehilangan berlian red diamond.
Tuan Zubir (aka King aka bapa Aisy) telah
merompak berlian merah dari tangan geng Razak Hitam, yang mana sepatutnya
berlian tersebut diberikan kepada Kitai sebab Kitai dah bayar deposit. Maka
berlaku lah salah faham dan pergaduhan sebab semua tak tahu di mana berlian itu
berada sekarang. Operasi mencari berlian pon di mulakan (Ops Berlian).
Melalui info dari orang King yang dah belot,
depan maklum King ni ada anak. Semua terkejut. Samseng macam King ada anak yang
cantik. Lantas Razak Hitam menculik anak King supaya bapa nya menyerahkan
berlian tersebut. Sewaktu kejadian culik menculik, atok Aisy menemui ajal sebab
dikasari oleh orang Razak Hitam. Aisy dibawa ke tempat persembunyian di dalam
hutan. Teruk dia kena penampor sepak terajang. Mende la sepak-sepak orang
pompuan insan yang lemah ni. (Hanya mampu berserahhh – kata Rohana Jalil)
Kesian sangat bila baca.
Kuncu-kuncu Razak Hitam ni ada 4 orang dan hero
‘Qartal’ salah seorang dari pada nya. Dipendekkan citer Qartal bawak lari Aisy
untuk diselamatkan. Qartal ni menyamar jadi gangster sebab dia pon nak cari
King. Ada dendam yang membara di dalam jiwa nya, selain nak tangkap King ke
muka pengadilan.
Beralih pulak ke scene di dalam hutan. Aisy dan
Qartal gigih cari jalan keluar dari hutan yang tebal untuk selamatkan diri.
Dalam 3 minggu jugak mereka terperangkap di dalam hutan. Pelbagai halangan dan
rintangan mereka hadapi. Bab makan dan minum la tentunya. Mana nak cekau
makanan tengah hutan. Mereka juga berdepan dengan penghuni hutan lain seperti
ular sawa, babi hutan dan pak mebeng. Qartal telah diserang dengan pak mebeng
sehingga parah. Namun diselamatkan oleh orang Asli yang menetap berdekatan.
Qartal mendapat rawatan dengan Tok Batin.
Ni kalau buat drama ni scene cakaran harimau ni
kena ada. Boleh lah amik Rimau Malaya dari filem Waris Jari Hantu.
Lepas tu mereka pon berjumpa jalan keluar.
Kuncu-kuncu Razak Hitam terus mencari Aisy, nak tangkap untuk diserahkan kepada
Kitai. Jahat depa ni bunuh orang awam yang tak bersalah.
Lepas jumpa jalan keluar, Qartal menghubungi tim
polis nya. Dan mengarahkan kawan nya menembak Qartal di bawah bahu (seperti
dalam cover novel). Tujuan nya ialah untuk mematikan Qartal di hadapan Aisy.
Sebab Aisy dah tersuka tanpa sengaja dengan penculiknya yakni Qartal sewaktu
mereka di dalam hutan. Qartal ni karakter seorang yang bengis, kasar, garang,
tangkas dan taff. Tapi berjaya menawan hati Aisy.
Dipendekkan citer Aisy dapat tahu juga penipuan
Qartal sewaktu di hospital. Dan dia begitu amaroh kerana ditipu. Walhal Qartal
menyamar sebab nak tangkap orang jahat.
Selepas dari itu hidup Aisy tidak aman. Banyak
kali cubaan ditangkap oleh orang Razak Hitam tetapi berjaya di selamatkan
oleh Inspektor Umar. Selagi tak dapat berlian, gangster-gengster terus memburu
Asiy hingga ke lobang cacing. Boleh bayang tak macam mana perasaan? Kena culik
berkali-kali, dikasari dan Aisy rasa dia nak pergi mati.
(Nah nak pergi mati lah-citer Madu Tiga)
Hanya disebabkan perbuatan bapa Aisy yang jahat
itu. Dalam citer ni Aisy banyak berlari. Dah mengalahkan hero Korea haha. Lari
dari semua orang. Tak mahu gangster cederakan orang sekeliling dia yang tak
berdosa terbabit sama.
Orang kata iman tak dapat diwarisi oleh seorang
ayah yang bertakwa. Kalau nama ada Iman pon belum tentu bertakwa.
Tapi adakah dosa ayah anak kena tanggung? Begitu
lah yang tejadi pada Aisy. Lunyai badan Aisy dibuatnya. Tatapi kemudian jeng
jeng..hero datang menyelamat.
"Aisy, kita kawin."
(Guruh berdentum dilangit)
"Jadi isteri saya.” kata ASP Umar
kepada Aisy
Bunyi guruh kedengaran lagi. Sound efek.
"Saya akan jaga awak dan lindungi awak."
Dipendekkan citer, Aisy dan Umar pon berkahwin.
Hari pertama kahwin Aisy dah dengar statement yang merobek dan menyiat hati
nya. Umar berkahwin dengan Aisy bukan sebab nak lindungi dia. Tapi sebenarnya
nak buat umpan King keluar dan Umar boleh tangkap King. Propah je kata nak jaga
lindungi bagai. Kahwin sebab nak balas dendam pada bapak Aisy yang telah
membunuh orang tersayang Umar.
"Ok fine. Saya akan ikut rencana awak.
Saya akan mengumpankan diri saya sehingga tertangkapnya bapa saya. Lepas bapa
saya ditangkap, awak mesti lepaskan saya."
Perkataan 'lepaskan saya' itu pula telah merobek
hati Umar.
Mula-mula dendam, kemudian simpati kemudian mesti
lah kuch kuch hota heyy. Isteri baik, cantik dan ada pelajaran, sebatang kara.
Tak kan tak kesian kan kan? Maka cair jugak lah Inspektor Umar yang tegas dan
garang itu akhirnya.
Selanjutnya kena lah baca sendiri. Akak jamin
puas hati.
Sekarang Sis tengah fikir sapa sesuai untuk
watak Qartal/Inspektor Umar tu.
Tumbiro? Inspekter Khai Polis Evo? Inspekter
Mazlan Gerak Khas? Eh Inspekter Mazlan dah takde. Inspekter terkini pon tatau.
Akahir kalam, terima kasih kepada penulis reka
cerita best ini. Moga terus menulis novel yang sedap-sedap lagi.
waiem dear, u never fail me la bila buat ribiu. saya gelak je sepanjang baca. ada jumpa buku ni masa kat popular last week.. tapi masa tu aim nak beli buku anak2.. mak punya buku kendian citer.. masa tu belum baca ribiu lagi.. tinggal lagi satu jer kat rak tu. moga ada rejeki bertemu lagi novel tu. tapi ada satu nk tanya.. pak mebeng tu menda? (letak emoji tengah pikio macam dalam wasap tu)
ReplyDeleteRace Tech Titanium: The first horse to take home the podium at
ReplyDeleteWith the start of the 2021 titanium cookware Australian titanium glasses frames Grand Prix columbia titanium boots series, a race tech titanium race tinted out in oakley titanium sunglasses the form of a race tech titanium samsung watch 3 titanium race titanium bike was